Saturday, 5 December 2015

BELASUNGKAWA : Tunku Abdul Jalil Dalam Kenangan.

AL FATIHAH
DALAM KENANGAN...

Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim,
D.K., S.P.M.J., D.P.M.J., S.M.I.J., P.I.S.
( 5 Julai 1990 - 5 Disember 2015 ).

Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim diputerakan pada 5 Julai 1990. Beliau merupakan anakanda keempat dari 6 orang adik beradik kepada pasangan diraja Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Tuanku Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Tunku Jalil mendapat pendidikan awal di Sekolah Antarabangsa Sri Utama dan kemudiannya ke YPJ Zai-karim International School, Johor Bahru. Beliau amat meminati bidang kepolisan dan kemudiannya beliau menyertai Pusat Latihan Polis DiRaja Malaysia di Kuala Lumpur. 

Beliau dianugerahkan pangkat Inspektor Polis DiRaja Malaysia pada 6 Januari 2011. Beliau juga merupakan pemegang ijazah dalam bidang "Zoological and Conservation Studies" dari sebuah universiti di United Kingdom. Beliau pernah menjadi sukarelawan di Zoo Singapura selama setahun dan Zoo London selama 2 tahun sebagai bukti kecintaan beliau kepada haiwan liar. Tunku Jalil dianugerahkan gelaran Tunku Laksamana Johor pada 22 November 2012 setelah ayahanda beliau menaiki takhta negeri Johor. Beliau sering melakukan kerja-kerja kebajikan dan disenangi oleh semua orang. Perwatakan beliau yang mesra membuatkan beliau disayangi ramai. 

Pada bulan Ogos 2014, beliau telah disahkan mengidap penyakit kanser hati tahap empat. Pada 10 Disember 2014, beliau telah dibawa ke China untuk "liver transplant" di Hospital Universiti Sun Yat-sen di Guangdong. Ayahanda beliau, Sultan Ibrahim telah menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor bagi membantu rakyat yang turut menderita penyakit kanser. Tunku Jalil berjuang melawan penyakit itu disamping sokongan dari keluarga dan rakyat jelata. Namun, Allah lebih menyayangi beliau. Pada 5 Disember 2015, tepat jam 7.11 malam, Tunku Jalil telah menghembuskan nafas terakhir di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Jenazah Almarhum Tunku Jalil akan dimakamkan di Makam Mahmoodiah Johor Bahru selepas solat zohor. Semoga Allah menempatkan roh Almarhum Tunku Jalil bersama orang-orang yang beriman. Al- Fatihah.

Bersama bonda tercinta.

Kasih seorang ayah.

Almarhum Tunku Jalil bersama kekanda Tunku Idris dan adinda Tunku Abdul Rahman.

Ciuman seorang anak kepada ayahnya.

Sultan Ibrahim yang banyak memberi sokongan kepada Almarhum Tunku Jalil

3 comments:

  1. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

    “Ya Allah! Ampunilah dosa dosa Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim rahmatilah dia, selamatkanlah dia (dari hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan muliakanlah tempatnya (syurga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air, salju dan air dingin. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik dari pada keluarganya (di dunia), berilah pasangan yang lebih baik dari pada pasangannya (di dunia), dan masukkan dia ke syurga, lindungi dia dari siksa kubur dan siksa neraka.” آمين
    Allah lebih menyayanginya....

    ReplyDelete
  2. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

  3. Tunku abdul jalil masuk pintu ke syurga jumpa Nabi Muhammad dan dapat masuk AHLI MALAIKAT

    ReplyDelete