Tuesday, 17 March 2020

Pameran Raja Kita: Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah (Bahagian 1).

Assalamualaikum para pembaca blog Warisan Raja dan Warisan Permaisuri Melayu. Editor Warisan Permaisuri memohon sejuta maaf kerana telah lama tidak menulis di dalam blog ini akibat kesibukan bekerja. Banyak bahan-bahan tulisan yang tersimpan yang belum berkesempatan untuk dipersembahkan kepada para pembaca. Insyallah, cuti 14 hari yang diberikan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan ini akan dimanfaat sepenuhnya untuk menyambung legasi blog Warisan Permaisuri ini.

Editor Warisan Permaisuri mulakan dengan post mengenai kunjungan ke Istana Negara Lama (Muzium Diraja) bersempena Pameran Raja Kita yang diadakan bersempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-16  pada tahun lepas. Pameran Raja Kita ini diakan di Balairong Seri bermula 6 Ogos 2019 hingga 5 November 2019. Bagi rakyat Malaysia yang tidak berkesempatan untuk melawat pameran ini, Warisan Permaisuri membawakan sedikit sebanyak koleksi peribadi Seri Paduka berdua untuk tatapan umum. Pameran ini menghimpunkan 198 koleksi peribadi Seri Paduka berdua untuk dikongsi dengan rakyat jelata. Pameran ini dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuk aspek sejarah, artistik, hobi dan peribadi Seri Paduka berdua. Pada pameran kali ini juga, untuk kali pertama, Dewan Mesyuarat Majlis Raja-Raja dibuka untuk tatapan umum. 




Muskat yang pernah digunakan oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj semasa Istiadat Pertabalan baginda berdua sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-7 dan Ke-8.

Persalinan berwarna krim yang disarungkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong semasa istiadat pernikahan baginda.

Mas Kahwin Diraja berbentuk tikar sembahyang yang dikurniakan oleh KDYTM Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah kepada YAM Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj semasa hari perkahwinan baginda berdua pada tahun 1986.


Koleksi Gambar-gambar KDYMM Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muazzam Shah:








Buku Aturcara Majlis Istiadat Pertunangan dan Akad Nikah Pengantin Diraja serta buku Istiadat Perkahwinan Diraja Johor-Pahang yang dikeluarkan sempena penyatuan diraja antara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada  Mac 1986.






Keris kerajaan, Pedang kerajaan dan Pedang Bentara Kiri dan Kanan.



Set persalinan sukan golf milik KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Set persalinan polo milik KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong semasa menyandang tugas sebagai ketua Royal Pahang A1 dan Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC).

Set aksesori askar wataniah milik KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong semasa menyandang jawatan sebagai Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah.

Set peralatan Sukan Polo milik KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong semasa menyandang tugas sebagai ketua Royal Pahang A1 dan Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC).


Set persalinan go-kart milik KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

No comments:

Post a Comment