Saturday, 13 December 2014

Adat Istiadat Pertabalan Sultan Perak Darul Ridzuan..

TABAL ADAT.
Istiadat Pertabalan dimulakan dengan DATO' PENGELOLA BIJAYA DI-RAJA yang menatang AL-QURAN diiringi SAHIBUL SAMAHAH MUFTI KERAJAAN PERAK masuk ke Balairong Seri bersama RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA yang menatang PEDANG CURA SI MANJA KINI dan didahului oleh PANGLIMA DALAM yang diapit oleh PANGLIMA PERANG KANAN dan PANGLIMA PERANG KIRI dan BENTARA-BENTARA di kiri dan kanan.

Apabila tiba di hadapan Singgahsana Dato' Pengelola Bijaya di-Raja memohon ampun DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN untuk meletakkan AL-QURAN di atas meja khas.

Setelah memberi hormat, dulang berisi PEDANG CURA SI MANJA KINI dibawa naik oleh RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA ke Singgahsana hingga ke tingkat dua, bertelut memohon ampun DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan menyembahkan PEDANG CURA SI MANJA KINI ke bawah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN.

Baginda menerima pedang tersebut, menghunus mata pedang lalu mengucup. Selepas RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA mengundur diri dari Singgahsana, TOH SERI NARA DI-RAJA berjalan masuk ke Balairong Seri dan terus naik ke Singgahsana hingga ke tingkat dua dan mempersembahkan MASTIKA EMBUN dan menyunting CAP HALILINTAR ke telinga kanan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN sambil membisikkan "RAHSIA NISAB SULTAN I". Kemudian diikuti pula dengan PENGISYTIHARAN PEMASYHURAN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN yang dibaca oleh ORANG KAYA BENDAHARA SERI MAHARAJA.

Apabila selesai, ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah dan berseru tiga kali "DAULAT TUANKU" berturut-turut diikuti oleh sekelian yang hadir.

"Nobat Tabal" dipalu dan tembakan meriam dua puluh satu das dilepaskan. Selepas itu DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN menundukkan hulu Baginda membalas hormat yang diberikan oleh para hadirin.

Apabila semuanya mustaid ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah, bertinggul dan mengangkat sembah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN mohon izin perkenan untuk DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK mengadap. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI bangun mengangkat sembah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN, bertelut dan mengangkat sembah. TOK RAKNA SENARI mengadap dan menyembah "BUNGA PENCAWA PENCARA" kepada DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN. Baginda mengambil dan menyematkan ke hulu DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI. Selepas itu DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI mengadap, mengangkat sembah dan mengucup tangan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan seterusnya DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN mempersilakan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI bersemayam semula diikuti dengan Pemasyhuran Penganugerahan Gelaran DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI.

Apabila selesai, ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah lalu berseru tiga kali "DAULAT" berturut-turut diikuti oleh sekelian yang hadir. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK menundukkan hulu Baginda membalas hormat yang diberikan oleh para hadirin.

Selepas Istiadat Pemasyhuran dijalankan, RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA memulakan ISTIADAT MERENJIS AIR "PANCA BICARA" DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI.

Selesai sudah ISTIADAT MERINJIS AIR "PANCA BICARA", Istiadat diteruskan dengan penyembahan dan bacaan Ucapan Tahniah oleh DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA bagi mewakili Raja-Raja dan Orang Besar Perak, dan Persembahan Ucapan Tahniah dan Taat Setia daripada YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PERAK bagi pihak Kerajaan dan Rakyat Perak.

Istiadat Pertabalan diakhiri dengan TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DOA SELAMAT oleh Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Perak.

Sehari selepas Tabal Adat, dilaksanakan pula Istiadat Tabal Pusaka dan pada hari berikutnya DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI akan berangkat menziarahi MAKAM-MAKAM DI-RAJA yang terletak di seluruh Negeri Perak. Disebabkan kebanyakan MAKAM-MAKAM ini terletak di tebing Sungai Perak, DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN akan berangkat menaiki BALAI GAMBANG bernama "CEMPAKA SARI" yang dibina khas bagi tujuan tersebut. Istiadat menziarahi MAKAM-MAKAM DI-RAJA ini diakhiri dengan Istiadat menziarahi BETING BERAS BASAH di Kuala Sungai Perak sebagai mengingati sejarah Sultan Perak Yang Pertama, Sultan Mudzaffar Shah (1528-1549).

TABAL PUSAKA.

Istiadat Pertabalan dimulakan dengan DATO' PENGELOLA BIJAYA DI-RAJA yang menatang AL-QURAN diiringi SAHIBUL SAMAHAH MUFTI KERAJAAN PERAK masuk ke Balairong Seri bersama RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA yang menatang PEDANG CURA SI MANJA KINI dan didahului oleh PANGLIMA DALAM yang diapit oleh PANGLIMA PERANG KANAN dan PANGLIMA PERANG KIRI dan BENTARA-BENTARA di kiri dan kanan.

Apabila tiba di hadapan Singgahsana Dato' Pengelola Bijaya di-Raja memohon ampun DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN untuk meletakkan AL-QURAN di atas meja khas.

Setelah memberi hormat, dulang berisi PEDANG CURA SI MANJA KINI dibawa naik oleh RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA ke Singgahsana hingga ke tingkat dua, bertelut memohon ampun DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan menyembahkan PEDANG CURA SI MANJA KINI ke bawah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN.

Baginda menerima pedang tersebut, menghunus mata pedang lalu mengucup. Selepas RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA mengundur diri dari Singgahsana, TOH SERI NARA DI-RAJA berjalan masuk ke Balairong Seri dan terus naik ke Singgahsana hingga ke tingkat dua dan mempersembahkan MASTIKA EMBUN dan menyunting CAP HALILINTAR ke telinga kanan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN sambil membisikkan "RAHSIA NISAB SULTAN I". Kemudian diikuti pula dengan PENGISYTIHARAN PEMASYHURAN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN yang dibaca oleh ORANG KAYA BENDAHARA SERI MAHARAJA.

Apabila selesai, ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah dan berseru tiga kali "DAULAT TUANKU" berturut-turut diikuti oleh sekelian yang hadir.

"Nobat Tabal" dipalu dan tembakan meriam dua puluh satu das dilepaskan. Selepas itu DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN menundukkan hulu Baginda membalas hormat yang diberikan oleh para hadirin.

Apabila semuanya mustaid ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah, bertinggul dan mengangkat sembah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN mohon izin perkenan untuk DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK mengadap. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI bangun mengangkat sembah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN, bertelut dan mengangkat sembah. TOK RAKNA SENARI mengadap dan menyembah "BUNGA PENCAWA PENCARA" kepada DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN. Baginda mengambil dan menyematkan ke hulu DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI. Selepas itu DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI mengadap, mengangkat sembah dan mengucup tangan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan seterusnya DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN mempersilakan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI bersemayam semula diikuti dengan Pemasyhuran Penganugerahan Gelaran DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI.

Apabila selesai, ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah lalu berseru tiga kali "DAULAT" berturut-turut diikuti oleh sekelian yang hadir. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK menundukkan hulu Baginda membalas hormat yang diberikan oleh para hadirin.

Selepas Istiadat Pemasyhuran dijalankan, RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA memulakan ISTIADAT MERENJIS AIR "PANCA BICARA" DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI.

Selesai sudah ISTIADAT MERINJIS AIR "PANCA BICARA", Istiadat diteruskan dengan penyembahan dan bacaan Ucapan Tahniah oleh DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA bagi mewakili Raja-Raja dan Orang Besar Perak, dan Persembahan Ucapan Tahniah dan Taat Setia daripada YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PERAK bagi pihak Kerajaan dan Rakyat Perak.

Istiadat Pertabalan diakhiri dengan TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DOA SELAMAT oleh Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Perak.

Sehari selepas Tabal Adat, dilaksanakan pula Istiadat Tabal Pusaka dan pada hari berikutnya DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI akan berangkat menziarahi MAKAM-MAKAM DI-RAJA yang terletak di seluruh Negeri Perak. Disebabkan kebanyakan MAKAM-MAKAM ini terletak di tebing Sungai Perak, DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN akan berangkat menaiki BALAIGAMBANG bernama "CEMPAKA SARI" yang dibina khas bagi tujuan tersebut. Istiadat menziarahi MAKAM-MAKAM DI-RAJA ini diakhiri dengan Istiadat menziarahi BETING BERAS BASAH di Kuala Sungai Perak sebagai mengingati sejarah Sultan Perak Yang Pertama, Sultan Mudzaffar Shah (1528-1549).

MENZIARAHI MAKAM-MAKAM.

Sehari selepas Tabal Adat, dilakukan pula Istiadat Tabal Pusaka dan pada hari berikutnya Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri serta pengiring-pengiring Baginda berdua akan menziarahi Makam di-Raja di seluruh Negeri Perak. Di antaranya termasuklah Makam Tok Temong, Makam Kota Lama Kanan, Makam Sayong, Makam di-Raja Bukit Chandan dan Makam Teja. Kemudian Baginda berdua akan berangkat menaiki Balai Gambang bernama "Chempaka Sari" lalu menghilir untuk menziarahi Makam Marhum-marhum yang terdahulu yang dimakamkan di sepanjang Sungai Perak hingga ke Teluk Intan.

Selepas mendarat di Teluk Intan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan akan kemudiannya berangkat ke Beting Beras Basah sementara Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri akan beristirehat di Teluk Intan dengan membawa bersama Baginda Alat-alat Perkakas Kerajaan. Mengikut adat, kaum wanita tidak boleh beserta Paduka Seri Sultan ke Beting Beras Basah dan Alat-alat Perkakas Kerajaan tidak boleh dibawa ke laut.

Beting Beras Basah ialah tempat mula-mula Sultan Mudzaffar Shah iaitu Sultan yang pertama negeri ini, berhenti tatkala sampai dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528.

Istiadat menziarahi Makam-makam berakhir di Beting Beras Basah dengan doa kesyukuran.

MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL DI TUJUH KUALA SUNGAI PERAK.



Istiadat MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL DI TUJUH KUALA SUNGAI PERAK ialah untuk kegunaan Kebawah Duli Berdua Bersiram Tabal. Istiadat ini dimulakan dengan perarakan berkereta dari Pintu Besar Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, bergerak menuju ke taman kanak-kanak Kuala Kangsar diiringi dengan paluan NOBAT sepanjang perarakan itu hingga ke Tebing Sungai Perak.

Perarakan berkereta memuatkan Tok Setia Guna dengan pasukan NOBAT DI-RAJA, Panglima Besar dan Panglima-Panglima, Toh-Toh Seri Nara di-Raja, Yang Mulia Raja Chik Muda, Pawang di-Raja, Bentara-Bentara, 7 orang Bomoh yang membawa PERKAKAS ISTIADAT dan 16 orang Jejawat Berlembing.

PERKAKAS ISTIADAT yang diarakkan ialah 16 Geluk Mas Perak dihiasi dengan daun-daun nyiur muda berjari lipan, Bekas Perasap, Bekas Beras Kunyit, Bekas Beras Basah, Bekas Bertih, Bekas Tepung Tawar, Bekas Air Sintuk, Bekas Air Limau, Bekas Air Bunga Panca Bicara dan Bekas Kemenyan.

Di tebing Sungai Perak PERKAKAS ISTIADAT dibawa naik ke atas bot. Untuk upacara ini Panglima-panglima dan Jejawat Berlembing serta Pasukan Nobat di-Raja tidak mengikuti bersama rombongan ISTIADAT MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL di tujuh kuala Sungai Perak.

Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal dimulakan di Kuala Sungai Kangsar oleh Yang Mulia Raja Chik Muda, Pawang di-Raja dan dibantu oleh Toh Seri Nara di-Raja serta Bentara-bentara dengan mengusap kemenyan, menabur Beras Kunyit dan merenjis Tepung Tawar di Kuala Sungai, selepas itu barulah diambil air dan dimasukkan ke dalam sebuah Geluk.

Nobat hanya dipalu semasa Istiadat Pertama di Kuala Sungai Kangsar.

Setelah itu rombongan akan bergerak ke Kuala-Kuala Sungai yang lain; iaitu

2 - Kuala Sungai Chepias,
3 - Kuala Sungai Sayong,
4 - Kuala Sungai Hitam,
5 - Kuala Sungai Chermin,
6 - Kuala Sungai Buaya,
7 - Kuala Sungai Menora,

Setelah selesai ISTIADAT MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL, kesemua 16 Geluk, akan dijaga dengan baik dan semua rombongan kembali semula ke Pengkalan di Padang Kanak-Kanak disambut dengan penuh Istiadat.

Setelah sampai di BALAI PANCA PERSADA semua Jejawat Berlembing berbaris semula. Yang Mulia Raja Chik Muda, Pawang di-Raja, Toh Seri Nara di-Raja, Bentara-Bentara dan Bomoh-bomoh membawa perkakas Istiadat naik ke BALAI PANCA PERSADA disambut oleh Panglima Dalam dan Bentara-Bentara Perempuan, untuk disimpan.  Maka tamatlah ISTIADAT MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL.


sumber : sultan.perak.gov.my


Istiadat Tabal Adat.





Berangkat untuk memulakan istiadat pertabalan.

Rombongan Almarhum Sultan Azlan menuju ke tebing Sungai Perak.

Bot Khas Diraja untuk ke Beting Beras Basah.

Raja Chik Muda,Pawang Diraja sedang menjalankan Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal di 7 kuala sungai.

Almarhum Sultan Azlan sedang membasuh kaki di Beting Beras Basah,Sungai Perak.

Istiadat Bersiram.

Istiadat Bersiram pasangan Diraja.



Almarhum Sultan Azlan dan Tuanku Bainun semasa di Makam Tok Temong.

Almarhum Sultan Azlan bersama Tuanku Bainun di Majlis Santapan Arwah pada 4 Disember 1985.



Istiadat Tabal Jin.



1 comment: