Friday, 21 August 2015

Istana Rasmi Sultan Perak : Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.


Assalamulalaikum W.B.T. Alhamdulillah, ini merupakan post ke-300 buat blog Warisan Permaisuri Melayu. Sempena post ke-300 ini, Warisan Permaisuri membawakan post khas berkenaan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.


Istana Iskandariah merupakan Istana rasmi kepada Raja-Raja Pemerintah negeri Perak Darul Ridzuan selepas pembinaannya siap pada tahun 1933. Terletak di Bukit Chandan,Kuala Kangsar, Istana Iskandariah menjadi mercu tanda bagi sistem Raja Berpelembagaan dan Kesultanan Negeri Perak. Istana ini juga terletak di tebing Sungai Perak. Istana ini mula dibina pada tahun 1930 di atas bukit yang bernama Changkat Negara. 


Reka bentuknya memperlihatkan corak senibina yang menarik dan cukup istimewa. Motif gerbang tajam atau "pointed arch" dan juga hiasan menara serta kubah yang berbentuk bawang atau "onion shapes dome" memberi penjelasan mengenai pengaruh senibina Islam India "Saracenic" yang diadun dengan senibina corak Asia barat. Terletak di atas keluasan 10435 meter persegi bangunan ibunya berbentuk bujur segi empat atau bujur sangkar. Pada tahun 1984 Istana Iskandariah telah diperbesarkan dengan bangunan seluas 11468 meter persegi. Bangunan baru ini disambungkan ke bangunan utama istana dengan jambatan yang dibina di tingkat satu istana. Secara keseluruhan Istana Iskandariah adalah bangunan 3 tingkat dan setiap tingkat mempunyai fungsi yang berlainan.


 Di tingkat atas terletaknya Balairung Seri dan Singgahsana. Hiasan di pintu Balairung Seri  berasaskan sekuntum bunga kelumpang. Hiasan tiang direka corak memberi pengertian seorang pemerintah yang menjadi payung kepada rakyat. Istana ini dinamakan Iskandariah bersempena nama Sultan Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I Rahmatullah yang mengarahkan pembinaan Istana ini. 


Istana Iskandariah dibina menghadap arah matahari terbit dan pandangannya mengjangkaui ke arah Sungai Perak. Pada tingkat bawah bangunan istana terdapat beberapa ruang khas yang mempunyai fungsi tertentu seperti Bilik Mengadap, Bilik Jamuan Negeri, Bilik Makan, Bilik Pejabat Juruiring dan lain-lain lagi. Di samping itu terdapat juga dua ruang besar yang dijadikan sebagai Dewan Negara dan Dewan Muzik. Pada tingkat pertama istana terdapat ruang rehat untuk putera dan puteri Sultan, ruang mainan dan bilik peraduan. Untuk naik ke tingkat atas , terdapat tangga dan juga lif. Tingkat atas istana merupakan tingkat terpenting sekali kerana terletaknya Balairung Seri, Singgahsana, dan Balai Nobat. 

Kubah utama Istana Iskandariah.

Bendera peribadi Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Kawasan Istana Iskandariah, Bukit Chandan.




Bangunan utama Istana Iskandariah yang mengandungi satu kubah utama dan 4 kubah kecil.

Jambatan yang menghubungkan bangunan utama istana dan bangunan yang ditambah pada tahun 1984.

Keseluruhan bangunan Istana Iskandariah.

Pandangan atas Istana Iskandariah.

Puncak tertinggi di Istana Iskandariah.

Gold Onion Shape Dome.

Pemandangan Istana Iskandariah berlatar belakangkan Sungai Perak.

Balairung Seri dan Singgahsana Istana Iskandariah.

Pintu masuk balairung seri yang dihiasi motif ukiran emas bunga kelumpang.



Kusyen yang mempunyai lambang diraja Perak yang diletakkan di Singgahsana.

Bunga Emas yang menghiasi kiri dan kanan singgahsana.

Lambang peribadi Paduka Seri Sultan Perak di kemuncak singgahsana.

Bismillahhirrahmannirrahim.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah,
Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan. Ditabalkan naik singgahsana takhta kerajaan pada 1 Haribulan Jamadilawal 1404 Hijrah - 3 Haribulan Februari 1984 Masihi.



Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

1 comment:

  1. Bolehkan saya gunakan foto dalam blog ini untuk tujuan pendidikan?

    ReplyDelete