Sunday, 22 January 2012

YAM Permaisuri Hajah Siti Aishah Abdul Rahman...



Kali ini WARISAN PERMAISURI akan membawakan kisah seorang Permaisuri yang berasal dari golongan kebanyakan.Kisah seorang gadis yang diangkat menjadi Suri Negara tidak lama dahulu.Kehadiran baginda amat disenangi rakyat jelata.Kisah hidupnya bagaikan kisah dongeng.Walaupun tidak lagi bertakhta baginda masih berada dalam ingatan setiap daripada kita.Baginda yang dimaksudkan ialah Yang Amat Mulia Permaisuri Datuk Amar Hajah Siti Aishah Binti Dato' Seri Abdul Rahman,D.K.,D.M.N.,D.A.(Sarawak),Grand Cordon of the Order Of Chula Chom Klao (Thailand).


Dilahirkan sebagai Siti Aishah Binti Abdul Rahman pada 18 November 1971 di Kuala Lumpur.Baginda dibesarkan di Kuala Lumpur.Baginda merupakan puteri sulung kepada pasangan YBhg Lef Kol Dato' Seri Abdul Rahman Bin Tan Sri Muhammad Yatim dan YBhg Datin Seri Shamsinar Abdul Rahman.Baginda merupakan anak sulung daripada 3 beradik perempuan.Baginda mendapat didikan yang sangat sempurna sebagai seorang muslim daripada kedua ibu bapa baginda.Pendidikan formal baginda bermula di Sekolah Rendah Jalan Gurney.Seterusnya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa Kuala Lumpur.Meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) kampus Kota Bharu Kelantan.Baginda mengambil bidang perbankan.


Mendirikan mahligai bahagia bersama DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj pada 3 May 1990.Ketika itu baginda baru sahaja berusia 19 tahun manakala Almarhum Sultan Salahuddin berumur 64 tahun.Perbezaan umur 45 tahun tidak menghalang pasangan diraja ini untuk berumah tangga.Namun perkahwinan baginda berdua tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.Baginda merupakan isteri ke 5 buat Almarhum Sultan Salahuddin dan kekal sehingga akhir hayat baginda.Permaisuri Aishah merupakan bonda tiri kepada DYMM Sultan Selangor sekarang Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.


Sejurus sahaja mendirikan rumah tangga bersama Almarhum Sultan Salahuddin,Permaisuri Aishah dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Cik Puan Besar Selangor.Setelah kemangkatan Almarhum DYMM Tengku Ampuan Rahimah pada tahun 1993,negeri Selangor tiada berpermaisuri.Lalu,pada tahun 1998,Permaisuri Aishah telah dikurniakan gelaran Tuanku dan ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor.Baginda berdua telah menaiki takhta kerajaan Persekutuan sebagai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada 26 April 1999.Permaisuri Aishah mencipta rekod sebagai Raja Permaisuri Agong termuda dalam sejarah apabila menaiki takhta di usia 28 tahun.Baginda juga merupakan Permaisuri pertama berhijab. Namun baginda tidak dapat menghabiskan tempoh pemerintahan selama 5 tahun apabila Almarhum Sultan Salahuddin mangkat ketika memerintah pada tahun 2001.Maka Permaisuri Aishah menjadi balu Yang Dipertuan Agong ketika usia cukup muda iaitu 30 tahun.Jawatan Sultan Selangor diambil alih oleh anakanda tiri baginda Sultan Saharafuddin Idris Shah.


Baginda merupakan seorang permaisuri yang cukup popular dan sangat dekat di hati rakyat.Ini kerana baginda sendiri berasal dari golongan orang biasa.Keberangkatan baginda dalam satu-satu majlis amat dinanti-nantikan.Baginda juga merupakan ikon fesyen bagi wanita Malaysia sewaktu baginda menjadi Raja Permaisuri Agong.Walaupun baginda masih muda ketika itu,tetapi baginda amat mudah menyesuaikan diri dengan protokol diraja.Sewaktu bergelar Raja Permaisuri Agong,baginda banyak mencemar duli menghadiri majlis-majlis keraian.Baginda juga sering mengiringi Almarhum Sultan Salahuddin ke luar negara.Baginda banyak menaungi persatuan.Antaranya ialah Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA,Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Selangor,Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPIM) Negeri Selangor,BALKIS Negeri Selangor,Persatuan Pandu Puteri Negeri Selangor,Persatuan Jantung Hatiku,dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Hobi baginda pula ialah membava buku,memasak dan juga bermain golf.Baginda juga gemar memandu kereta dan mengumpul buku.Bagi baginda memandu kereta sendiri adalah satu kebebasan bagi baginda.Permaisuri Aishah juga gemar melancong ke luar negara untuk menambahkan pengalaman dan juga pengetahuan baginda.


Semasa baginda menjadi Tengku Permaisuri Selangor dan Raja Permaisuri Agong,Permaisuri Aishah telah dikurniakan darjah kebesaran dari dalam dan luar negara.Antaranya ialah Darjah Seri Utama Mahkota Negara (DMN).Baginda juga telah dikurniakan Darjah Kerabat Negeri Selangor Yang Amat Dihormati Pangkat Yang Pertama (DK 1) sempena Hari Keputeraan Sultan Salahuddin yang ke 70 pada 8 Mac 1996.Selain itu,baginda telah dianugerahkan Darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang Negeri Sarawak (DA) yang membawa gelaran Datuk Amar pada 20 Jun 1994.Permaisuri Aishah juga menerima darjah kebesaran dari Negara Thailand.King Bhumibol telah berkenan menganugerahkan Darjah Grand Cordon of the Order of Chula Chom Klao of Thailand pada 27 Mac 2000.


Selepas kemangkatan Almarhum Sultan Salahuddin pada 2001 Permaisuri Aishah terus menyepikan diri.Ramai yang berteka teki bagaimanakah kehidupan baginda selepas kemangkatan Almarhum.Pada suatu ketika satu akhbar tempatan telah membahasakan Permaisuri Aishah sebagai Tuanku dan Dewan Diraja Selangor telah memberikan penjelasan bahawa gelaran yang diperuntukkan untuk baginda ialah Yang Amat Mulia Permaisuri dan diikuti nama batang tubuh baginda.Gelaran Yang Maha Mulia telah diperuntukkan untuk Paduka Bonda Raja Almarhum Raja Saidatul Ihsan.Setelah beberapa tahun menyepikan diri,akhirnya Permaisuri Aishah menunjukkan dirinya di khalayak ramai.Selama baginda menyepikan diri baginda bahagia bersama keluarganya.Semenjak kemunculan semula baginda,Permaisuri Aishah sering menghadiri majlis-majlis yang berkaitan keagamaan.


Permaisuri Aishah merupakan salah seorang permaisuri yang mendapat saraan daripada kerajaan Persekutuan.Baginda mendapat wang pencen seumur hidup.Di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223(Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979),jikalau seseorang Yang Dipertuan Agong itu mangkat semasa di atas takhta Persekutuan,maka balu baginda yang bergelar Raja Permaisuri Agong akan menerima pencen daripada kerajaan Persekutuan.Pencen sebanyak RM4500 ringgit sebulan diberikan kepada baginda.Selain itu,baginda mendapat wang pukal sebanyak RM250,000 untuk kereta dan cukai jalan dan pendaftaran percuma.Baginda juga mendapat RM 2590.87 Sen sebulan untuk pemandu dan penyelenggaraan kenderaan.Baginda juga mendapat rumah kerajaan bernilai RM750,000


Kini baginda telah berusia 47 tahun dan masih membujang semenjak kemangkatan Almarhum. Semoga baginda tabah menghadapi dugaan hidupnya.Sama-sama kita doakan Permaisuri Aishah bahagia di samping keluarga baginda sehingga akhir hayat.

Bersama Almarhum suami.


Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

19 comments:

  1. salam.semoga Tuanku dalam keadaan sihat sentiasa.

    ReplyDelete
  2. semoga tuanku dilindungi dari segala masalah di dunia n akhrat...semoga sihat dlm keadaan apa pon..
    amin3x.....
    love my princess idola siti aishah

    ReplyDelete
  3. Tidak ada yang lebih menyejukkan hati rakyat bila mendengar perkhabaran tuanku siti aishah. Semoga tuanku sentiasa diberikan kesihatan dan kekuatan dalam mengharungi liku-liku hidup.

    ReplyDelete
  4. 4k je pencen..? sikitnya...

    ReplyDelete
  5. Banyak lagi la pencen baginda sendiri dan pencen sebagai TPS...tu hanya saraan dr kerajaan persekutuan dan segala kebajikan baginda di jaga oleh kerajaan persekutuan.....

    ReplyDelete
  6. Banyak lagi la pencen baginda sendiri dan pencen sebagai TPS...tu hanya saraan dr kerajaan persekutuan dan segala kebajikan baginda di jaga oleh kerajaan persekutuan.....

    ReplyDelete
  7. maap kalau bertanya. skrg ada lg ke pangkat2 semua tu ye.. dan skrg nk panggil ape ye. tunku lg ke... maap kalau bertanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darjah2 kebesaran beliau masih ada dan tidak ditarik balik. Sekarang panggilan beliau ialah Yang Amat Mulia Permaisuri.

      Delete
  8. Semoga Allah memberkati kehidupan YAM Permaisuri Aishah

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Salam sejahtera..
    Saya ingin bertanya, pernah mendengar tentang berita baginda YAM Permaisuri Aishah pernah menurunkan tandatangannya pada sejumlah matawang kertas Malaysia suatu waktu dahulu?
    Jika benar, atas acara apa waktu itu?

    ReplyDelete
  11. Rindunye nk tgok wajah baginda di dlm tv mcm waktu dulu...seorang permaisuri yg sgt dikagumi ramai..smga Allah sentiasa melindungi baginda..

    ReplyDelete
  12. Semoga diberi kebaikan dunia akhirat kepada YAM permaisuri Aishah,Aamin....

    ReplyDelete
  13. Semoga diberi kebaikan dunia akhirat kepada YAM permaisuri Aishah,, Aamin

    ReplyDelete
  14. Semoga Yang Amat Mulia Permaisuri Aishah setiasa dlm lindungan Allah s.w.t.semoga menjadi anak yg solehah kpd kedua ibubapa.dan sentiasa bahagia dunia Dan di akhirat..In Sha Allah.. amiinn.🌹

    ReplyDelete
  15. Lama tak dgr cerita tntang permaisuri

    ReplyDelete