Tuesday, 1 August 2017

WAJAH-WAJAH : Sultan Azlan Shah dan Tuanku Bainun.


Potret rasmi sebagai Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Segmen WAJAH-WAJAH yang memaparkan gambar-gambar kenangan pasangan diraja yang pernah bertakhta di negara kita diteruskan dengan pasangan diraja dari negeri Perak Darul Ridzuan. Pasangan diraja ini pernah menaiki takhta Persekutuan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke 9. Baginda berdua yang dimaksudkan ialah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Bainun Binti Mohamad Ali. Baginda berdua menaiki takhta Persekutuan pada tahun 1989 hingga tahun 1994. Tuanku Bainun merupakan Raja Permaisuri Agong pertama dari kalangan golongan kebanyakan. Sultan Azlan juga mencipta sejarah sebagai Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Melayu pertama yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Hakim Negara. Pasangan diraja ini mendirikan rumah tangga pada tahun 1955 selepas perkenalan mereka di England. Menaiki takhta negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun 1984 sehingga kemangkatan Sultan Azlan Shah pada tahun 2014. Baginda berdua dikurniakan 5 orang putera dan puteri. Putera sulung baginda berdua kini bergelar DYMM Sultan Perak. Putera bongsa baginda berdua, YTM Almarhum Raja Ashman Shah telah mangkat pada tahun 2012. Sultan Azlan Shah memerintah negeri Perak selama 30 dan mangkat pada 28 Mei 2014 ketika berusia 86 tahun. Tuanku Bainun diberikan gelaran Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun dan meneruskan kehidupan bersama anakanda-anakanda baginda dan kini telah berusia 85 tahun.  






Persandingan di Pulau Pinang pada tahun 1955.



Saat romantik pasangan diraja ini.

Sultan Azlan dan Tuanku Bainun gemar memancing.

Gurauan antaran pasangan diraja.


Sultan Azlan memperkatakan sesuatu kepada Tuanku Bainun ketika sambutan Maulidur Rasul negeri Perak.

Sultan Azlan dan Tuanku Bainun di Buckingham Palace ketika mengadakan lawatan diraja ke England.


Ketika Sultan Azlan Shah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya dengan bergelar Raja Tan Sri Azlan Shah manakala Tuanku Bainun bergelar Puan Sri Bainun.

No comments:

Post a Comment