Setelah selesai Istiadat Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim pada 21 April lepas, tumpuan seterusnya diberikan untuk Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada bulan Mei 2015.Setiausaha Dewan Negara Perak Toh Amar Seri Diraja Datuk
Ayop Hashim berkata, dengan nasihat Dewan Negara Perak yang bersidang kali
ke-162 pada 22 November 2014, Sultan Nazrin Shah berkenan menetapkan Istiadat
Pertabalan Sultan Perak ke-35 dilangsungkan pada 6 Mei 2015.
Beliau berkata, Istiadat Tabal Adat akan berlangsung di
Istana lskandariah Kuala Kangsar pada pagi hari berkenaan diikuti dengan
Istiadat Tabal Pusaka dan Istiadat Bersiram Tabal pada malam keesokannya.
Sultan Nazrin bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim
selanjutnya akan berangkat menziarahi makam Sultan Perak terdahulu, kemudiannya
menghilir Sungai Perak dari Pasir Salak ke Teluk lntan.
Istiadat pertabalan akan berakhir dengan keberangkat Sultan
Nazrin untuk mencecahkan kaki Baginda di Beting Beras Basah iaitu tempat
pertama Sultan Perak pertama Sultan Muzaffar Shah I menjejakkan kaki ketika
sampai di Perak, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata sempena istiadat pertabalan itu, pelbagai
acara dirancang yang turut melibatkan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Raja Pemerintah, Raja Muda dan Tengku
Mahkota, Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
jemaah menteri, perwakilan asing serta tetamu dari dalam dan luar negara.
"Acara berbentuk keagamaan dan acara yang memberi peluang baginda
mendampingi rakyat yang melibatkan penyertaan rakyat jelata, warga emas,
golongan remaja dan pelajar akan dilaksanakan dalam tempoh sambutan istiadat
pertabalan," katanya.
No comments:
Post a Comment