Tuesday, 7 February 2017

Senarai Susunan Kekananan Raja Permaisuri dan Isteri Yang Di-Pertua Negeri.

Setelah pelantikan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada Disember 2016, berlaku sedikit perubahan kepada Susunan Kekananan Raja Pemaisuri, Sultanah dan Isteri Yang Di-Pertua Negeri. Jawatan Seri Paduka Baginda tidak diisi berikutan status Sultan Muhammad V yang tidak berpermaisuri. Manakala jawatan Timbalan Raja Permaisuri Agong diisi oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim. Senarai kekananan ini juga memperlihatkan keahlian baru dimana negeri Selangor yang baru menerima permaisuri pada September 2016. Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menduduki tempat ke-6 dalam Susunan Kekananan ini. Disebabkan ketiadaan Raja Permaisuri Agong, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Sultanah Hajah Haminah Hamidun kekal menjadi Permasuri terkanan walaupun baginda tidak lagi menduduki jawatan Raja Permaisuri Agong. Berikut merupakan Senarai Kekananan Raja Permaisuri dan Isteri Yang Di-Pertua Negeri :

SENARAI SUSUNAN KEKANANAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG, DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA PERMAISURI, DAN ISTERI-ISTERI KEPADA TUAN-TUAN YANG TERUTAMA YANG-DIPERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI.

1. SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
- kosong -

2. SULTANAH KEDAH DARUL AMAN

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun,
D.M.N., D.K., D.K.H., D.M.K., Grand Cordon of the Order of the Precious Crown(Japan), Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand).
Ditabalkan sebagai KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman pada 9 Januari 2004.
Raja Permaisuri Agong Ke-14 (13.Disember,2011 - 12.Disember.2016)
Timbalan Raja Permaisuri Agong Ke-13 (13.Disember.2006 - 12.Disember.2011)


3. SULTANAH PAHANG DARUL MAKMUR

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Kalsom Binti Abdullah,
D.K.(Pahang).
Dilantik sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Darul Makmur pada 30 September 1992.

4. SULTANAH TERENGGANU DARUL IMAN

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah,
D.K., D.M.N., D.K.(Kedah), S.S.M.Z., S.S.M.T., Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand).
Dimashyurkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Terengganu Darul Iman pada 12 Julai 1998.
Raja Permaisuri Agong Ke-13 (13.Disember.2006 - 12.Disember.2011)
Timbalan Raja Permaisuri Agong Ke-11 (26.April.1999 - 12.Disember.2001)
Timbalan Raja Permaisuri Agong Ke-12 (13.Disember.2001 - 12.Disember.2006)

5. RAJA PEREMPUAN PERLIS

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid,
D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.M.N., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), Grand Croix De L'Odre (Royal Sash)-Cambodia, Knight of the Royal Order of Seraphim(Sweden), The Order of Sacred Treasure, Gold and Silver Star(Japan).
Dimashyurkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis pada 14 Julai 2000.
Raja Permaisuri Agong Ke-12 (13. Disember,2001 -12. Disember.2006)

6. TENGKU PERMAISURI SELANGOR DARUL EHSAN

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin Binti Abdul Rahman,
D.K., S.P.M.S.
Dilantik sebagai Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor pada 8 September 2016.

7. TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud,
D.K., S.P.T.J., P.P.T.
Ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 14 April 2009.

8. PERMAISURI JOHOR DARUL TA'ZIM

Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah,
D.K., D.K.(Perak), S.P.C.M., S.P.M.J.
Dimahkotakan sebagai Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Darul Ta'zim pada 22 Mac 2015.

9. RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim.
D.K., D.K.S.A., D.K.A.
Ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan pada 6 Mei 2015.
Timbalan Raja Permaisuri Agong Ke-15 (13.Disember.2016 - sekarang).

10. TENGKU AMPUAN MAHKOTA KELANTAN DARUL NAIM 
- kosong -

11. ISTERI KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Binti Shariff,
D.U.P.N.

12. ISTERI KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina Binti Kassim,
D.U.N.M., S.I.M.P.

13. ISTERI KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Tan Sri R.M. Jasni,
S.P.D.K., A.D.K.

14. ISTERI KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Dato' Seri Raghad Kurdi Taib,
D.P., S.S.A.P.

MANTAN-MANTAN RAJA PERMAISURI AGONG DAN RAJA PERMASURI :

Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad,
D.K., D.M.N., D.K.(Kelantan), D.K.(Kedah), D.K.(Brunei), S.S.I.J., P.I.S.
Raja Permaisuri Agong Ke-8 (26.April.1984 - 25.April.1989)
Sultanah Johor Darul Ta'zim (1981-2010)

Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun Binti Mohamad Ali,
D.K., D.M.N., D.K.(Selangor), D.K.A., Grand Cordon of the Order of the Precious Crown(Japan), Knight Grand Cross of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand).
Raja Permaisuri Agong Ke-9 (26.April.1989 - 25.April.1994)
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan (1984-2014)

Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,
D.K., D.M.N., D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), S.P.T.J., S.P.M.K., Grand Cross of the Royal Order of Cambodia, Dame Grand Cross of the Order of Merit(Spain).
Raja Permaisuri Agong Ke-10 ( 26.April.1994 - 25.April.1999)
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus (1967-2008)

Yang Amat Mulia Permaisuri Datuk Amar Hajah Siti Aishah Binti Abdul Rahman,
D.K., D.M.N., D.A.(Sarawak), Knight Grand Cross of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand).
Raja Permaisuri Agong Ke-11 (26.April.1999 - 21.November.2001)
Tengku Permaisuri Selangor Darul Ehsan (1998-2001)


Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Tengku Ahmad,
D.K., S.P.M.J., S.S.I.J., S.P.M.K.(Kelantan).
Sultanah Johor Darul Takzim (1978-1981).

Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid,
D.K., D.K.(Negeri Sembilan), D.K.II(Johor), D.K.(Brunei), D.K.II(Selangor), D.K.(Kedah), S.P.M.K., S.P.M.J., S.P.M.P.
Raja Perempuan Kelantan Darul Naim (1979-2010)
Bonda Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15.

2 comments:

  1. Salam...boleh saya tahu...susunan kekanan utk Raja Permaisuri berdasarkan apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Susunan kekananan ni berdasarkan susunan kekananan Raja-Raja Melayu.

      Delete