Tuesday, 7 January 2014

Permaisuri dan Bunga.

Wanita dan bunga memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat irama dan lagu. Begitu juga dengan para Permaisuri Melayu yang meminati bunga-bungaan. Di Malaysia, bunga orkid merupakan bunga yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Hal ini adalah kerana banyak bunga orkid di Malaysia di kacukkan untuk menghasilkan baka baru yang lebih cantik dan menawan. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil tanggungjawab atas pembiakan orkid-orkid kacukan ini. Proses kacukan ini mengambil masa agak lama. Proses pembiakan orkid Dendrobium mengambil masa lima hingga enam tahun manakala Aranda, Mokara dan Vanda pula menjangkau lapan hingga sebelas tahun. Bunga orkid yang dihasilkan daripada proses kacukan ini lebih berkualiti. Hasil kajian MARDI ini mendapat perhatian Permaisuri Melayu yang turut berminat dengan pembiakan orkid ini. Maka, sebagai penghormatan kepada Permaisuri-Permaisuri Melayu, pihak MARDI telah menamakan orkid-orkid tersebut bersempena nama para Permaisuri. Antara hibrid yang mengambil nama permaisuri ialah :

 1. RENANTANDA TUANKU BAINUN.

Mengambil bersempena nama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 9 Tuanku Bainun.
                                      
2. DENDROBIUM TUANKU NAJIHAH.

Orkid yang dinamakan sempena Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke 10 Tuanku Najihah. Hasil kacukan Orkid Dendrobium Caesar Giant dan Dendrobium Sonia.


3. MOKARA TUANKU SITI AISHAH.
Orkid yang diperkenalkan secara rasmi semasa lawatan Seri Paduka Baginda Sultan Salahuddin dan Seri Paduka Baginda Tuanku Siti Aishah ke MARDI pada 18 Julai 2000. Hasil kacukan orkid Genera, Arachnis Maggie Oei dan Ascocenda Raja Puteh.

4. DENDROBIUM TUANKU FAUZIAH.

Dinamakan sempena Raja Permaisuri Agong ke 12 Tuanku Fauziah. Hasil kacukan Dendrobium Peewee dan Dendrobium Chao Praya Gem.

5. MOKARA TENGKU ANIS.

Hasil kacukan Mokara Khaw Phaik Suan dan Vanda Haad Song-Khla. Mengambil sempena nama Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis.

6. DENDROBIUM SULTANAH KALSOM.
Orkid hasil kacukan Dendrobium Renappa dan Dendrobium Bangkok. Dinamakan bersempena nama Sultanah Pahang sempena keberangkatan baginda dan Sultan Pahang ke Stesen MARDI Bukit Ridan Pahang.

No comments:

Post a Comment