Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 8 January 2012

Isteri Pewaris Takhta Negeri...

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Perlis Indera Kayangan Tuanku Hajah Lailatul Shireen Binti Datuk Khalil Akashah,S.P.M.P.



Diputerikan pada 28 Mac 1970 di Hospital Besar Kuala Lumpur.Merupakan anakanda kedua daripada empat beradik kepada YBhg Datuk Haji Khalil Akashah dan YBhg Datin Hajah Nik Rahimah Wan Ahmad.Baginda merupakan pelajar Convent Bukit Nanas pada tahun 1977 hingga 1984.Melanjutkan pelajaran di Australia sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1992.Bertemu jodoh dengan DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra pada Mei 1994.Pada 1 Ogos 2002,baginda dikurniakan gelaran rasmi Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis.Baginda juga dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri pada 17 Mei 2002.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Kedah Darul Aman Tunku Hajah Raudzah Binti Almarhum Sultan Hismauddin Alam Shah Alhaj,D.K.,D.K.11(Selangor),S.P.M.K.,S.S.D.K.



Diputerikan pada 29 September 1929 di Istana Bandar Temasha,Kampung Bandar Jugra,Kuala Langat Selangor.Merupakan puteri sulung kepada Almarhum DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Alaedin Sulaiman Shah dan YABhg Cik Puan Hajah Kalsum Binti Haji Mahmud.Berkahwin dengan Raja Muda Kedah DYTM Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 19 September 1956 di Istana Bukit Kota.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Binti Datuk Salim Davidson,D.K.S.A.,D.K.A.



Diputerikan di Ipoh Perak pada 22 Mac 1973.Merupakan anak bongsu kepada pasangan Datuk William Stanley Walker Davidson (Salim Davidson) dan Datin Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabuddin.Mendapat pendidikan awal di SMK Convent Ipoh.Seterusnya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dan memperoleh Ijazah dari Universiti Nottingham.Baginda mendirikan rumah tangga bersama Raja Muda Perak DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah pada 17 Mei 2007.Baginda juga dikurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak oleh DYMM Sultan Azlan Shah dan dikurniakan Darjah Kerabat Sultan Azlan Shah(DKSA).Pada 14 Mac 2008 baginda dikurniakan seorang putera yang diberi nama Raja Azlan Muzaffar Shah.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Selangor Darul Ehsan.

-Tiada Penyandang-

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Negeri Sembilan Darul Khusus.

-Tiada Penyandang-

Duli Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Darul Takzim.

-Tiada Penyandang-

Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Darul Makmur Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar,D.K.,D.K.(Johor),S.P.M.J.



Diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang,Johor Bahru.Merupakan puteri ketiga kepada DYMM Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan YAM Inche Besar Hajah Kalsum Binti Abdullah.Pendidikan baginda bermula di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Marian Johor Bahru.Seterusnya di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim dan peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.Tunku Azizah bertemu jodoh dengan Tengku Mahkota Pahang KDYTM Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah pada bulan Mac 1986.Baginda dikurniakan 4 orang putera dan 2 orang puteri.

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Muda Terengganu Darul Iman.

-Tiada Penyandang-

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota Kelantan Darul Naim.

-Tiada Penyandang-

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...