DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak
Tuanku Zara Salim berangkat menziarahi makam Tok Temong di Kati di sini, Jumaat
bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV. Pasangan diraja itu tiba di lokasi makam pertama pada
kira-kira 9 pagi. Majlis tahlil dan bacaan doa selamat serta kenduri arwah
diadakan dengan dipimpin Orang Kaya Imam Paduka Tuan Dr Muhammad Aifi Al-Akiti. Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri kemudian menyiramkan
air mawar serta menaburkan bunga ke atas makam berkenaan.
Tok Temong, atau nama asalnya Tok Perabu, adalah seorang
pembesar wanita yang berkuasa memerintah Temong di zaman pemerintahan Sultan
Muzaffar Shah I (1528-1549) dan dipercayai berkuasa sebelum pemerintahan sultan
berkenaan. Sementara suaminya ialah Tok Pelanduk dan abangnya Tun Saban
adalah pembesar yang berkuasa memerintah Hulu Perak. Menurut Hikayat Perak, semasa pertabalan Sultan Muzaffar
Shah I di Tanah Abang, Tok Temong menghadiahkan 'Geliga Embun' kepada sultan
dan ia kini menjadi antara alat kebesaran diraja Perak. Menurut hikayat itu lagi, tarikh sebenar kematian Tok Temong
tidak diketahui tetapi dipercayai meninggal dunia dan dimakamkan di Temong.Sehingga kini makam beliau menjadi antara makam yang perlu
diziarah oleh Sultan Perak yang baharu ditabal. Selepas selesai menziarahi Makam Tok Temong, Sultan Nazrin berangkat
pulang ke Istana Kinta dan menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Sultan Azlan
Shah di sini.
Pada sebelah petang pula, baginda berangkat menziarahi Makam
Bendahara Raja Alang Iskandar atau dikenali sebagai Marhum Teja di Kota Bharu,
Gopeng dekat sini.
Sultan Nazrin berangkat dari Istana Kinta pada pukul 4
petang dan menuju ke lokasi makam sejauh 16 kilometer yang dijangka mengambil
masa kira-kira 20 minit dengan berkereta. Seperti di Makam Tok Temong, Sultan Nazrin akan menyertai
bacaan doa selamat serta kenduri arwah di Makam Marhum Teja. Marhum Teja ataupun Raja Alang Iskandar merupakan Bendahara
Perak semasa pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad Shah I dan Sultan Ja'afar
Muazzam Shah. Ketika menjadi Bendahara Perak di Kuala Teja, baginda mengutip
cukai di atas segala barang-barang yang masuk dan keluar di Kuala Sungai Kinta. Sesudah menziarahi Makam Marhum Teja, Sultan Nazrin akan
pulang ke Istana Iskandariah dan berangkat ke majlis berzanji serta marhaban di
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada sebelah malamnya.
Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU
seronok le orang kati dapat jumpe sultan...saya ni dari dulu mengidam nak berslam dgn sultan perak
ReplyDeleteInsyaallah...satu hari nanti dpt le salam dgn Tuanku.
DeleteAlhamdulillah,Semuanya berjalan lancar
ReplyDeleteAlat kebesaran tok temong berada pada hamba. Adalah dipercayai hambalah galornya.
ReplyDeleteTok temong merupakan ratu (queen) yg berkuasa. Sesuatu yg akan berlaku dalam sejarah Perak dan alam melayu amnya. Makam benarnya tok temong bukan disitu. Sejarah kita memang ada sedikit bercelaru. Indah pada galornya. Banyak rahsia yg tersirat drp apa yg tersurat pada Tok Temong ini.
Alfatihah utk moyangku.
Ada rezeki saya teringin nk jumpa dan nak tahu cerita semua ni
DeleteSiapa tun perabu?
DeleteGeliga embun ker yg di simpan. Alhamdulillah.
DeleteLove my kampong
ReplyDeleteAs salamu alaikum tuan!bleh sy dptkan lokasi sbnr maqam tok temong?...sbb ada dorongan yg kuat dlm hati sy utk menziarahi beliau.t kasih
ReplyDeletesalam.. saya juga berminat untuk menziarah ke lokasi makam yang sebenar. mohon dibantu...dimanakah alamatnya.
ReplyDeleteJgn lupa galor
ReplyDeleteDi mana makam tok temong yg sebenarnya sy teringin nk ziarah
ReplyDelete