Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 27 November 2013

DYMM Tuanku Aishah Rohani, Penerus Legasi Permaisuri Negeri Sembilan..



WARISAN PERMAISURI diteruskan dengan kisah Permaisuri-permaisuri di negara kita. Kali ini giliran Permaisuri yang baru sahaja beberapa tahun bertakhta di atas takhta Negeri Sembilan Darul Khusus. Baginda merupakan puteri Diraja Terengganu. Baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, D.K., D.P.T.J., P.P.T.

Tuanku Aishah Rohani bersama suami baginda Tuanku Muhriz dan anakanda Tunku Ali.
Baginda diputerikan sebagai Yang Mulia Tengku Aishah Rohani Binti Tengku Besar Mahmud pada 19 Jun 1952 di Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan. Baginda merupakan cucunda kepada Sultan Terengganu iaitu Almarhum Sultan Zainal Abidin III. Ayahanda baginda merupakan Tengku Sri Utama Raja Terengganu iaitu Yang Amat Mulia Tengku Besar Mahmud Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin,PSD. Manakala bonda baginda pula ialah YBhg To' Puan Hajah Zainun Meriam Binti Haji Su Mahmud. Baginda merupakan cucu kepada Menteri Besar Terengganu Dato' Sri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad Bin Yusuf. Baginda juga merupakan anakanda saudara kepada 3 orang Sultan Terengganu iaitu Almarhum Sultan Haji Muhammad II Muadzam Shah, Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, dan Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin yang merupakan Yang Di Pertuan Agong ke 4. Ini menjadikan baginda Tuanku Aishah Rohani bonda saudara kepada Sultan Terengganu KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan juga bonda saudara kepada KDYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid yang merupakan cucunda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tuanku Aishah Rohani juga merupakan sepupu kepada Almarhum Sultanah Asma Binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang merupakan bonda tiri kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Hal ini secara tidak langsung menjadikan Tuanku Aishah Rohani bergelar bonda saudara kepada DYMM Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Terengganu sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Convent Taiping Perak dan seterusnya ke sebuah sekolah terkenal di Kuala Lumpur iaitu Convent Bukit Nanas.

Bertemu jodoh dengan DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 25 April 1974 dikala usia baginda mencecah 22 tahun. Baginda bekerja di sebuah bank sebelum bertemu jodoh dengan Tuanku Muhriz yang ketika itu bergelar YAM Tunku Besar Seri Menanti. Istiadat perkahwinan baginda diadakan di Istana Maziah Terengganu. Perkahwinan baginda berdua dikurniakan 3 orang puteri iaitu YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin, YAM Tunku Zain Al Abidin, dan YAM Tunku Alif Hussien Saifuddin Al Amin.

Tuanku Aishah Rohani bersama Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah semasa Pertabalan Yang Di Pertuan Besar.
Suami baginda, DYMM Tuanku Muhriz menaiki takhta Negeri Sembilan setelah kemangkatan Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada tahun 2008. Penantian baginda terhadap takhta Negeri Sembilan selama 41 tahun yang akhirnya kembali kepangkuan baginda. Tuanku Muhriz diishtiharkan sebagai Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 11 pada 29 Disember 2008 dan ditabalkan di Istana Besar Seri Menanti pada 26 Oktober 2009. Tuanku Aishah Rohani pula ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada 14 April 2009. Pertabalan Tunku Ampuan biasanya diadakan sebelum pertabalan Yang Di Pertuan Besar.


Tuanku Aishah Rohani merupakan seorang yang sangat sederhana. Penampilan baginda dalam kebanyakan majlis menyaksikan bahawa baginda tidak keterlaluan. Baginda juga merupakan seorang permaisuri yang sangat prihatin dan disenangi oleh rakyat Negeri Sembilan. Baginda seringkali dilihat mengiringi suami baginda ke majlis-majlis rasmi mahupun majlis-majlis melibatkan Agama Islam. Baginda juga seorang yang pemurah dengan senyuman.

Tuanku Aishah Rohani dikurniakan Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat  Dihormati (D.K.N.S.) oleh suami baginda pada 21 April 2009. Sebelum bergelar permaisuri, baginda juga pernah dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Tuanku Jaafar oleh Almarhum Tuanku Jaafar dan Pingat Pekerti Terpilih.

Tuanku Aishah bersama YM Raja Datin Seri Salbiah,isteri YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.
Baginda merupakan Ahli Kuala Lumpur Speaker's Club, Inner Wheel Club, dan juga Rotary Club Kuala Lumpur. Baginda juga merupakan Penaung Pandu Puteri Negeri Sembilan dan Institut Wanita Negeri Sembilan. Pada Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menggantikan YMM Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Baginda merupakan Canselor kedua Universiti itu.

Selaku Canselor USIM.
DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud kini berusia 61 tahun dan baginda amat aktif  dalam kebajikan rakyat negeri baginda. Semoga Tuanku dan Tuanku Muhriz dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah untuk terus berkhidmat untuk Negeri Sembilan Darul Khusus.

Gambar kenangan :

Anakanda sulung baginda Tunku Ali Redhauddin.
Keluarga diraja Negeri Sembilan.





Tuesday, 26 November 2013

Darjah Kebesaran British Yang Diterima Yang Di Pertuan Agong..


KNIGHT GRAND CROSS THE MOST HONOURABLE ORDER OF THE BATH
(G.C.B.)



Penerima : 

1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 14 Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,G.C.B.

2. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 9 Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah,G.C.B.,K.S.tJ.

3. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 10 Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman,G.C.B.

KNIGHT OF JUSTICE OF THE MOST VENERABLE ORDER OF SAINT JOHN 
( K.S.tJ )


Penerima :

1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 14 Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,G.C.B.

2. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 9 Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah,G.C.B.,K.S.tJ.

KNIGHT GRAND CROSS OF THE MOST DISTINGUISHED ORDER OF SAINT MICHAEL AND SAINT GEORGE
( G.C.M.G. )


Penerima :

1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, G.C.M.G.,K.C.M.G. (1957).

2.Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 6 Almarhum Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim,G.C.M.G.

KNIGHT COMMANDER OF THE MOST DISTINGUISHED ORDER OF SAINT MICHAEL AND SAINT GEORGE
( K.C.M.G. )


1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, G.C.M.G.,K.C.M.G. (1934).

2. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 2 Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Alhaj, K.C.M.G.

3. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 3 Almarhum Tuanku Syed Harun Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, K.C.M.G.,C.M.G. 

4. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 4 Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, K.C.M.G.,C.M.G.

COMPANION OF THE MOST DISTINGUISHED ORDER OF SAINT MICHAEL AND SAINT GEORGE
( C.M.G. )


Penerima :

1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 3 Almarhum Tuanku Syed Harun Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, K.C.M.G.,C.M.G. 

2. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 4 Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, K.C.M.G.,C.M.G.

3. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 6 Almarhum Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim,G.C.M.G.


QUEEN ELIZABETH II CORONATION MEDAL.


Penerima : 

1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, G.C.M.G.,K.C.M.G.

2. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 2 Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Alhaj, K.C.M.G.

3. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 3 Almarhum Tuanku Syed Harun Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, K.C.M.G.,C.M.G. 

4. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 4 Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, K.C.M.G.,C.M.G.

5. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 6 Almarhum Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim,G.C.M.G.

6. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 7 Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

KING GEORGE VI CORONATION MEDAL.


Penerima :

1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, G.C.M.G.,K.C.M.G.

2. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 2 Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Alhaj, K.C.M.G.

3. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 4 Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, K.C.M.G.,C.M.G.

KING GEORGE V SILVER JUBILEE MEDAL.


Penerima :

1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, G.C.M.G.,K.C.M.G.

2. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 2 Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Alhaj, K.C.M.G.

3. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 4 Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, K.C.M.G.,C.M.G.



Wednesday, 20 November 2013

Ratu Pemerintah Yang Pernah Bertakhta Di Dunia (Bahagian 6).

EMPRESS GEMMEI OF JAPAN
Lahir : 660
Memerintah : 707 - 715
Mangkat : 29 Disember 721 (61 tahun).

EMPRESS GENSHO OF JAPAN
Lahir : 683
Memerintah : 3 Oktober 715 - 3 Mac 724
Mangkat : 22 Mei 248 (65 tahun).

EMPRESS KOKEN/SHOTOKU OF JAPAN 
Lahir : 718
Memerintah : 749 - 758 dan 764 - 770
Mangkat : 770 (52 tahun).


EMPRESS MEISHO OF JAPAN
Lahir : 9 Januari 1624
Memerintah : 22 Disember 1629 - 14 November 1643
Mangkat : 4 Disember 1696 (72 tahun).

EMPRESS GO SAKURAMACHI OF JAPAN
Lahir : 23 September 1740
Memerintah : 15 September 1762 - 23 Mei 1770
Mangkat : 24 Disember 1813 (73 tahun).

QUEEN SEONDEOK OF SILLA (KOREA)
Memerintah : 632 - 647
Mangkat : 17 Februari 647

QUEEN JINDEOK OF SILLA (KOREA)
Memerintah : 647 - 654

QUEEN ERATO OF ARMENIA
Memerintah : 12 - 1 Sebelum Masihi dan 11 -12 Masihi

QUEEN ZARMANDUKHT OF ARSACID ARMENIA
Memerintah : 378 - 384.

QUEEN CHARLOTTE OF CYPRUS
Lahir : 28 Jun 1444
Memerintah : 28 Julai 1458 - 1464
Pertabalan : 7 Oktober 1458
Mangkat : 16 Julai 1487 (43 tahun).

QUEEN CATHERINE CORNARO OF CYPRUS
Lahir : 25 November 1454
Memerintah : 1474 - 1489
Mangkat : 10 Julai 1510 (55 tahun).

QUEEN TAMAR OF GEORGIA
Lahir : 1160
Memerintah : 27 Mac 1184 - 18 Januari 1813
Pertabalan : 1178
Mangkat : 18 Januari 1213 (53 tahun).

QUEEN RUSUDAN OF GEORGIA
Lahir : 1194
Memerintah : 1223 -1245
Mangkat : 1245 ( 51 tahun).

QUEEN TOMYRIS OF MASSAGATAE (IRAN)
Memerintah : 530 Sebelum Masihi.

QUEEN MUSA OF PARTHIA (IRAN)
Memerintah : 2 Sebelum Masihi - 4 Masihi.

QUEEN BORANDUKHT OF PERSIA
Memerintah : 630 - 631 .

QUEEN AZARMIDOKTH OF PERSIA
Memerintah : 631 - 632.

QUEEN ANZAZE OF ELYMAIS (IRAN)
Memerintah : 82 - 75.

AL SULTANA AL RADILA SATI BEG KHAN KHALLAD ALLAH MULKAHA OF PERSIA
Lahir : 1316
Memerintah : 1338 - 1339
Mangkat : 1345 (29 tahun).

QUEEN KUBABA OF SUMER
Memerintah : 25 Sebelum Masihi.



Tuesday, 5 November 2013

Kerabat Damping.

Istilah Kerabat Damping biasanya digunakan oleh negeri Johor sahaja. Kerabat Damping ini merujuk kepada kerabat-kerabat terdekat kepada Sultan yang memerintah negeri Johor Darul Takzim. Mereka yang dianggap sebagai kerabat Diraja Johor adalah terdiri daripada empat lapisan salasilah keluarga termasuk ayahanda saudara atau bonda saudara, isteri, adik beradik, anakanda dan cucunda kepada Sultan pemerintah negeri. Empat lapisan keluarga ini dirujuk sebagai Kerabat Damping dan mereka semua membawa gelaran Yang Amat Mulia. Menurut Setaiusaha Jemaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim Bin Ramli, selain daripada empat susur galur yang dinyatakan, keluarga atau individu lain tidak dianggap sebagai kerabat walaupun lahir dalam keluarga yang sama.

Berikut merupakan senarai Kerabat Damping Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengikut empat lapisan keluarga baginda :  


Isteri :

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Afifullah,
D.K.,D.K.(Perak),S.P.C.M.,S.P.M.J.

Anakanda :


- Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim,
  D.K.,S.P.M.J.,S.M.J.,P.I.S.


- Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Puteri Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim,
  D.K.,D.P.M.J.


- Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim,
  D.K.,S.P.M.J.,D.P.M.J.,P.I.S.



- Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim,
D.K.,D.P.M.J.,P.I.S.



- Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim,
  D.K.,D.P.M.J.



- Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim,
  D.K.

  
Bonda : 


Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah, D.K. (Johor).


Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Kelantan),D.K.(Kedah),D.K.(Brunei),S.S.I.J.,P.I.S.


Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tengku Ahmad,
D.K.,S.P.M.J.,S.S.I.J.,S.P.M.K.

Ayahanda atau Bonda Saudara :


Yang Amat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Osman Ibni Almarhum Tengku Temenggong Ahmad,
D.K.,S.P.M.J.,S.S.I.J.,P.S.M.



Yang Amat Mulia Tunku Hajah Shahariah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman,
D.K.,D.K.Y.R.(Negeri Sembilan),P.I.S.1.

Adik Beradik :
- Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima DiRaja Selangor Paduka Puteri Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.I,D.K.II,S.J.M.K.


- Yang Amat Mulia Paduka Besar Puteri Tunku Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.


- Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Paduka Puteri Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.(Pahang),D.K.(Johor),S.P.M.J.


- Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Hajah Mariam Zaharah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.

- Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Hajah Noraini Fatimah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.

- Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Hajah Maimunah Ismailiah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.


- Yang Amat Mulia Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, D.K.,S.P.M.J.,S.M.J.


- Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Muna Najiah Binti Almarhum Sultan Iskandar,
D.K.,S.P.M.J.

- Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Aminah Kalsom Maseera Marian Zahirah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...