Saturday, 28 January 2012

PERSONALITI: YTM Toh Puan Besar Hatijah Binti Ahmad.


YTM Paduka Bonda Raja Toh Puan Besar Hatijah Binti Dato' Seri Amar Di Wangsa Ahmad.


PERSONALITI kali ini akan memaparkan kisah Yang Teramat Mulia Paduka Bonda Sultan Perak Toh Puan Besar Hajah Hatijah Binti Dato' Seri Amar Di Wangsa Ahmad. Baginda merupakan bonda kandung kepada Almarhum Sultan Perak DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin.




Sebelum ini tentu ramai yang menyangka bahawa Almarhum Raja Perempuan Taayah merupakan bonda kepada Sultan Azlan.Tetapi tidak.Toh Puan Besar Hatijah merupakan isteri kedua kepada Almarhum Sultan Yussuf dan melahirkan Sultan Azlan yang kini menjadi Sultan Perak.Toh Puan Besar Hatijah dilahirkan pada tahun 1906.Baginda merupakan anak kepada YBhg Dato' Seri Amar Di Wangsa Ahmad yang berasal dari Batu Gajah Perak.


Mendirikan rumah tangga dengan Almarhum Sultan Yussuf Izzudin pada tahun 1925 ketika berusia 19 tahun sebagai isteri kedua selepas Almarhum Raja Perempuan Taayah.Namun pasangan ini bercerai.Selepas perceraian kedua ayahanda dan bonda baginda,Sultan Azlan dibawa tinggal bersama bonda baginda di Batu Gajah dan hidup seperti orang biasa.Selepas itu Toh Puan Besar Hatijah berkahwin buat kali kedua dengan Encik Tak Bin Haji Daud.Bersama Sultan Yussuf,Toh Puan Besar Hatijah dikurniakan dua orang putera.Mereka ialah YAM Raja Dato' Seri Baharom Shah dan adindanya DYMM Sultan Azlan Shah.Sepatutnya Raja Baharom yang menjadi pewaris takhta.Tetapi beliau menolaknya dan memberikan takhta kepada adindanya Sultan Azlan.

Toh Puan Besar Hatijah di sebelah kiri Sultan Azlan semasa pertabalan Sultan Perak pada tahun 1984.

Sejurus selepas berkahwin dengan Sultan Yussuf,baginda telah diberikan gelaran Toh Puan Besar.Pada tahun 1952,baginda diberikan gelaran Tengku Permaisuri dengan panggilan hormat Yang Maha Mulia.Setelah anakanda baginda Sultan Azlan menaiki takhta pada tahun 1984,baginda diberikan gelaran Yang Teramat Mulia Bonda Raja.Baginda mangkat di Taman Canning Ipoh Perak pada 6 Julai 1992 ketika berusia 86 tahun.Baginda dimakamkan di Tanah Perkuburan Sekedup Batu Gajah.Anakanda sulung baginda Raja Baharom juga telah mangkat pada tahun 2009 dan disemadikan bersebelahan makan bondanya Toh Puan Besar Hatijah.


YAM Almarhum Raja Dato' Seri Baharom Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah,
D.K.S.A., S.P.C.M.

No comments:

Post a Comment