Wednesday, 1 March 2017

YMM Raja Salman Terima Ijazah Kehormat UIAM.


Yang Maha Mulia Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik (Islamdan Wasatiyyah) dan Anugerah Pencapaian Cemerlang Sepanjang Hayat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Baginda menerima Ijazah dan Anugerah berkenaan daripada Ketua Perlembagaan UIAM KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah dalah satu Istiadat Konvokesyen Khas di Dewan Utama Pusat Kebudayaan (ICC) UIAM Gombak. Turut hadir Presiden UIAM YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Rektor UIAM YBhg Prof Dato' Seri Dr Zaleha Kamaruddin dan Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato' Seri Idris Jusoh. 


Ijazah Kerhormat Doktor Falsafah dianugerahkan kepada baginda sejajar keteguhan baginda mendukung konsep wasatiyyah ke arah keamanan global dalam semua aspek kehidupan merangkumi agama, politik dan sosial. Anugerah Pencapaian Cemerlang Sepanjang Hayat pula adalah atas sumbangan besar baginda dalam memperjuangkan kebajikan Islam dan kesejahteraan global serta mengukuhkan hubungan antara negara Islam, selain sikap dermawannya terhadap kerja kemanusiaan dalam membantu negara dan mangsa yang dilanda bencana. Dalam titah baginda, Raja Salman menyeru universiti terutama dalam dunia Islam supaya memastikan kesediaan dan kelayakan mereka bagi membolehkan umat Islam memperoleh kekuatan yang akan dikongsikan sesama mereka dan orang lain. Tambah baginda, usaha untuk membangunkan pengetahuan dan sains melalui penyelidikan harus kekal menjadi keutamaan bagi meningkatkan kebolehpekerjaaan dalam kalangan generasi muda, 

Sultan Haji Ahmad Shah menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik kepada Raja Salman sambil diperhatikan oleh Tan Sri Rais Yatim.

Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah dalam titah baginda menyifatkan Raja Salman sebagai seorang pemimpin luar biasa dan memahami peranan penting umat Islam hari ini. Titah baginda, dunia Islam hari ini berdepan banyak cabaran yang memerlukan kesabaran, keprihatinan serta penyelesaian dan inilah kekuatan yang dimiliki Raja Salman. Baginda menambah bahawa tugas dan kewajipan baginda terhadap negaranya dan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah memerlukan baginda sentiasa tenang dengan kesabaran yang tinggi. 

Raja Salman dan Sultan Ahmad Shah melihat cenderahati berbentuk keris yang dikurniakan kepada Raja Salman.

YMM Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah.

No comments:

Post a Comment