Tuesday, 19 June 2018

Permaisuri Paling Panjang Usia.

Related image

Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin merupakan Permaisuri yang mempunyai usia paling panjang dalam sejarah Kesultanan Melayu. Baginda merupakan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus bermula 18 April 1967 hingga 27 Disember 2008 iaitu selama 41 tahun. Baginda juga pernah menjadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-10 bermula 26 April 1994 hingga 25 April 1999. Baginda menjadi Raja Permaisuri Agong ketika berusia 70 tahun yang menjadikan baginda Raja Permaisuri Agong tertua menaiki takhta. Setelah kemangkatan suami baginda pada 2008, baginda diberikan gelaran Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan oleh anakanda saudara baginda. Tuanku Najihah diputerikan pada 1 September 1924 dan tahun ini usia baginda akan mencecah 94 tahun. Baginda mencipta sejarah sebagai Permaisuri yang paling panjang umur apabila melebihi usia 90 tahun. Warisan Permaisuri Melayu menyenaraikan beberapa orang Permaisuri yang usianya melebihi 80 tahun: 


Almarhum Yang Maha Mulia Tuanku Puan Besar Kurshiah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin (88 Tahun)
Diputerikan pada 16 Mei 1911 dan mangkat pada 2 Februari 1999.



Image result for sultanah zainab
Almarhum Yang Maha Mulia Sultanah Zainab Binti Almarhum Tengku Zainal Abidin (88 Tahun)
Diputerikan pada 1897 dan mangkat pada 28 September 1985.

Almarhum Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja (87 Tahun)
Diputerikan pada 13 April 1928 dan mangkat pada 24 Januari 2015.

Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun (86 Tahun)
Diputerikan pada 7 November 1932.

Image result for tengku ampuan mariam
Almarhum Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Mariam Binti Almarhum Sultan Sir Ahmad Mu'azzam Shah (86 Tahun)
Diputerikan pada 1889 dan mangkat pada 12 Disember 1975.

Image result for tengku nila utama
Almarhum Yang Amat Mulia Tengku Sri Nila Utama Pahang Tengku Ampuan Ainol Jamal Binti Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muazzam Shah (85 Tahun)
Diputerikan pada 3 Jun 1927 dan mangkat pada 12 Januari 2012.

Almarhum Tengku Ampuan Hajah Fatimah Binti Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Rahmatullah Shah (84 Tahun)
Diputerikan pada tahun 1899 dan mangkat pada 8 April 1983.

Almarhum Yang Maha Mulia Raja Perempuan Besar Perlis Tuanku Tengku Hajah Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail (84 Tahun)
Diputerikan pada 28 Mac 1924 dan mangkat pada 28 November 2008.

Almarhum Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Ariff Shah (82 Tahun).
Diputerikan pada 1 Mac 1929 dan mangkat pada 6 September 2011.

Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Nora Binti Almarhum Tengku Ahmad (81 Tahun).
Diputerikan pada 10 Oktober 1937.

Almarhum Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Mariam Binti Almarhum Sultan Sir Abu Bakar (81 Tahun)
Diputerikan pada 21 Disember 1871 dan mangkat pada 25 Oktober 1952.

Almarhum Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Hajah Kalsum Binti Tun Abdullah (81 Tahun)
Diputerikan pada 1886 dan mangkat pada 27 Ogos 1967.

Wednesday, 13 June 2018

Kad Raya DiRaja 2018: Kurniaan DYMM Raja Perlis.

Menjunjung kasih dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid di atas kurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439 Hijrah. Daulat Tuanku.









Saturday, 9 June 2018

Kad Raya DiRaja 2018: Kurniaan DYMM Sultan Johor.


Warisan Permaisuri Melayu Menjunjung Kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Takzim Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah atas pengurniaan kad raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439 Hijrah, Daulat Tuanku.







Friday, 8 June 2018

Kad Raya DiRaja 2018: Kurniaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.


Warisan Permaisuri Melayu menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V serta Istana Negara atas pengurniaan kad raya sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018/1439 Hijrah. Daulat Tuanku. Allahu Akbar.









Berita Kemangkatan YAM Enche Besar Khalsom Abdullah.

INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROJIUN
AL-FATIHAH

Merafak Sembah Takziah
kepada
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Takzim
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
serta seluruh kerabat diraja Johor

DI ATAS KEMANGKATAN 

Almarhum Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah,
D.K., S.M.I.J.

2 DISEMBER 1935 - 1 JUN 2018

Dukacita dimaklumkan bahawa Bonda kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah, telah mangkat di London pada hari Jumaat 1 Jun 2018 bersamaan 16 Ramadan 1439 Hijrah. Almarhum yang berusia 83 tahun mangkat di Hospital King Edward VII pada pukul 7.55 malam waktu tempatan. Berita kemangkatan Almarhum dimaklumkan oleh Yang Di-Pertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli dalam satu sidang media khas di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan. Pengumuman yang dibuat adalah seperti berikut : "Adalah dengan sangat kedukaan dan kemasyghulan dilafazkan iaitu Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah D.K, S.M.I.J, bonda kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana ke alam akhirat yang baqa pada 7.55 malam hari Jumaat 1hb Jun 2018 bersamaan dengan 16 Ramadan 1439 Hijrah di Hospital King Edward VII London''. Abdul Rahim berkata jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Bilik Singgahsana, Istana Besar, di sini yang mana rakyat dan orang awam boleh mengunjung ziarah mengikut peraturan dan waktu yang akan diumumkan kelak. Beliau berkata jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada tarikh dan waktu yang akan diumumkan nanti.