Wednesday, 9 October 2013

Lawatan-lawatan Queen Elizabeth ke Malaysia..

Queen Elizabeth II merupakan Ketua Negara-negara Komanwel semenjak baginda menaiki takhta Britain pada tahun 1952. Semenjak itu, baginda Queen telah melakukan kunjungan ke semua negara-negara Komanwel termasuk Malaysia. Berikut merupakan senarai keberangkatan Queen Elizabeth dan suami baginda Duke Of Edinburgh Prince Philip ke Malaysia :

Tahun 1972 ( Semasa pemerintahan Tuanku Abdul Halim dan Sultanah Bahiyah ).
-   22 hingga 28 Februari 1972
-   2, 6 dan 8 Mac 1972

Tahun 1989 ( Semasa pemerintahan Sultan Azlan Shah dan Tuanku Bainun ).
-   14 hingga 17 Oktober 1989 untuk Mesyuarat Ketua Negara Komanwel ke 11.

Tahun 1998 ( Semasa pemerintahan Tuanku Jaafar dan Tuanku Najihah ).
-   20 hingga 23 September 1998 untuk Temasya Sukan Komanwel.


GAMBAR SEMASA LAWATAN KE MALAYSIA PADA TAHUN 1972

Queen Elizabeth sedang mencuba untuk menoreh getah.
Ketibaan baginda dan Prince Philip disambut oleh Tuanku Abdul Halim dan Sultanah Bahiyah.




Berbual-bual bersama Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.


GAMBAR SEMASA LAWATAN KE MALAYSIA TAHUN 1989.

Gaun yang dikenakan baginda semasa di Istana Negara.

Ketibaan baginda disambut oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Yang Di Pertuan Agong ke 9.

Membuat lawatan ke kampung-kampung bersama Raja Dr Nazrin Shah dan Tan Sri Napsiah Omar.
Santapan Negara. Dari kiri: Raja Dr Nazrin Shah,Tuanku Bainun, Queen Elizabeth, Sultan Azlan Shah, Prince Philip dan Dr Mahathir Mohamad.
Queen Elizabeth sedang memberi ucapan.



Melawat Masjid Sultan Salahuddin , Shah Alam.





GAMBAR SEMASA LAWATAN KE MALAYSIA TAHUN 1998.


Bersama Yang Di Pertuan Agong ke 10 Almarhum Tuanku Jaafar,


Bersama Raja Permaisuri Agong ke 10 Tuanku Najihah.


Bersalaman bersama pemimpin negara di Istana Negara.
Menaiki LRT.




Melawat Suria KLCC.

Ucapan perasmian Sukan Komanwel 1998.

7 comments:

  1. Blog yang paling terindah dan membuatkan Ummi rasa teruja sangat..... ^^

    ReplyDelete
  2. Penuh dengan info wanita anggun negara...

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH atas sokongan saudari. Teruskan membaca blog saya ini. :)

    ReplyDelete
  4. Blog yang sangat menaikkan rasa cinta terhadap Negara dan terus menghormati sistem Beraja...teruskan usaha

    ReplyDelete
  5. Blog yang sangat menaikkan rasa cinta terhadap Negara dan terus menghormati sistem Beraja...teruskan usaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara.. teruskan menyokong blog ini. :)

      Delete
  6. Mantap banyak dpt tengok gambar2 rare kat sini :)

    ReplyDelete