Yang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak Darul Ridzuan
Raja Dato' Seri Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah,
Raja Dato' Seri Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah,
D.K.A. II, S.P.C.M., S.P.M.P.
Raja Azlan Muzaffar ketika masih bayi bersama nenda Almarhum Sultan Azlan dan Tuanku Bainun.
YTM Raja Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah diputerakan pada 14 Mac 2008 di Hospital Pakar Damansara, Selangor. Baginda merupakan putera sulung kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim. Nenda Raja Azlan Muzaffar adalah Almarhum DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Al-Maghfurlah dan YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun di sebelah keluarga ayahandanya. Manakala nenda di sebelah bondanya pula ialah YBhg Dato' Seri William Salim Davidson dan YBhg Dato' Seri Datin Sharifah Azaliah Binti Tan Sri Syed Omar Shahabuddin.
Beruniform PDRM dengan tag nama Raja Azlan.
Raja Azlan Muzaffar menerima pendidikan di Kuala Lumpur International School. Baginda berusia 8 tahun. Setelah kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah, ayahanda Raja Azlan Muzaffar yang juga Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah telah ditabalkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak K-35. Selaku putera kepada Sultan Perak, Raja Azlan Muzaffar telah dimasukkan ke dalam senarai Raja Bergelar negeri Perak. Pada 20 Jun 2014, baginda telah diperkenankan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak dan merupakan pewaris takhta ketiga negeri Perak selepas DYTM Raja Muda Perak Raja Ja'afar Raja Muda Musa dan DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Gaya seorang putera Sultan.
Raja Azlan dan Raja Nazira Safya,
Selaku Raja Kechil Besar Perak, baginda telah dikurniakan Darjah Kerabat Azlanii Pangkat Kedua (D.K.A. II) oleh ayahanda baginda. Selain itu, baginda juga dikurniakan dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P.) yang membawa gelaran Dato' Seri pada 20 Jun 2014 dan seterusnya Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) juga membawa gelaran Dato' Seri pada 9 Mei 2015.
Berangkat mengiringi ayahanda mengunjungi makan Sultan Perak terdahulu.
Mengiringi nenda Tuanku Bainun ketika istiadat pertabalan.
Raja Azlan Muzaffar Shah mempunyai seorang adinda iaitu Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang diputerikan pada 3 Ogos 2011 dan kini berusia 5 tahun. Raja Azlan Muzaffar dan Raja Nazira Safya mendapat pendidikan yang sempurna sebagai putera dan puteri Sultan. Kemunculan baginda berdua semasa istiadat pertabalan ayahanda baginda amat menarik minat rakyat jelata. Raja Azlan Muzaffar dilihat amat tertib dalam mengiringi ayahanda dan bonda ke majlis rasmi walaupun baru berusia 8 tahun. Baginda menuruti jejak langkah ayahanda baginda Sultan Nazrin yang mempunyai akhlak pekerti yang disegani. Nama baginda diambil bersempena nama nenda baginda, Sultan Azlan Shah yang merupakan seorang Raja cendekiawan dan ilmuan dalam bidang perundangan. Semoga YTM Raja Azlan Muzaffar Shah berada dalam lindungan Allah S.W.T. selalu dan diberi kerahmatan dari-Nya.
Ketika hari pertabalan ayahanda baginda.
Bermain bersama adinda tersayang.
Ketika Istiadat Menjunjung Duli.
Bersama ayahanda, bonda dan adinda.
Raja Azlan dipangku oleh Almarhum nenda Sultan Azlan Shah.
Raja Kechil Besar Perak ketika Pertabalan Sultan Perak.
Membuat mimik muka sambil adinda Raja Safya ketawa.
saya suka sangat blog ni
ReplyDeleteSemoga Allah pelihara YTM RAJA KECHIL BESAR PERAK....dan paduka adinda....
ReplyDeleteSemoga Allah pelihara YTM RAJA KECHIL BESAR PERAK....dan paduka adinda....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSemoga sihat selalu
ReplyDeleteDirgahayu TUANKU...
ReplyDelete