Anda Pengunjung Ke :

Thursday, 20 February 2014

Senarai Para Permaisuri Negeri Mengikut Dekad..(50an, 60an dan 70an).

DEKAD 1950 an.

RAJA PEREMPUAN PERLIS INDERA KAYANGAN.
KDYMM Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail,S.M.N.,A.M.N.

SULTANAH KEDAH DARUL AMAN.
( Sehingga 1958).
KDYMM Sultanah Asma Binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, D.K., P.S.B.

RAJA PEREMPUAN PERAK DARUL RIDZUAN.
DYMM Raja Perempuan Taayah Binti Almarhum Raja Abdul Hamid,P.J.K.

TENGKU AMPUAN SELANGOR DARUL EHSAN.
( Sehingga 1960 ).
DYMM Tengku Ampuan Jemaah Binti Almarhum Raja Ahmad,
D.K.(Selangor).

TUANKU AMPUAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
( SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG ).
( Sehingga 1960 ).
DYMM Tuanku Kurshiah Binti Tunku Besar Burhanuddin,S.M.N.

SULTANAH JOHOR DARUL TAKZIM.
( Sehingga 1959 ).
DYMM Sultanah Marcella Ibrahim,
D.K.,S.P.M.J.,Grand Cordon of the Order of Crown (Romania).

TENGKU AMPUAN PAHANG DARUL MAKMUR.
KDYMM Tengku Ampuan Fatimah Binti Almarhum Sultan Iskandar,
D.K., Pingat Jubli Perak(Pahang).

TENGKU AMPUAN BESAR TERENGGANU DARUL IMAN.
KDYMM Tengku Ampuan Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja,D.K.(Terengganu).


RAJA PEREMPUAN KELANTAN DARUL NAIM.
( Sehingga 1960 ).
KDYMM Sultanah Zainab Binti Tengku Zainal Abidin.
D.K.(Kelantan).

...................................................................................................................................

DEKAD 1960 an.

RAJA PEREMPUAN PERLIS.
( SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG : 1960-1965).
KDYMM Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail,
D.K.,D.M.N.,S.M.N.,A.M.N.,Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand),  The Great Cross of Agricultural Merit(Cambodia), First Class of the Order of the Precious Crown(Japan), Nahdar Star-First Class(Pakistan), Order of Makal Perfection(United Arab Republic).

SULTANAH KEDAH DARUL AMAN.
KDYMM Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman,D.K.

RAJA PEREMPUAN PERAK DARUL RIDZUAN.
( Sehingga 1963).
DYMM Raja Perempuan Taayah Binti Almarhum Raja Abdul Hamid,P.J.K.

( Bermula 1963 ).
DYMM Raja Perempuan Muzwin Binti Raja Dato' Seri Ariff Shah.
TENGKU AMPUAN SELANGOR DARUL EHSAN.
RAJA PERMAISURI AGONG (1960).
DYMM Tengku Ampuan Jemaah Binti Almarhum Raja Ahmad,
D.K.(Selangor).

Tengku Ampuan bermula tahun 1961.
DYMM Tengku Ampuan Rahimah Binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Langkat,
D.K.,S.P.M.S.
TUANKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
( Sehingga 1967 ).
DYMM Tuanku Ampuan Durah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

SULTANAH JOHOR DARUL TAKZIM.
DYMM Sultanah Aminah Binti Almarhum Ungku Ahmad,
D.K.,D.K.II.,P.I.S.,Queen Elizabeth Coron Medal.


TENGKU AMPUAN PAHANG DARUL KHUSUS.
KDYMM Tengku Ampuan Fatimah Binti Almarhum Sultan Iskandar,D.K., Pingat Jubli Perak(Pahang).

TENGKU AMPUAN BESAR TERENGGANU DARUL IMAN.
 ( SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG : 1965-1970 ).
KDYMM Tengku Ampuan Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja,D.K.,D.M.N.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,Grand Cordon of the Order of Merit(Republic of Germany), Order of the Golden Hearts(Philippines), Order of Queen Sheba(Ethiopia), Orders of Diplomatic Service Merit 1st Class (Republic of South Korea), Order of the Pleiades 1st Class(Iran), Grand Order of Mugunghwa(Republic of South Korea).


RAJA PEREMPUAN KELANTAN DARUL NAIM.
KDYMM Tengku Zainab Binti Almarhum Tengku Muhammad Petra,

............................................................................................................................................

DEKAD 1970 an.

RAJA PEREMPUAN PERLIS INDERA KAYANGAN.
KDYMM Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail,D.K.,D.M.N.,S.M.N.,A.M.N.,Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand),  The Great Cross of Agricultural Merit(Cambodia), First Class of the Order of the Precious Crown(Japan), Nahdar Star-First Class(Pakistan), Order of Makal Perfection(United Arab Republic).
http://warisanpermaisuri.blogspot.my/2011/11/ymm-almarhum-raja-perempuan-besar.html

SULTANAH KEDAH DARUL AMAN
( SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG : 1970-1975 ).
KDYMM Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman,
D.K.,D.K.H.,D.M.N.,S.M.N.,S.P.M.K.,Grand Cordon of the Order of Sacred Treasure(Japan), Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand), Order of Star of Mahaputra 1st Class(Indonesia), Order of the Pleiades 1st Class(Iran).

RAJA PEREMPUAN PERAK DARUL RIDZUAN.
DYMM Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Ariff Shah,

TENGKU AMPUAN SELANGOR DARUL EHSAN.
DYMM Tengku Ampuan Rahimah Binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Langkat,

TUANKU AMPUAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
DYMM Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,

SULTANAH JOHOR DARUL TA'ZIM.
( Sehingga 1977 )
DYMM Sultanah Aminah Binti Almarhum Ungku Ahmad,D.K.,D.K.II.,P.I.S.,Queen Elizabeth Coron Medal.

( Bermula 1977 ).
DYMM Sultanah Nora Binti Tengku Ahmad,
TENGKU AMPUAN PAHANG DARUL MAKMUR.
(SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG : 1979-1984).
KDYMM Tengku Ampuan Afzan Binti Almarhum Tengku Muhammad Panglima Perang,

TENGKU AMPUAN BESAR TERENGGANU DARUL IMAN.
KDYMM Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja,
D.K.,D.M.N.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,Grand Cordon of the Order of Merit(Republic of Germany), Order of the Golden Hearts(Philippines), Order of Queen Sheba(Ethiopia), Orders of Diplomatic Service Merit 1st Class (Republic of South Korea), Order of the Pleiades 1st Class(Iran), Grand Order of Mugunghwa(Republic of South Korea),Grand Cordon of the Order of Precious Crown(Japan), Order of Mahaputra 1st Class(Republic of Indonesia).

RAJA PEREMPUAN KELANTAN DARUL NAIM.
( SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG : 1975-1979 ).
KDYMM Tengku Zainab Binti Almarhum Tengku Muhammad Petra,

Tuesday, 18 February 2014

Kerabat Bergelar Negeri Perlis Indera Kayangan..

Berikut merupakan susunan kekananan kerabat Diraja Negeri Perlis Indera Kayangan yang bersusur galur dari keturunan Almarhum Tuanku Syed Harun Putra Jamalullail dan Almarhum Tengku Budriah Tengku Ismail.

1. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Indera Kayangan
    Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Harun Putra Jamalullail,
    D.K.P.,D.K.,S.S.P.J.,D.M.N.,D.K.(Perak),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Terengganu),D.K
    (Kedah),D.K.(Selangor),D.K.(Pahang),D.K.(Kelantan),D.K.M.B
    (Brunei),S.P.M.J.,S.P.C.M.,S.P.M.T.,Collar Of The Order Of Chrysanthemum(Japan),Grand Order Of
    King Tomislav(Croatia),Grand Collar Of The National Order of Independence(Cambodia),Orders Of
    Merit With Collar(Italy),White Rose With Collar(Finland),The Order Of Temasek(Singapore).

2. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis Indera Kayangan
    Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid,
    D.K.,S.S.P.J.,S.P.M.P.,D.M.N.,D.K.(Pahang),D.K.(Kelantan),S.P.M.J.,Grand Cordon of the Royal
    Order(Cambodia), Orders of Merit(Republic of Italy), Isabella the Catholic(Spain), Grand Cordon of the
    Order of The Precious Crown(Japan), Order of the Sacred Treasure 2nd Class(Japan).

3. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Indera Kayangan
    Tuanku Syed Faizzuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,
    D.K.,S.P.M.P.

4. Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Indera Kayangan
    Tuanku Lailatul Shahreen Binti Dato' Khalil Akashah,
    S.P.M.P.

5. Yang Amat Mulia Tengku Sharif Bendahara Perlis Indera Kayangan
    Dato' Seri Diraja Syed Badaruddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
    D.K.,S.S.P.J.


6. Yang Amat Mulia Tengku Sharif Temenggong Perlis Indera Kayangan
    Dato' Seri Diraja Syed Amir Zainal Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
    S.S.P.J.,S.P.M.P.

7. Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Perlis Indera Kayangan
    Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
    S.S.P.J.,S.P.M.P.


8. Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perlis Indera Kayangan
    Tan Sri Dato' Seri Diraja Dato' Setia Syed Zainal Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra
    Jamalullail,

    P.S.M.,S.S.P.J.,S.P.M.P.,S.S.I.S.(Selangor).

9. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Perlis Indera Kayangan
    Dato' Seri Diraja Sharifah Salwa Binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,
    S.S.P.J.,S.P.M.P.

10. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota Perlis Indera Kayangan
      Dato' Seri Sharifah Fazira Binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,
      S.P.M.P.

Saturday, 8 February 2014

Lawatan Raja-Raja Melayu ke Brunei Darussalam (Tahun 1958)- Bahagian 4.

Pada sebelah malamnya, KDYMM Sultan Brunei meraikan tetamu-tetamu baginda dalam suatu Santapan Diraja yang diadakan di dewan bankuet Istana Darul Hana. Raja-Raja Melayu berserta Permaisuri yang berangkat ke Brunei diundang ke Istiadat Santapan ini. Turut serta ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan YAB Tun Abdul Razak Hussien serta para kenamaan lain.

YTM Tunku Abdul Rahman berbual bersama YAM Tunku Aminah, Isteri Tunku Mahkota Johor.

KDYMM Sultan Brunei bersama DYMM Tengku Ampuan Jemaah dan KDYMM Sultan Pahang.

Sultan Brunei mendahului Raja-Raja menuju ke Istiadat Santapan.

Sultan Selangor dan Sultan Pahang.

Raja Perlis dan Tunku Laksamana Munawir.

Tetamu Diraja sedang menikmati hidangan.




Thursday, 6 February 2014

Khas Sempena 30 Tahun Pemerintahan Sultan Azlan Shah..

WARISAN PERMAISURI akan membawakan segmen khas sempena Sambutan 30 Tahun Sultan Azlan Shah selaku Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 3 Februari 2014. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak pada 3 Februari 1984 menggantikan Almarhum Sultan Idris Shah Afifullah. Daripada seorang Ketua Hakim Negara kepada seorang Raja Pemerintah. Itulah tuah Sultan Azlan . Kerjaya profesional baginda amat dikagumi dan merupakan seorang yang disegani dalam bidang perundangan negara. Lebih membanggakan lagi, baginda merupakan satu-satunya raja di dunia yang pernah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Sepanjang bergelar seorang hakim, baginda banyak mengadili kes-kes yang berprofil tinggi. Baginda juga mencipta rekod sebagai Hakim termuda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 1965 ketika berusia 37 tahun. Selain pernah menjawat jawatan tertinggi dalam perundangan negara,baginda juga pernah menjadi Ketua Negara. Baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke 9 pada tahun 1989 hingga 1994. Sepanjang 30 bergelar Sultan Perak, baginda begitu komited dengan tugas baginda selaku Ketua Negeri. Baginda yang berusia 85 tahun dinasihatkan oleh para doktor untuk berehat. Tugas Sultan Perak dipangku oleh anakanda baginda DYMM Raja Dr Nazrin Shah. Sempena sambutan 30 Tahun Sultan Azlan di atas takhta negeri Perak Darul Ridzuan, WARISAN PERMAISURI akan berkongsi 30 Gambar  Wajah-wajah Sultan Azlan sepanjang hayat baginda. Sama-sama kita doakan semoga Tuanku diberikan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT selalu. Amin..........



















WAJAH SEORANG SULTAN KESAYANGAN.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...