Monday, 7 October 2013

Kesunyian Seorang Permaisuri..


Queen Sofia of Spain merupakan Permaisuri Negara Sepanyol dan merupakan isteri kepada King Juan Carlos I of Spain. Baginda dilahirkan pada 2 November 1938 dan merupakan Puteri Greece dan Denmark.Baginda menaiki takhta Sepanyol pada tahun 1975.

Di Eropah,baginda dikenali sebagai seorang Permaisuri yang kesunyian kerana sikap suaminya yang kaki perempuan.Kehidupan seorang permaisuri tidak semuanya indah.Baginda banyak menaggung derita akibat perbuatan suami baginda.

Kemuncak kesedihan baginda adalah apabila diperintahkan untuk menolak jemputan untuk menghadiri makan malam sempena Sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth yang juga merupakan sepupu rapat baginda. Istiadat makan malam ini merupakan satu majlis yang amat dinanti-nantikan oleh baginda kerana pada masa inilah baginda dapat menghadiri perjumpaan keluarga baginda yang diadakan di Istana Winsdor.Tetapi 48 jam sebelum baginda berangkat ke London,baginda telah dihalang untuk berbuat demikian oleh kerajaan Sepanyol.Kerajaan Sepanyol telah menolak jemputan itu bagi pihak Queen Sofia.Menurut Pilar Eyre,penulis buku "The Loneliness of the Queen" memberitahu bahawa Queen Sofia memang sangat menantikan makan malam itu.Baginda amat kecewa dengan arahan kerajaan Sepanyol itu.Pada 19 Mei,akhbar Sepanyol El Mundo meletakkan gambar 27 orang kerabat diraja Eropah dengan tajuk " The only absence was Cousin Sofia".Pada majlis itu,adik baginda King Costantine juga hadir.



Lebih setengah abad Queen Sofia berada di sisi suaminya. Dalam apa keadaan sekalipun baginda tetap setia bersama suaminya. Tetapi, kini seluruh Sepanyol mula bertanya berapa lamakah Queen Sofia boleh bertahan lagi setelah insiden penolakan menghadiri Sambutan Jubli Intan sepupu baginda itu. Ketidakupayaan baginda dalam menentukan hala tuju hidup sendiri menggambarkan bahawa tidak berkuasanya baginda dalam negaranya sendiri. Baginda sering diketepikan dan hanya diberitahu apa yang perlu dilakukan.

Ulang tahun perkahwinan baginda dan suaminya yang ke 50 tahun juga tidak bererti apa-apa bagi pasangan ini. Tidak ada majlis keraian pun diadakan untuk meraikannya. Malah King Juan Carlos berkata " Tiada apa-apa untuk diraikan !! ".



Meskipun bergelar Permaisuri sebuah negara, Queen Sofia tidak langsung mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa keputusan. Selama 38 tahun bergelar permaisuri, baginda hanya menuruti arahan yang diberikan oleh suami baginda dan kerajaan Sepanyol. Queen Sofia dan King Juan Carlos sudah lama hidup berasingan. Baginda ditinggalkan suaminya yang sering bersama wanita-wanita muda dan pergi bercuti ke luar negara. Di istana, Queen Sofia keseorangan menangisi kesengsaraan hidup baginda. 

Mengikut buku tulisan Pilar Eyre yang bertajuk " The Loneliness of the Queen", salah satu peristiwa yang amat mengejutkan Queen Sofia ialah :
Januari 1976 : Queen Sofia dan tiga anakanda baginda dalam perjalanan untuk memberi kejutan suaminya yang sedang berburu di Toledo, cuma beberapa jam perjalanan dari Bandar Madrid. Mereka tiba di kediaman yang menempatkan King Juan Carlos, namun semua tingkap dan langsir ditutup. Pemilik rumah itu cuba menghalang Queen Sofia untuk masuk dan tergagap-gagap apabila ditanyakan soalan. Baginda tergerak hati untuk membuka pintu bilik. Kejutan sebenarnya adalah untuk Queen Sofia apabila dia melihat lelaki yang dicintainya mengkhianati cintanya.

Sehingga ke hari ini, Queen Sofia masih setia di sisi suaminya. Pasangan ini dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Puteri Elena, Puteri Cristina dan Putera Mahkota Felipe.


Bersama sepupu baginda Queen Elizabeth.


No comments:

Post a Comment