Anda Pengunjung Ke :

Tuesday, 5 November 2013

Kerabat Damping.

Istilah Kerabat Damping biasanya digunakan oleh negeri Johor sahaja. Kerabat Damping ini merujuk kepada kerabat-kerabat terdekat kepada Sultan yang memerintah negeri Johor Darul Takzim. Mereka yang dianggap sebagai kerabat Diraja Johor adalah terdiri daripada empat lapisan salasilah keluarga termasuk ayahanda saudara atau bonda saudara, isteri, adik beradik, anakanda dan cucunda kepada Sultan pemerintah negeri. Empat lapisan keluarga ini dirujuk sebagai Kerabat Damping dan mereka semua membawa gelaran Yang Amat Mulia. Menurut Setaiusaha Jemaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim Bin Ramli, selain daripada empat susur galur yang dinyatakan, keluarga atau individu lain tidak dianggap sebagai kerabat walaupun lahir dalam keluarga yang sama.

Berikut merupakan senarai Kerabat Damping Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengikut empat lapisan keluarga baginda :  


Isteri :

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Afifullah,
D.K.,D.K.(Perak),S.P.C.M.,S.P.M.J.

Anakanda :


- Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim,
  D.K.,S.P.M.J.,S.M.J.,P.I.S.


- Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Puteri Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim,
  D.K.,D.P.M.J.


- Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim,
  D.K.,S.P.M.J.,D.P.M.J.,P.I.S.



- Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim,
D.K.,D.P.M.J.,P.I.S.



- Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim,
  D.K.,D.P.M.J.



- Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim,
  D.K.

  
Bonda : 


Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah, D.K. (Johor).


Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Kelantan),D.K.(Kedah),D.K.(Brunei),S.S.I.J.,P.I.S.


Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tengku Ahmad,
D.K.,S.P.M.J.,S.S.I.J.,S.P.M.K.

Ayahanda atau Bonda Saudara :


Yang Amat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Osman Ibni Almarhum Tengku Temenggong Ahmad,
D.K.,S.P.M.J.,S.S.I.J.,P.S.M.



Yang Amat Mulia Tunku Hajah Shahariah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman,
D.K.,D.K.Y.R.(Negeri Sembilan),P.I.S.1.

Adik Beradik :
- Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima DiRaja Selangor Paduka Puteri Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.I,D.K.II,S.J.M.K.


- Yang Amat Mulia Paduka Besar Puteri Tunku Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.


- Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Paduka Puteri Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.(Pahang),D.K.(Johor),S.P.M.J.


- Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Hajah Mariam Zaharah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.

- Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Hajah Noraini Fatimah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.

- Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Hajah Maimunah Ismailiah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.


- Yang Amat Mulia Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, D.K.,S.P.M.J.,S.M.J.


- Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Muna Najiah Binti Almarhum Sultan Iskandar,
D.K.,S.P.M.J.

- Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Aminah Kalsom Maseera Marian Zahirah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

3 comments:

  1. Apa kesalahan adik ipar sultan sampai pingat ditarik balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud tuan...adik ipar yg mn 1

      Delete
    2. Maksud tuan...adik ipar yg mn 1

      Delete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...