Anda Pengunjung Ke :

Friday 28 July 2017

Wajah KDYMM Sultan Muhammad V ketika kecil dan muda.



Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V diputerakan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Tengku Mahkota Tengku Ismail Petra pada 6 Oktober 1969. Ketika itu ayahanda baginda bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan manakala nenda baginda adalah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Sultan Muhammad V membesar disamping keluarga diraja Kelantan dengan penuh kasih sayang. Baginda diberikan pendidikan secukupnya sebagai pewaris takhta utama negeri Kelantan Darul Naim. Pada tahun 1979, ayahanda baginda menaiki takhta negeri Kelantan dengan bergelar KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra. Sultan Muhammad V ketika itu baru sahaja berusia 10 tahun dan menduduki tangga teratas senarai pewaris takhta negeri. Pada 6 Oktober 1985, baginda dilantik sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Ketika itu baginda berusia 16 tahun. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Sultan Ismail 1 Kota Bharu dan seterusnya ke Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur. Pada tahun 1989, ketika berusia 20 tahun baginda melanjutkan pelajaran ke St.Cross College, Oxford dalam bidang Pengajian Diplomatik. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di Oxford Centre. Baginda menaiki takhta negeri Kelantan pada tahun 2010 kerana ayahanda baginda gering dan tidak dapat menjalankan fungsi sebagai Sultan dan Ketua Negeri. Baginda dipilih sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong pada tahun 2011 dan ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 pada 24 April 2017. Berikut merupakan wajah-wajah Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V ketika baginda masih bayi, ketika kecil dan ketika baginda remaja.

Ketika baginda masih bayi.








Ketika baginda remaja.


Ketika menamatkan pengajian di University of Oxford.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...