Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 21 May 2019

Berita Kemangkatan DYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.

INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROJIUN
AL-FATIHAH

Merafak Sembah Takziah
Kehadapan

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mus'tain Billah

dan

Duli Yang Amat Mulia Sultanah Hajah Kalsom

serta seluruh kerabat DiRaja Pahang Darul Makmur

DI ATAS KEMANGKATAN

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mus'tain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Mu'azzam Shah,
D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Johor), D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.M.B., D.K. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Selangor), QILADAH BADR AL-Kubra (Arab Saudi), QILADAH AL-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa(Korea Selatan), HON. D.Litt (Malaya). LLD. HC (Northrop USA)

24 Oktober 1930 - 22 Mei 2019

Dukacita dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mus'tain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muazzam Shah, ayahanda kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan juga Mantan Sultan Pahang Darul Makmur Ke-5 telah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur kira-kira jam 8.50 pagi, hari Rabu, 22 Mei 2019. Almarhum mangkat pada usia 89 tahun. Pengumuman mengenai kemangkatan Almarhum dibuat oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail. Jenazah Almarhum dibawa dari IJN ke Istana Negara untuk dimandikan sebelum dibawa pulang ke Istana Abu Bakar, Pekan untuk Istiadat Pemakaman. Berikut merupakan Pengumuman YAB Dato' Sri Wan Rosdy mengenai kemangkatan Almarhum:

KENYATAAN MEDIA

KDYMM PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH MANGKAT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

Almarhum mangkat pada jam 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Sehubungan itu, saya mohon rakyat-jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan moga-moga roh Almarhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala, serta ditempatkan bersama-sama para Syhuhada’.

Amin.
Al Fatihah

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang


Kurniaan Kad Raya Diraja DYMM Raja Perlis 2019.

Warisan Raja & Permaisuri Melayu merafak sembah menjunjung kasih kehadapan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid diatas pengurniaan kad raya diraja sempena 1 Syawal 1440 yang bakal tiba. Semoga Allah S.W.T. melanjutkan usia Tuanku berdua. 







Kurniaan Kad Raya DYMM Sultan Johor 2019.

Warisan Raja & Permaisuri Melayu menjunjung kasih setinggi-tinggi terima kasih kehadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Takzim Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Al-Mutawakkil Allalahi Sultan Iskandar Al-Haj di atas kurniaan kad raya sempena 1 Syawal 1440 Hijrah. Menjunjung kasih juga kehadapan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Darul Takzim Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah serta kerabat diraja Johor. Semoga Allah S.W.T. melanjutkan usia Tuanku berdua. 








Wednesday 1 May 2019

Maharaja Akihito Jepun Turun Takhta.



Maharaja Jepun, Maharaja Akihito telah turun dari takhta pada 30 April 2019. Baginda yang berusia 85 tahun merupakan Maharaja pertama yang turun takhta sejak 200 tahun yang lalu. Baginda menaiki Takhta Bunga Kekwa ini pada tahun 1989 dan selepas 30 tahun menduduki takhta, baginda akan melepaskannya atas faktor kesihatan. Istiadat Turun Takhta baginda bermula dengan upacara keagamaan yang dihadiri baginda pada pada 30 April 2019. Upacara berkenaan diadakan di kuil Shinto di Istana Imperial. Putera Mahkota Jepun, Putera Mahkota Naruhito menggantikan ayahanda baginda sebagai Maharaja Jepun dengan gelaran Maharaja Naruhito. Era pemerintahan Maharaja Akihito dikenali sebagai Era Heisei berakhir pada 12.00 malam 1 Mei 2019 dan digantikan dengan Era Reiwa. Acara kemuncak turun takhta Maharaja Akihito adalah Majlis Taiirei-Seiden-nogi yang berlangsung di Bilik Matsu-no-Ma di Istana Imperial pada pukul 5.00 petang. Majlis berkenaan diadakan kira-kira 10 minit sahaja dan dihadiri oleh kira-kira 330 orang tetamu. Turut berangkat Maharani Michiko serta kerabat diraja Jepun. Bermula 1 Mei 2019, Maharaja Akihito akan bergelar Maharaja Emeritus manakala isteri baginda Maharani Michiko bergelar Maharani Emerita. 



Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...