Anda Pengunjung Ke :

Monday 22 January 2018

21 Januari: Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Sultan Kedah Ke- 76.


KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyambut Hari Keputeraan Rasmi baginda Ke-76 pada 21 Januari 2018. Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan baginda diadakan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit Alor Star, Kedah. Sempena sambutan ini, 3 orang kerabat diraja Kedah dikurniakan dengan darjah kebesaran Negeri Kedah. Mendahului senarai adalah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff yang dikurniakan Darjah Kerabat Kedah Yang Amat Mulia (D.K.). Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohd Arif dikurniakan dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (S.PM.K.) yang membawa gelaran Dato' Seri. Manakala, Mantan Sultanah Kedah, Yang Maha Mulia Dato' Seri Utama Hajah Haminah Binti Haji Hamidun dikurniakan dengan gelaran Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah. 


Berangkat ke Istiadat sambutan berkenaan ialah DYTM Raja Muda Kedah Tunku Sarafuddin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, YTM Tunku Bendahara Kedah Tunku Tan Sri Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan YABhg Toh Puan Bendahara Kedah Toh Puan Dato' Nora Abdullah, YTM Tunku Temenggong Kedah Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim, YTM Tunku Laksamana Kedah Tunku Dato' Shazuddin Arif Ibni Sultan Sallehuddin, DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim, kerabat-kerabat diraja Kedah serta pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah. 

KDYMM Sultanah Kedah memakai Darjah Kerabat Kedah.

KDYMM Sultan Sallehuddin menanugerahkan S.P.M.K. kepada menantu baginda DYTM Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Dato' Seri Zaheeda Mohd Ariff.


KDYMM Sultan Sallehuddin mengurniakan gelaran Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah kepada kekanda ipar baginda YMM Dato' Seri Utama Hajah Hamimah.

DYTM Raja Muda Kedah Tunku Sarafuddin Badlishah, KDYMM Sultan Kedah Sultan Sallehuddin, KDYMM Sultanah Kedah Sultanah Maliha dan DYTM Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda.


DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain, YTM Tunku Laksamana Tunku Shazuddin, YTM Tunku Temenggong Tunku Puteri Intan Safinaz, YTM Tunku Bendahara Tunku Abdul Hamid Thani, YAB Dato' Seri Ahmad Bashah, DYTM Raja Muda Kedah Tunku Sarafuddin Badlishah, KDYMM Sultan Kedah Sultan Sallehuddin, KDYMM Sultanah Kedah Sultanah Maliha, DYTM Raja Puan Muda Che Puan Muda Zaheeda, YMM Che Puan Besar Kedah Dato' Seri Utama Hajah Haminah, YABhg Datin Seri Hizam, YABhg Toh Puan Dato' Nora dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim.


KDYMM Sultan dan KDYMM Sultanah Kedah bergambar di hadapan singgahsana.

KDYMM Sultan Sallehuddin bersama kekanda ipar baginda YMM Che Puan Besar Kedah Dato' Seri Utama Hajah Haminah.

1 comment:

  1. Slps dimahsyurkan sbg sultan Kedah yg baru adakah akan diadakan istiadat pertabalan rasmi... jika ada bila dijangka akan diadakan?

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...