Sunday, 9 December 2018

YMM Almarhum Tengku Ampuan Jemaah Raja Ahmad..Permaisuri Berjiwa Seni..


Entry kali ini berkaitan dengan permaisuri negeri Selangor Darul Ehsan pula.Gelaran bagi permaisuri berdarah raja adalah Tengku Ampuan manakala pemaisuri dari kalangan kebanyakan digelar Tengku Permaisuri.Berdarah kerabat Selangor baginda yang dimaksudkan adalah Yang Maha Mulia Almarhum Tengku Ampuan Raja Jemaah Binti Almarhum Raja Ahmad,D.K.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-2

Tengku Ampuan Jemaah diputerikan pada tahun 1900 di Bandar Temasha Kuala Langat Selangor.Merupakan puteri kepada kerabat diraja Selangor Almarhum Raja Ahmad dan Almarhum Raja Fatimah Binti Raja Tahir. Mendapat pendidikan awal di sebuah Sekolah Melayu yang terletak di kawasan Istana Bandar Temasha.Mendapat didikan sebagai seorang puteri raja yang cukup sempurna daripada keluarga baginda.

Sultan dan Tengku Ampuan Selangor.

Pada tahun 1920,ketika baginda berusia 20 tahun,Tengku Ampuan Jemaah telah mendirikan rumah tangga dengan Almarhum DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Alaedin Sulaiman Shah.Ketika itu Sultan Hisamuddin merupakan pengiring diraja kepada Sultan Alaedin.Secara automatik,setelah berkahwin Tengku Ampuan Jemaah menjadi pengiring diraja kepada Tengku Ampuan Fatimah,bonda mertua baginda.Pada tahun 1926,pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang putera iaitu DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Sultan Selangor  Ke 9.Tengku Ampuan Jemaah merupakan nenda kepada Sultan Selangor sekarang.

Menerima kunjungan daripada DYMM Sultan Yusuf Izzudin dan DYMM Raja Perempuan Taayah.

Tengku Ampuan Jemaah ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Selangor pada tarikh 26 Januari 1939 ketika baginda berusia 39 tahun.Namun suami baginda diturunkan takhta pada zaman pendudukan Jepun.Jawatan baginda diambil alaih oleh Permaisuri Sharifah Mastura.Namun,setelah British kembali,Takhta Selangor telah dikembalikan kepada baginda berdua.Baginda menduduki takhta kerajaan Selangor sebagai Tengku Ampuan selama lebih kurang 17 tahun.


Pada 14 April 1960 baginda telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serentak dengan perlantikan Sultan Hisamuddin sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kedua.Namun,suami baginda mangkat akibat penyakit misteri sebelum pertabalan pada 1 September 1960.Tengku Ampuan Jemaah menjadi Raja Permaisuri Agong tidak sampai tempoh 5 bulan.

Tengku Ampuan Jemaah bersama Raja Perempuan Taayah.

Pada tahun 1952,baginda telah menunaikan fardu haji di Makkah dan pada tahun 1953 baginda menemani Sultan Hisamuddin menyaksikan pertabalan Ratu Elizabeth 11.Baginda merupakan seorang yang sangat meminati hasil seni.Hal ini dapat dilihat apabila Tengku Ampuan Jemaah rajin mencuba pelbagai kerja pertukangan tangan di istana.Baginda sangat mahir menyulam,mengait dan membuat sulaman tampal.Di Klang,baginda mengumpulkan kaum wanita di seluruh pelosok Selangor dan memulakan program latihan seni pertukangan tangan untuk semua kaum wanita.Hasil kerja tangan ini dihantar ke Hotel Reffles Singapura di bawah jenama "Pertukangan Tangan Melayu Selangor" yang dibiayai oleh isteri Gabenor Singapura ketika itu.

Potret rasmi DYMM Tengku Ampuan Selangor.

Kedai Pertukangan Tangan Melayu telah dibuka di Klang dan cawangan seterusnya dibuka di Kedai Robinson di Kuala Lumpur.Satu lagi kejayaan baginda adalah "Gerai Selangor "di pameran Malaysian Agriculture,Horticulture and Agrotourism (MAHA) di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai pelancong Eropah pada ketika itu.Beberapa anugeah barangan perak yang dimenangi gerai itu boleh dilihat di Muzium Istana Alam Shah.

Setelah kemangkatan Almarhum suami baginda pada tahun 1960,baginda bersemayam selaku bonda kepada Sultan Selangor.Baginda mangkat pada 8 April 1973 ketika usia 73 tahun dan dimakamkan di Makam Diraja Klang.Sebagai mengenang jasa Tengku Ampuan Jemaah beberapa buah sekolah telah dinamakan sempena nama baginda.Hospital Tengku Ampuan Jemaah juga mengambil sempena nama baginda.

Berikut gambar kenangan Almarhum Tengku Ampuan Jemaah:

Diatas singgahsana Istana Selangor.


Lukisan potret baginda.


6 comments:

  1. Hai saya ingin bertanya, mengenai gelaran "Ampuan", yang menggunakan gelaran tersebut adalah untuk permaisuri yang berdarah raja saja, tetapi macam mana dengan Almarhum Sultanah Bahiyah? saya sudah mula pening...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, gelaran Permaisuri negeri adalah kurniaan Sultan. Gelaran Ampuan memang digunakan untuk Permaisuri gahara sahaja. Namun, gelaran Tengku Ampuan hanya digunakan oleh negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, dan Terengganu. Negeri Perak, Perlis dan Kelantan menggunakan gelaran Raja Perempuan. Manakala negeri Kedah dan Johor menggunakan gelaran Sultanah.

      Delete
  2. Tapi sekarang Johor tidak lagi menggunakan gelaran sultanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Johor masih menggunakan gelaran Sultanah Johor untuk permaisuri gahara yang berasal dari kerabat DiRaja Johor sendiri contohnya Sultanah Aminah, permaisuri bukan anak gahara tapi ayahandanya kerabat DiRaja seperti Sultanah Zanariah dan permaisuri yang berasal dari golongan rakyat biasa seperti Sultanah Fatimah. Manakala gelaran Permaisuri Johor yang pertama kali digunakan untuk Raja Zarith Sofiah ialah kerana Raja Zarith Sofiah ialah permaisuri gahara dan puteri Raja iaitu Puteri Sultan Perak

      Delete
  3. Tok Wan hamba bernama Abas bin Abdul Aziz..mempunyai adik bernama Ismail bin Abdul Aziz!

    ReplyDelete