Monday, 1 May 2017

Keberangkatan Raja-Raja Melayu, Raja-Raja Permaisuri, Wakil Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri serta Isteri ke Istiadat Pertabalan.

Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong merupakan istiadat diraja yang menyaksikan keberangkatan DYMM Raja-Raja Melayu untuk meraikan seorang daripada 9 Raja-Raja yang dipilih sebagai Ketua Utama Negara. DYMM Raja-Raja Melayu bersama DYMM Raja-Raja Permaisuri akan berangkat ke Balairong Seri Istana Negara untuk menyaksikan istiadat ini. Kesemua baginda akan memakai persalinan diraja masing-masing dihiasi darjah-darjah kebesaran. Hari Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong merupakan Hari Kalung. Kesemua penerima darjah kebesaran yang mempunyai kalung diwajibkan memakai kalung masing-masing. Raja-Raja Permaisuri pula berhias cantik dengan tiara di atas jemala baginda. 

Selain Raja-Raja Melayu, wakil KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah juga akan berangkat dari Brunei. DYTM Pengiran Muda Mahkota Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah akan mewakili ayahanda baginda untuk berangkat ke istiadat ini. 

Jika Raja-Raja Melayu tidak dapat berangkat atas sebab-sebab tertentu, maka baginda akan diwakili oleh DYTM Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota. Raja Muda atau Tengku Mahkota akan berangkat bersama DYTM Raja Puan Muda. Bagi negeri-negeri tidak beraja, TYT Yang Di-Pertua Negeri dan isteri akan berangkat untuk mewakili negeri-negeri ini. 

Pada Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 pada 24 April lepas, seramai 5 orang Raja Melayu serta 4 orang Raja Permaisuri berangkat. KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin serta KDYMM Sultanah Nur Zahirah, DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin, DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku ,Muhriz dan DYMM Tuanku Aishah Rohani, dan DYMM Paduka Seri Sultan Perak selaku Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah dan DYMM Tuanku Zara Salim. 

Seramai dua orang pemangku raja berangkat iaitu KYDMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah serta KDYTM Tengku Puan Tunku Azizah dan YMM Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr. Fa-iz Petra. Manakala negeri Kedah diwakili oleh DYTM Raja Muda Kedah Tunku Sallehuddin dan DYTM Raja Puan Muda Tengku Maliha. Johor diwakili DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan YM Che Puan Khaleeda Bustamam.

Kesemua 4 orang Yang Di-Pertua Negeri bersama isteri hadir, TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas serta YABhg Toh Puan Majimor, TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob serta YABhg Toh Puan Zurina, TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin serta YABhg Toh Puan Norlidah, dan TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Taib Mahmud serta YABhg Toh Puan Ragad. 

KEBERANGKATAN TIBA KE ISTANA NEGARA.

Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah.

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah dan KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar.

Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Darul Naim Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr. Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman Tunku Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Tengku Maliha Binti Tengku Ariff.

 Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Darul Ta'zim Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim dan Yang Mulia Che Puan Khaleeda Binti Bustamam.

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun (Dr) Abdul Rahman Bin Abbas dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Majimor Binti Shariff.

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Khalil Bin Yaakob dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina Binti Kassim.

 
Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun (Dr) Juhar Bin Mahiruddin dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Norlidah Binti Tan Sri RM Jasni.

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Bin Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Khurdi.

KEBERANGKATAN MASUK KE BALAIRONG SERI ISTANA NEGARA.

Pada istiadat pertabalan kali ini, ada sedikit kelainan ketika keberangkatan masuk DYMM Raja-Raja, Wakil Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri. Istiadat pertabalan sebelum ini menyaksikan keberangkatan masuk Raja-Raja secara berasingan. Namun pada istiadat kali ini, keberangkatan masuk Raja-Raja secara berpasangan. Dua pasangan diraja akan berangkat masuk ke Balairong Seri dari Bilik Seri Maharaja. 

Sultan dan Sultanah Terengganu bersama Raja Perlis berangkat masuk.

Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor bersama Yang Di-Pertuan Besar dan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan berangkat masuk.

Keberangkatan masuk Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak bersama Pengiran Muda Mahkota.

Keberangkatan masuk Pemangku Raja Pahang dan Tengku Puan Pahang bersama Pemangku Raja Kelantan.

DALAM BALAIRONG SERI ISTANA NEGARA.







KEMESRAAN RAJA-RAJA MELAYU.




Yang Di-Pertuan Agong bersalaman dengan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Raja-Raja dan Permasuri berangkat keluar dari Balairong Seri.

sumber : pelbagai (jabatan penerangan, astro awani, berita harian)

No comments:

Post a Comment