Tuesday, 5 May 2015

Nobat Negeri Perak.

                                   Nobat

Perkataan Nobat ini adalah berasal dari Negeri Parsi yang menggunakan perkataan "Naubat" bermakna sembilan jenis. Ianya ialah 'pancaragam' diraja yang telah dipakai dari zaman-berzaman di negeri-negeri Melayu untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah Perak, Kedah, Terengganu dan Selangor. Nobat yang digunakan dalam Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Nobat Negeri Perak.

Nobat Negeri Perak mengandungi:-



Gendang Nobat - Biasa dikenali sebagai Gendang Nyenyalu
Nafiri - Digunakan dalam memulakan sesuatu lagu
Gendang Nengkara - Gendang yang membawa lagu
Serunai - Alat yang mengiringi lagu-lagu yang dimainkan
Gendang Penengkah - Gendang yang memasuki irama ke dalam lagu

Di antara senarai yang tersebut di atas Gendang Nobat adalah alat yang paling dihormati. Ianya menduduki tempat yang tertinggi dan digunakan untuk kegunaan Diraja sahaja. Walau bagaimanapun Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan boleh menitah Nobat ini digunakan untuk mengiringi sesuatu istiadat atau menghormati jenazah. Keperingkatan kehormatan yang diberi adalah bergantung kepada bilangan alat-alat yang digunakan. Untuk Nobat Diraja Perak hanya lima daripada sembilan alat digunakan pada setiap masa.

Pemain-pemain Alat Nobat adalah ahli daripada keluarga-keluarga tertentu sahaja iaitu Orang-orang Kalur. Pada zaman dahulu kawasan Bilik Nobat dipagarkan dengan bulu ayam dan sesiapa yang mencerobohi kawasan ini akan dihukum dan didenda. Ketua Nobat diberi gelaran Toh Setia Guna dan pembantunya Toh Setia Indera.

Mengikut adat Istiadat Negeri Perak tiada sultan yang boleh dianggap berdaulat sehingga ianya ditabal dengan bunyian Nobat. Mengikut adat Lembaga Negeri Perak menyatakan bahawa rangka yang digunakan di dalam membuat gendang gendang adalah berasal daripada Teras Kayu Jerun dan kulitnya adalah daripada kulit tumur. Walau bagaimanapun ini telah bertukar dan pembaharuan rangka itu sekarang diperbuat dripada kayu keras dan kulitnya adalah daripada kulit kambing.


                              Gendang Nobat

Lagu-Lagu Nobat

Raja Berangkat (Gendang Berangkat)
Puteri Mandi Mayang
Rama-rama Terbang Tinggi
Kumbang Si Kumali (Kumbang Kembali)
Arak-arak Atandis (Enteals) (Arak-arak Untandai)
Aleh-aleh Panjang
Alek-alek Pandak
Dang Gendang
Lenggang Che Kobat
Jong Ber-aleh
Anak Raja Membasuh Kaki
Gendang Perang
Nobat Tabal
Nobat Raja
Nobat Khamis
Nobat Subuh
Nobat Subuh, Nobat Khamis dan Nobat Raja hanya boleh dimainkan di sebelah pagi dan petang dan lagu Puteri Mandi Mayang dimainkan semasa menyambut ketibaan bulan Ramadhan tiga petang berturut-turut, iaitu pada petang 28,29 dan 30 dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun.

Raja Berangkat (Gendang Berangkat) ialah lagu yang dimainkan semasa Kebawah Duli berangkat mencemar Duli di upacara rasmi.

Nobat di-Raja Perak dibunyikan untuk upacara atau Istiadat:-
Sesuatu yang berkaitan dengan peribadi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
Masa Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri.

2.1. Masa Tabal Pusaka
2.2. Bersiram Tabal
Hari Meletak (memulakan) kerja:

3.1. Hari meletak kerja menyambut perayaan Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

3.2. Hari meletak kerja kerana perkahwinan atau berkhatan Putera dan Puteri Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan.

3.3. Perarakan mengambil Air Bersiram Tabal dan Berlimau Besar (tertakluk kepada titah).
Istiadat di Balairong Seri Menyambug Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
Istiadat Menjunjung Duli.
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak melawat ke luar negeri (tertakluk kepada titah).

sumber : http://sultan.perak.gov.my/informasi/alat-alat-kebesaran-negeri-perak.html

14 comments:

  1. Bapak saudara saya n kaum kerabat dlm foto nobat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia masih main nobat lagi ke?

      Delete
    2. Assalamu"alaikum wrk
      Org yg meniup nafiri itu ayahanda saya.Haji Abdul Rahman Bin Yeop Said.Beliau pencen nobat sekitar tahun 1985.Umur 55 tahun ketika itu.

      Delete
  2. Siapa nama bapa saudara tu..
    Blh sy tahu?
    Moyang sy ngah mat Ariff orang main alat nobat..Yeop Said tok saudara,haji Salleh tok sedara dan haji Abdul Rahman bapa saudara..Law sape2 knl org ini BG taw yer..trm ksh.sedang mencari susur galur orang muntah lembu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum! Saya anak sulong Haji Abdul Rahman.Saya dibesarkan oleh datuk saya Yeop Said Bin Ngah Mat Arif di Kg Buaya,Menora,Kuala Kamgsar,Perak.

      Delete
  3. Diceritakan moyang saya pemain nobat di istana kuala dulu,mungkin tahun 1900-1920. nama nya panjang ahmad. Saya juga sedang mencari susur galur keluarga.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. En.Zayani ni nnak Pak Itam Kg Rambai Tujoh ke?
      Cucu Pah Mah?
      Mohon penjelasan.

      Delete
  5. Moyang sy pun koje tahun yg sama.mungkin rakan sekerja. panjang Ahmad bin ape?

    ReplyDelete
  6. Atuk saya pon main Nobat juga tapi Nobat Diraja Selangor..skarang ayah saya ganti

    ReplyDelete
  7. moyang saya main nobat tapi saya main phone

    ReplyDelete
  8. Boleh saya tahu. Irama serunai bagi Nobat Diraja Perak ade berapa?

    ReplyDelete
  9. Sy juga mencari susur galur moyang sy Ngah Idris pemain Nafiri asal dr Padang Tenggala Bota

    ReplyDelete