Saturday, 7 December 2013

WAJAH-WAJAH : Tuanku Abdul Rahman dan Tuanku Kurshiah.

Assalamualaikum. WARISAN PERMAISURI kali ini memperkenalkan satu lagi segmen baru iaitu segmen WAJAH-WAJAH. Segmen ini memaparkan gambar-gambar kenangan pasangan-pasangan DiRaja yang pernah bertakhta di negara kita. Segmen ini membawa pembaca berada dengan lebih dekat dengan kehidupan yang dilalui oleh pasangan DiRaja ini.

Sebagai permulaan, pasangan pertama yang menghiasi segmen WAJAH-WAJAH ini ialah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri baginda Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Kurshiah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Baginda berdua menaiki takhta Negeri Sembilan sebagai Yang Di Pertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar pada tahun 1933. Mengetuai kerajaan persekutuan dengan gelaran Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 31 Ogos 1957. Baginda berdua mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 1929. Dikurniakan dua orang puteri iaitu Almarhum Sultanah Bahiyah,Sultanah Kedah dan YAM Tunku Shahariah,Tunku Puan Bendahara Johor. Tuanku Abdul Rahman mangkat ketika masih bergelar Yang Di Pertuan Agong pada 1 April 1960 di Istana Negara semasa baginda tidur. Tuanku Kurshiah meneruskan kehidupan sebagai Tunku Puan Besar sehinggalah kemangkatan baginda pada 4 Februari 1989 semasa berusia 88 tahun.

Potret rasmi sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. 

Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama. Gambar ini diambil pada 13 September 1957 di Balairong Seri Istana Negara.

Baginda berdua berada di atas singgahsana takhta Negeri Sembilan di Istana Seri Menanti Negeri Sembilan. Turut kelihatan ialah YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Besar Burhanuddin iaitu ayahanda kepada Tuanku Kurshiah dan juga anakanda sulung Tuanku Abdul Rahman iaitu YAM Tunku Munawir yang kemudiannya bergelar DYMM Tuanku Munawir.

Baginda berdua bergambar di hadapan Istana Negara yang terletak di Kuala Lumpur.

Baginda berdua memakai pakaian rasmi Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menuju ke Persidangan Parlimen.

Gambar Tuanku berdua di Istana Negara. Pasangan yang secocok.

Baginda berdua mengiringi Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isteri beliau untuk menaiki pesawat dan pulang ke Britain. Turut mengiringi ialah Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman dan isteri YABhg Tun Sharifah Rodziah.

Tuanku berdua ketika dipersembahkan hantaran perkahwinan puteri sulung mereka iaitu Tunku Bahiyah dengan putera Sultan Kedah Tunku Abdul Halim pada tahun 1956.

Tuanku berdua ketika berangkat ke Istiadat Kemangkatan Sultan Johor Sultan Ibrahim pada tahun 1959.


Lagi potret baginda berdua sebagai Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.







21 comments:

  1. nak tny, betul ke tunku kursiah 04 februari 1989?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuanku Kurshiah meneruskan kehidupan sebagai Tunku Puan Besar sehinggalah kemangkatan baginda pada 4 Februari 1989 semasa berusia 88 tahun

      Delete
    2. betul ke tahun 1989??

      Delete
    3. silap tulis. sepatutnya 1999.

      Delete
  2. Salam.nk tya wan junaidi ank tuanku jaafar..sispa ibu wan junaidi?

    ReplyDelete
  3. Salam.nk tya wan junaidi ank tuanku jaafar..sispa ibu wan junaidi?

    ReplyDelete
  4. Salam.nk tya wan junaidi ank tuanku jaafar..sispa ibu wan junaidi?

    ReplyDelete
  5. Salam.nk tya wan junaidi ank tuanku jaafar..sispa ibu wan junaidi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ayah Wan Junaidi adalah Tuanku Jaafar dari Sarawak.Bukan Almarhum Tuanku Jaafar Negeri Sembilan.

      Delete
    2. Tapi mengapa muka beliau seiras dan saling tak tumpah dengan almarhum Tuanku Jaafar?

      Delete
    3. Ada kerabat yang menetap di Sarawak ke? Siapa Tuanku Jaafar ayah Wan Junaidi?

      Delete
  6. Very confusing. Tidak jelas tentang ayah dan ibunya. Gelaran Tuanku hanya pada sultan. Sarawak ada sultan bernama Tuanku Jaafar ke.

    ReplyDelete
  7. Puan,di sarawak tradisi bertuanku adalah untuk golongan syed/ sharif.
    Lahir nama syed/ syarif bila mencapai usia tua bergelar tuanku...tp zaman moden ni dah x boleh pakai lagi..
    Wan junaidi x silap keluarga al yahya sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya beliau dari Al idrus

      Delete
    2. Tapi keturunan saya Pengiran.. Kalau Tuanku, saya rasa title tu tinggi kot kat negeri Darulhana ni

      Delete
  8. Syed/syarif-wan- tuanku lebih kurang macam tu gelaran

    ReplyDelete
  9. Aku ingat anak Tuanku Jaafar ydpa dulu..

    ReplyDelete
  10. Apapun tahniah ! Lah..

    ReplyDelete
  11. Tahniah Tun Wan Junaidi.. orang baik selslu dibalas dgn baik..

    ReplyDelete