Friday, 15 September 2017

Seri Paduka Berangkat Ke Forum Perdana DiRaja.


KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan untuk berangkat ke Forum Perdana DiRaja yang diadakan di Dewan Banquet Istana Negara pada 14 September 2017. Forum Perdana DiRaja ini anjuran Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Istana Negara dan Jabatan Kemajuan Islamm Malaysia (JAKIM) ini diakan sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.


Turut hadir, YAB Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri YABhg Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Seri Jamil Khir Baharom serta 600 tetamu jemputan. Forum Perdana DiRaja ini diberi tajuk Payung Negara dan disiarkan secara langsung di TV1. Tiga orang panel yang dijemput untuk berkongsi ilmu terdiri daripada SS Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, YBhg Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, dan YBhg Dato' Ustaz Badlishah Alauddin. Manakala moderator pada malam itu ialah YBhg Ustaz Zakaria Othman dari JAKIM.


Forum Perdana DiRaja yang bermula pada pukul 9.30 malam itu membawa perbincangan mengenai peranan seorang pemerintah sesuai dengan keberangkatan Seri Paduka Tuanku. Perbincangan juga berkisar tentang kisah pemerintah Islam yang banyak berjasa kepada pembangunan Islam. Forum Perdana DiRaja ini melabuhkan tirai pada pukul 11.00 malam.





Sultan Muhammad V memberikan cenderamata kepada Dato' Kazim Elias.

No comments:

Post a Comment