Wednesday, 9 November 2011

YMM Raja Perempuan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid..


Kali ini kita berbicara tentang seorang permaisuri yang baru sahaja diturunkan takhta.Kini baginda bergelar Raja Perempuan sahaja,bukan lagi Raja Perempuan Kelantan.Kini baginda meneruskan kehidupan dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya yang masih gering.Merupakan wanita yang mempunyai budi pekerti yang cukup tinggi.Baginda yang dimaksudkan ialah Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid,
D.K.(Kelantan),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.11(Johor),D.K.(Brunei),D.K.(Selangor),D.K (Kedah),S.P.M.K.,S.P.M.J.,S.P.M.P.


Ketika bertakhta sebagai Raja Perempuan Kelantan.

Baginda diputerikan pada tahun 1949 di kediaman nenda baginda di Palm Manor,Kota Bharu Kelantan.Baginda merupakan kerabat diraja Kelantan dan juga Pattani.Merupakan puteri kepada YAM Almarhum Tengku Abdul Hamid Ibni Almarhum Tengku Muda dan YAM Almarhum Tengku Azizah Binti Almarhum Tengku Seri Maharaja Tengku Hamzah.Nenda baginda iaitu Tengku Hamzah merupakan bekas Menteri Besar Kelantan.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Raja Perempuan Zainab dan mendapat kelulusan Senior Cambridge dan lulus Sijil Persekolahan Malaysia.Baginda mendapat didikan agama daripada guru agama yang dibawa ke kediaman baginda.

Melangsungkan rumah tangga dengan DYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 4 Disember 1968.Ketika itu Tengku Anis berusia 19 tahun.Adat istiadat perkahwinan baginda diadakan di Istana Kota Lama.Baginda berdua dikurniakan 3 orang putera dan seorang puteri.Anak sulung baginda,DYMM Sultan Faris Petra atau Sultan Muhammad ke 5 menjadi Sultan Kelantan setelah suami baginda jatuh gering.Satu-satunya puteri baginda YAM Tengku Amalin Aisyah Putri merupakan majistret wanita pertama di Kelantan.Tengku Anis dianugerahkan gelaran Tengku Ampuan Mahkota Kelantan pada 1 Januari 1969 oleh ayahanda mertua baginda DYMM Almarhum Sultan Yahya Petra di Istana Balai Besar Kota Bharu.Baginda ditabalkan menjadi DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 3 Mac 1980 apabila suami baginda menjadi KDYMM Sultan Kelantan ke 28.Baginda bergelar Raja Perempuan Kelantan selama 30 tahun sebelum turun takhta pada tahun 2011.


Tengku Anis merupakan seorang permaisuri yang amat prihatin dengan rakyat jelatanya.Baginda sering mencemar duli merasmikan projek kebajikan yang dijalankan oleh Projek Diraja Kelantan yang dinaungi oleh Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis sendiri.Baginda pertama kali menunaikan fardu haji pada 1983 bersama suami baginda.

Bersama Anakanda dan suami baginda.

Setelah kegeringan Tuanku Ismail Petra,Tengku Anis banyak menghabiskan masa menjasa suami baginda itu.Pada 13 September 2010,Sultan Faris Petra telah dimashyurkan selaku Sultan Kelantan yang baru.Tengku Anis dikurniakan gelaran Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis oleh anakanda baginda.Kini baginda hidup bersama suami baginda yang masih gering tetapi beransur pulih.DUN Negeri Kelantan juga telah meluluskan Elaun Khas Seumur Hidup kepada baginda berdua .Ini sebagai penghargaan untuk baginda berdua.Semoga Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis diberikan kesihatan yang baik selalu.

Berikut gambar kenangan Tengku Anis:

Tengku Anis ketika zaman mudanya.

Potret selaku Raja Perempuan Kelantan.



5 comments:

  1. siapa permaisuri kelantan sekarang??

    ReplyDelete
  2. sekarang jawatan DYMM Raja Perempuan Kelantan kosong kerana Sultan Muhammad V tidak mempunyai isteri.

    ReplyDelete
  3. Adakah anak mereka, selain dari yang Kita maklum, 3 Putera 1 Puteri, jika dirujuk kepada BEBERAPA gambar lama, Ada 4 Putera dan 1 Puteri. Jika tidak keberatan boleh saya dapat maklumat berkenaan tentang wujud Putera beliau adalah 4 orang? Nama samaran Tengku Rizal atau Nizam nama samaran dalam arena perniagaan.

    ReplyDelete
  4. Kalau tak silap saya,YMM Raja Perempuan Tengku Anis dapat darjah kebesaran D.K.I (Johor), D.K (Perlis) dan D.K.II (Selangor). Yang johor dan perlis tu boleh check kat senarai penerima darjah kebesaran www.istiadat.gov.my

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera,assalamualaikum buat muslimin dan muslimat serta rakyat negeri kelantan..
    Dengan pelbagai pemasalahan Beta tunku asmara atau dengan nama tunku putera telah menjalankan kerja sebagai putera negeri Beta sendiri serta segala penglibatan di dalam kerabat negeri kelantan telah tertunai mengikut permintaan YMM Serta DYMM sebelum ini...Mohon perkenankan Beta tunku Asmara atau dengan nama ahmad kashfullah bin hamid atau tunku putera berangkat pulang ke kedah...izin kan Beta pulang..wslm

    ReplyDelete