Friday, 14 August 2015

Kek Minion Sempena Keputeraan Permaisuri Johor.

Selamat Hari Keputeraan ke-56 buat Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Tuanku Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah II. Di dalam laman Facebook Tuanku Raja Zarith Sofiah, baginda ada memuatkan gambar kek sempena keputeraan baginda yang diberikan oleh paduka anakanda serta kekanda dan adinda baginda. Apa yang menariknya, kedua-dua kek itu bertemakan kartun "Minion" yang amat digemari oleh DYMM Permaisuri Johor. 

Kek pemberian paduka anakanda Tuanku yang dihiasi "King dan Queen Minion" di atas kek tersebut. Mahkota yang terdapat pada Minion tersebut menyerupai Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri Johor.

Kek Minion pemberian kekanda, adinda serta ipar Permaisuri Johor.

Sumber foto : Facebook Raja Zarith Sofiah Idris.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

1 comment: