Thursday, 31 March 2016

30 Mac 1980 : Kemahkotaan Sultan Ismail Petra.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darul Naim Ke-28
Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra,
D.K., D.M.N., D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor), D.K.(Johor), D.K.(Kedah), D.K.(Perak),D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.M.B.(Brunei), D.P.S.S., D.P.(Sarawak), S.P,M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.

Tarikh 30.Mac.1980 merupakan Hari Kemahkotaan KDYMM Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra dan KDYMM Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis. Sultan Ismail merupakan Sultan Kelantan ke-28. Baginda menggantikan ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Yahya Petra yang mangkat semasa bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-6. Sultan Ismail yang ketika itu berusia 31 tahun dimahkotakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu Kelantan. Baginda dimahkotakan oleh YBM Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Ahmad Ibni Almarhum Tengku Long Abdul Ghafar.







Undang Luak Johol Dilucutkan Jawatan.


Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol, Datuk Johan Lela Perkasa Setiawan , Datuk Mohd Jan Abdul Ghani, D.T.N.S., dilucutkan jawatan sebagai Undang Luak Johol ke-14 berkuatkuasa 27 Mac 2016. Keputusan untuk memecat Datuk Mohd Jan diputuskan oleh kesemua datuk-datuk tertinggi Lembaga Adat Luak Johol setelah beberapa kali mengadakan kerapatan(mesyuarat). Pemecatan itu diisytiharkan secara rasmi oleh Datuk Jenang Zakaria Mohamad, di hadapan Datuk Mohd Jan sendiri dan dihadiri oleh Buapak Yang Enam, dan Datuk Batin di Balai Undang Luak Johol. Jawatan Undang Luak Johol kini diisi oleh Timbalan Undang Luak Johol, Datuk Baginda Tan Mas, Datuk Muhammad Abdullah. 

Datuk Jenang Zakaria membaca 13 kesalahan yang dilakukan oleh Datuk Mohd Jan dan pemecatan beliau dibuat selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan Perlembagaan Persekutuan. Menurut Ketua Buapak Yang Enam, Datuk Nenggarang Hasanuddin Ahmad, kesalahan yang dilakukan oleh Datuk Mohd Jan telah mula dikesan semenjak beliau dilantik sebagai 13 Mac 2007. Antara kesalahan yang dilakukan oleh beliau adalah seperti melakukan perkara yang membelakangkan Buapak Yang Enam, sistem pemerintahan beliau dipengaruhi oleh orang-orang sekelilingnya yang mempunyai kepentingan peribadi. Isu terbaru adalah berkenaan pengurniaan darjah kehormat dan penghargaan oleh Balai Undang Luak Johol pada 10 Ogos 2015 telah melanggar undang-undang tubuh kerajaan negeri.Mohd Jan adalah Undang Luak Johol yang pertama dipecat selepas institusi itu diasaskan pada tahun 1723 oleh Puteri Sitiawan apabila Johol tidak lagi bernaung di bawah Kesultanan Johor.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dilapor berkata, tindakan Mohd Jan sebagai Undang Johol pada waktu itu adalah tidak selaras dengan Perkara 26, Bab 7 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Datuk Jenang Zakaria berkata, pemecatan Datuk Mohd Jan sudah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, selaku Pengerusi Dewan Keadilan dan Undang hari ini.

Sehubungan itu, Datuk Mohd Jan dan keluarganya diarahkan oleh Datuk Jenang Zakaria untuk mengosongkan Balai Undang Luak Johol di Renggoh, Kuala Pilah dengan segera. Datuk Mohd Jan, 75, dilantik Undang Luak Johol ke-14 pada 13 Mac 2007 selepas penyandang terdahulu, Datuk Abdul Ali meninggal dunia. Datuk Mohd Jan selaku Pembesar Memerintah bersama dengan Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau terbabit dalam pemilihan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar pada tahun 2009.


29 Mac : Hari Keputeraan Almarhum Tuanku Munawir.

Al - Fatihah..


DALAM KENANGAN.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman,
D.M.N., S.M.N., D.K.(Brunei), S.P.M.B., Queen Elizabeth II Coronation Medal, Sultan Ismail Johor Coronation Medal.

DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-8 (1960-1967).

Biodata Almarhum Tuanku Munawir :


Monday, 28 March 2016

Khas Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-20 Sultan dan Sultanah Terengganu.





WARISAN PERMAISURI MELAYU menyembah tahniah kehadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Darul Iman Sultanah Hajah Nur Zahirah sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-20 Ke Bawah Duli-Duli Tuanku pada 28 Mac 2016. Pasangan Diraja ini mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Mac 1996. Sultan Mizan yang ketika itu bergelar Yang Di-Pertuan Muda Terengganu berusia 34 tahun manakala Sultanah Nur Zahirah yang ketika itu bergelar YABhg To' Puan Seri Rozita Binti Adil Bakeri berusia 23 tahun. 

Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Maziah dan disaksikan oleh ayahanda Sultan Mizan, Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Besar Bariah, bonda Sultan Mizan Sharifah Nong Al Sagoff, nenda Sultan Mizan Almarhum Tengku Ampuan Intan Zaharah serta seluruh kerabat negeri Terengganu. Baginda berdua dikurniakan dengan 2 orang putera dan 2 orang puteri. Puteri sulung YAM Tengku Nadhirah Zaharah diputerikan pada 18 Disember 1996, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu YTM Tengku Muhammad Ismail diputerakan pada 1 Mac 1998, YAM Tengku Muhammad Mu'az pada 22 Disember 2000 dan YAM Tengku Fatimatuz Zahra' pada 19 April 2002. Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah menaiki takhta persekutuan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-13 bermula tahun 2006 hingga 2011. Kini, setelah usia perkahwinan mencecah ke angka 20, baginda berdua masih dilihat sebagai pasangan diraja yang romantis dan saling melengkapi antara satu sama lain. Bersempena ulangtahun ke 20 Perkahwinan baginda berdua, WARISAN PERMAISURI akan membawakan 20 gambar-gambar Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,
D.K.T., D.K.R., D.K., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia ADIPURNA (Indonesia)

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Darul Iman Sultanah Hajah Nur Zahirah,D.K., D.M.N., D.K.(Kedah), S.S.M.Z., S.S.M.T., Grand Cross of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand).


















Sunday, 27 March 2016

24 Mac : Hari Keputeraan Almarhum Tengku Budriah.

Al - Fatihah..


DALAM KENANGAN.

Almarhum Yang Maha Mulia Raja Perempuan Besar Perlis Tuanku Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail,
D.K., S.S.P.J., D.M.N., S.M.N., D.K.(Kelantan), S.P.M.K., A.M.N., Grand Cross of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand), Order of the Great Cross of the Agriculture Merit(Cambodia), Grand Cordon of the Order of the Precious Crown 1st Class (Japan), Grand Cross of the Order of Nahdar Star 1st Class(Pakistan), United Arab Republic Order of Makal Perfection.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-3 (1960-1965).
Raja Perempuan Perlis (1945-2000).
Raja Perempuan Besar Perlis (2000-200
8).

24. Mac. 1924 - 28. November. 2008

Semoga ALLAH S.W.T. Mencucuri Rahmat ke atas Roh Almarhum.

Biodata Almarhum Tuanku Tengku Budriah :





Seri Permaisuri : Sultanah Zanariah.

Segmen baru Seri Permaisuri akan menampilkan gambar-gambar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Kelapan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad. Baginda Sultanah Zanariah merupakan seorang permaisuri yang terkenal dengan kecantikan semula jadi baginda. Baginda yang juga Sultanah Johor Darul Ta'zim bermula tahun 1981 hingga 2010. Kini, pada usia 76 tahun, baginda masih sihat dan kecantikan baginda kekal walaupun sudah dimamah usia. Semoga Sultanah Zanariah diberikan kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-8 Sultanah Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad,
D.K., D.M.N., D.K.(Kelantan), D.K.(Kedah), D.K.(Brunei), S.S.I.J., P.I.S.

Gelak tawa seorang permaisuri.



Senyuman Sultanah Zanariah.

Sultanah Zanariah memakai persalinan dan perhiasan sebagai Raja Permaisuri Agong.

Sultanah Zanariah ketika istiadat pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-8.

Sultanah Zanariah ketika perasmian penggal Parlimen.

Tuesday, 22 March 2016

Khas Sempena Hari Keputeraan Ke-43 DYMM Raja Permaisuri Perak.

Sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang ke-43, WARISAN PERMAISURI membawakan satu post khas yang akan memuatkan 43 wajah-wajah Tuanku Zara bersempena keputeraan ke-43 baginda. 

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
Tuanku Zara Salim Davidson,
D.K., D.K.S.A., D.K.A.