Thursday, 19 March 2020

Muskat Yang Dipakai Oleh 2 Orang Yang Di-Pertuan Agong.

    

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-7 Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah
D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Johor), D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.M.B., D.K. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Selangor), QILADAH BADR AL-Kubra (Arab Saudi), QILADAH AL-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa(Korea Selatan), HON. D.Litt (Malaya). LLD. HC (Northrop USA)

&

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-8 Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail 
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.(Brunei), D.K.(Kelantan), D.K.(Kedah), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Pahang), D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K.(Terenggan), D.K.(Selangor), S.PM.J., S.P.D.K., D.U.N.M., S.S.I.J., P.IS., B.S.I., Knight of the Order of Rajamithrabhorn (Thailand).


Muskat, tengkolok, bengkung dan samping yang dipakai oleh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Almarhum Sultan Iskandar.

Pertabalan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-16 banyak mengimbau sejarah pertabalan ayahanda baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-7 dan ayahanda mertua baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-8. Jika tidak kerana pertabalan baginda ini, mungkin kita tidak akan mengetahui bahawa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-7 Sultan Haji Ahmad Shah dan Yang Di-Pertuan Agong Ke-8 Sultan Iskandar Al-Haj memakai Muskat dan Tengkolok yang sama untuk Istiadat Pertabalan baginda berdua sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Walaupun ketika itu baginda berdua belum menjadi besan, hubungan akrab baginda berdua ditunjukkan melalui perkongsian Muskat tersebut. 

Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-7 pada 10 Julai 1980.




Menurut KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallahi Sultan Iskandar Al-Haj, baginda berhasrat untuk melihat Seri Paduka memakai persalinan muskat, tanjak, samping dan bengkung yang dipakai oleh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah semasa Istiadat Pertabalan baginda pada tahun 1979. Namun, muskat berusia 40 tahun itu tidak boleh dipakai oleh Al-Sultan Abdullah kerana tidak muat. Berbalik kepada cerita pengkongsian muskat di antara Sultan Haji Ahmad Shah dan Sultan Iskandar, Sultan Iskandar pada awalnya tidak mahu memakai muskat untuk istiadat pertabalan tersebut sebaliknya ingin memakai seragam tentera seperti yang sering dipakai baginda. Namun, Perdana Menteri ketika itu, YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad telah menghadap baginda semingg sebelum Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-8 berlangsung dan merayu supaya Sultan Iskandar memakai Muskat. Baginda bertitah bahawa muskat tersebut tidak dapat disiapkan dalam masa seminggu dan menitahkan Seri Paduka Tunku Azizah untuk menyembah kepada Sultan Haji Ahmad Shah untuk meminjam Muskat yang dipakai baginda semasa menjadi Yang Di-Pertuan Agong Ke-7. 

Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-8 pada 15 November 1984.




Maka, untuk julung kalinya, Sultan Iskandar memakai Muskat serta persalinan penuh Yang Di-Pertuan Agong ketika hari Istiadat Pertabalan baginda. Muskat ini cukup istimewa di mata Seri Paduka Al-Sultan Abdullah dan Seri Paduka Tunku Azizah kerana kedua-dua ayahanda baginda memakainya ketika istiadat pertabalan masing-masing. Inilah satu-satunya Muskat yang disarungkan di badan dua orang Ketua Negara yang menjadi kenangan manis buat kedua-dua Almarhum. Seri Paduka Tunku Azizah bertitah supaya Muskat yang dibuat untuk Seri Paduka Al-Sultan Abdullah direka sama dengan rekaan Muskat yang dipakai Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Almarhum Sultan Iskandar. 

1 comment:

  1. Teringat temubual dengan RPA tentang muskat ni. Ada RPA sebut tentang ayahanda baginda bertitah pasal nak pinjam muskat dengan KDYMM Sultan Ahmad Shah. Ayatnya agak lucu hihi (Ampun Tuanku) "Azizah, tolong sembah Tuanku Pahang, babah nak pinjam jaket dia boleh tak" haha

    ReplyDelete