Thursday, 25 June 2015

Sultan Selangor Berbuka Puasa Di UiTM Shah Alam.

25 Jun 2015 : Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj berkenan mencemar duli berangkat ke UiTM Shah Alam untuk Majlis Berbuka Puasa bersama warga UiTM Shah Alam. Pada bulan Ramadan setiap tahun, baginda pasti akan berangkat ke UiTM Shah Alam untuk menyampaikan zakat kepada asnaf yang berada di UiTM Shah Alam.

Baginda tiba di Masjid Tuanku Mizan UiTM pada kira-kira pukul 6.30 petang. Seterusnya baginda menyampaikan zakat kepada pelajar yang layak menerima zakat. Kemudianya, tahlil arwah diadakan untuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah AlHaj dan Almarhum Raja Saidatul Ihsan Binti Almarhum Tengku Badar Shah. 

Sultan Sharafuddin kemudiannya berbuka puasa bersama warga UiTM di Masjid Tuanku Mizan UiTM. Pada sebelah malam pula, baginda bersama-sama warga UiTM menunaikan solat tarawih. Turut hadir pada majlis ini ialah Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Tan Sri Wan Zahid Wan Noordin dan Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir. 



Sultan Selangor bersalaman dengan para pelajar diiringi oleh Naib Canselor UiTM Tan Sri Sahol Hamid.




Sultan Selangor berkenan bergembar dengan Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Wednesday, 24 June 2015

Tuanku Abdul Halim : Raja Sepanjang Zaman.

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 14 Julai 1958 menggantikan Almarhum ayahanda baginda. Bergelar seorang Sultan pada usia cukup muda iaitu pada usia 31 tahun. Perjalanan baginda bergelar seorang Sultan selama hampir 57 tahun menjadikan baginda seorang Sultan yang cukup berpengalaman. Pelbagai peristiwa pernah ditempuhi baginda dalam pelbagai jenis era kepimpinan. Ditambah pula baginda diberi kepercayaan untuk menerajui negara sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 21 September 1970, hampir setahun selepas berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Baginda dan kepimpinan negara pada waktu itu berperanan untuk membangunkan kembali negara kita. Banyak lagi pencapaian baginda sebagai seorang Sultan yang boleh dibanggakan. Baginda telah menyambut Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan sebagai Sultan Kedah pada tahun 2008. Baginda juga merupakan satu-satunya Raja Melayu yang menaiki takhta Persekutuan sebagai Yang Di Pertuan Agong sebanyak 2 kali. Baginda dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 14 pada usia 84 tahun. Kini, baginda telah berusia 88 tahun dan telah berada diatas takhta Persekutuan selama lebih kurang 4 tahun. Insyaallah, baginda akan menghabiskan tempoh pemerintahan baginda pada tahun hadapan. 








Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Sunday, 21 June 2015

Khas Sempena Sambutan Hari Bapa : Raja-Raja Melayu dan Ayahanda.

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid Halim Shah.



Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin dan Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.





Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah.




Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah AlHaj.





Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz dan Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman.


Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim Sultan Ibrahim dan Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail. 




Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman Sultan Mizan Zainal Abidin dan Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.




Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kelantan Darul Naim Sultan Muhammad V dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra.



Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah dan Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muazzam Shah.


Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Friday, 5 June 2015

Hari Keputeraan Rasmi Yang Di Pertuan Agong 2015.



DAULAT TUANKU !!!
SEMOGA ALLAH S.W.T. LANJUTKAN USIA TUANKU.

     

MERAFAK UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN UCAP SELAMAT
KEHADAPAN

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG AL-MU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MUADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K(Brunei),D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K.,S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of  St. John.,Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordonmof the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan),Collar of the Order of Pahlavi(Iran),Collar of the Order of Charles III(Spain), Nishan-e-Pakistan 1st Class(Pakistan), Grand Cordon of the Most Illustrious Order of Royal House of Chakri(Thailand).

dan

 SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU HAJAH HAMINAH BINTI HAJI HAMIDUN,
D.M.N.,D.K.,D.K.H., Grand Cordon of the Order of the Precious Crown (Japan), Knight Grand Class (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).

Sempena

HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG 
PADA 6 JUN 2015 MASIHI BERSAMAAN 19 SYAABAN 1436 HIJRAH.
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA SERI PADUKA BAGINDA TUANKU.

Sembah Takzim Daripada :

Amirul Izwan Bin Lehuddin,
Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU
www.warisanpermaisuri.blogspot.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Thursday, 4 June 2015

Almarhum Tuanku Munawir Ibni Tuanku Abdul Rahman.


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman diputerakan pada 29 Mac 1922 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Baginda merupakan putera sulung kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan Yang Amat Mulia Tuanku Ampuan Maharunnisa Binti Tunku Mambang. Baginda merupakan putera sulung daripada 8 beradik. Tuanku Munawir mendapat pendidikan awal di Sekolah Seri Menanti, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah King George V, Seremban. Seterusnya baginda ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di School of Oriental & African Studies (SOAS),London. 


Tuanku Munawir menjadi pengiring kepada ayahanda baginda pada tahun 1936. Baginda menjadi Leftenan ke 2 Batalion ke 3 Pasukan Sukarela Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1937 dan berakhir pada tahun 1939. Baginda menanggotai Pejabat Tanah Negeri Sembilan pada tahun 1949 hingga 1950 seterusnya Pegawai "Home Guard" Kuala Plilah dan Tampin bermula tahun 1952 hingga 1957. Baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting pada 6 Julai 1934 pada usia 12 tahun oleh ayahanda baginda yang menaiki takhta Negeri Sembilan pada tahun 1933. Seterusnya baginda dinaikkan ke Yang Amat Mulia Tunku Laksamana pada 25 April 1937 pada usia 15 tahun. Tuanku Munawir pernah menjadi Pemangku Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan sebanyak 2 kali. Pertamanya pada 31 Ogos 1954 hingga November 1954 dimana ayahanda baginda ke luar negara. Dan kali ke 2 semasa ayahanda baginda bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama bermula 3 September 1957 hingga 5 April 1960.

Ketika bergelar Tunku Laksamana,

Takdir Allah telah menentukan bahawa Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad mangkat dalam tidur di Istana Negara Kuala Lumpur. Anakanda sulung baginda, Tunku Munawir dimashurkan sebagai Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 9 pada 5 April 1960. Istiadat pertabalan baginda diadakan di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti pada 17 April 1961. Baginda menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, D.M.N.,S.M.N.,D.K.(Brunei),S.P.M.B.,Queen Elizabeth II Coronation Medal, Sultan Ismail Johor Coronation Medal.


Tuanku Munawir mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Durah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada 1 Januari 1940 ketika berusia 18 tahun. Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Besar Sri Menanti. Tuanku Ampuan Durah merupakan puteri kepada YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Besar Burhanuddin Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Tunku Besar Burhanuddin merupakan adinda kepada nenda Tuanku Munawir iaitu Tuanku Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Maka, ini menjadikan Tuanku Ampuan Durah merupakan bonda saudara kepada Tuanku Munawir. Pertalian kekeluargaan ini dieratkan lagi dengan perkahwinan baginda berdua. Perkahwinan baginda diserikan dengan kehadiran seorang putera dan 5 puteri, Putera sulung baginda kini bergelar Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Puteri-puteri baginda pula terdiri daripada YAM Almarhum Tunku Puteri Tunku Munawirah,  YAM Almarhum Tengku Puan Sharif Bendahara Perlis Tunku Mudziah, YAM Tunku Anne Dakhlah, YAM Tunku Deborah dan YAM Tunku Deannah Almarhum Tuanku Munawir.

Ketika Istiadat Bersanding sempena perkahwinan baginda.

Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat akibat penyakit kencing manis pada usia cukup muda iaitu 45 tahun. Baginda hanya sempat memeritah Negeri Sembilan selama 7 tahun. Baginda meninggalkan seorang balu Tuanku Ampuan Durah dan 6 anakanda. Anakanda sulung baginda Tuanku Muhriz baru sahaja berusia 19 tahun ketika itu. Tempat baginda sebagai Yang Di Pertuan Besar digantikan oleh adinda baginda Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Al Fatihah untuk Almarhum Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Durah.

Bersama Bonda tiri baginda Tuanku Kurshiah.

Ketika Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Besar,


Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU