Monday, 21 January 2013

Mohor Besar Raja-Raja Melayu.


Tahukah anda apakah benda di atas ini? Jika anda tidak tahu, inilah dia Mohor Besar Raja-Raja Melayu.Jika  disebut Mohor Besar Raja-Raja,kita mesti teringatkan pengumuman tarikh permulaan Puasa dan tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.Mohor Besar Raja-Raja ini sebenarnya cop yang melambangkan kuasa Raja-Raja Melayu.Mohor Besar ini disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang juga merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja Melayu.Orang yang dilantik menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ini merupakan pegawai kanan kerajaan yang masih berkhidmat atau telah bersara.

Mohor Besar ini disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja seperti yang ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 4 Jadual Kelima.Terdapat dua jenis Mohor Besar yang berada dalam simpanan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.Mohor Besar pertama berukuran 51 cm panjang,22 cm lebar,52 cm tinggi,dan seberat 93 kilogram.Mohor Besar kedua pula berukuran 51 cm panjang,14 cm lebar,35.5. cm tinggi,dan seberat 38 kg.Mohor Besar kedua ini lebih ringan dan mudah untuk dibawa ke luar pejabat apabila diperlukan.


Permukaan Mohor Besar Raja-Raja ini mengandungi jata sembilan negeri Melayu Beraja dan tertulis perkataan '' MOHOR BESAR RAJA-RAJA NEGERI MELAYU" dalam huruf jawi.Mesyurarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju dengan corak ini dan digunakan sehingga ke hari ini.Kedua-dua Mohor Besar ini dibuat di England pada 1949 dengan kos Euro 211.10.Mohor Besar ini melambangkan kekuasaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.Surat cara yang dimeterai oleh Mohor Besar  melambangkan kepercayaan dan kuasa.Mohor Besar juga membuktikan kesahihan dan kebenaran sesuatu surat cara.Oleh sebab kesan terapan daripada Mohor Besar akan merubah tekstur kertas,maka cap mohor ini dapat bertahan lebih lama daripada cop getah yang menggunakan dakwat yang tertera pada permukaan surat cara.



Jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu telah diwujudkan pada tahun 1948.Sehingga hari ini,terdapat 14 orang yang pernah mengisi jawatan ini.Mereka terdiri daripada :

1. Yang Mulia Raja Ayob Bin Raja Haji Bot (MCS)
Februari 1948-Mei 1948

2. Yang Berbahagia Dato' Abdullah Muda Bin Nordin (MCS)
Jun 1948 - Mac 1949

3. Yang Mulia Raja Haji Shahar Shah Bin Raja Haron (MCS)
April 1949 - Disember 1949

4. Yang Mulia Tengku Husin Bin Tengku Yahaya (MCS)
Januari 1950 - Mei 1950

 5. Yang Teramat Mulia Tunku Ya'acob Ibni Almarhum  Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Pegawai Pertanian)
Februari 1954 - Disember 1955

6. Yang Berbahagia Dato' Haji Mustafa Al Bakri Bin Haji Hasan (MCS)
Januari 1956 - Ogos 1957

7. Yang Berbahagia Dato' Abdul Rahman Bin Abdul Rauf (Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja)
September 1957 - Mei 1963

8. Yang Mulia Tunku Tan Sri Shahriman Bin Tunku Sulaiman
Memangku : Jun 1963 - Ogos 1963

9. Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Abdul Aziz Bin Zakaria (Mantan Ketua Pegawai Perjawatan Persekutuan)
Memangku : Ogos 1963 - September 1963

10. Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Bin Haji Hussin (Mantan Ketua Pegawai Perjawatan Persekutuan)
Oktober 1963 - September 1980

11. Yang Berbahagia Datuk Ahmad Zainal Abidin Bin Muhammad Yusof (Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Kanada)
Oktober 1980 - September 1988

12. Yang Berbahagia Encik A.Rahim Bin Kassim (Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja)
Memangku : Oktober 1988 - Disember 1988

13. Yang Mulia Engku Tan Sri Dato' Seri Ibrahim Bin Engku Ngah
Januari 1989 - Januari 2011

14. Yang Berbahagia Dato' Seri Syed Danial Bin Syed Ahmad
Januari 2011 - sekarang.

No comments:

Post a Comment