Dalam semua institusi beraja di mana sahaja, seorang Raja Pemerintah pasti akan mempunyai seorang Permaisuri yang bertakhta dengan baginda. Begitu juga dengan kesultanan Melayu. Tetapi, jika dilihat pada zaman dahulu, tiada gelaran spesifik yang dikurniakan kepada para Permaisuri tersebut. Biasanya, sebelum kemerdekaan, Permaisuri yang akan menjadi suri negeri dan bersemayam di atas takhta adalah Permaisuri dari kalangan kerabat diraja atau dipanggil Permaisuri Gahara. Isteri-isteri Sultan yang terdiri daripada orang biasa tidak akan menduduki takhta bersama Sultan. Hanya isteri Sultan daripada keturunan gahara sahaja akan diangkat menjadi Permaisuri dan bersemayam di atas takhta bersama Sultan. Johor merupakan antara negeri terawal yang mempunyai Permaisuri yang bertakhta bukan daripada kalangan kerabat diraja. Almarhum Sultan Abu Bakar telah melantik isteri baginda seorang wanita berketurunan cina daripada Hong Kong dan dikurniakan gelaran sebagai Sultanah Fatimah pada tahun 1886. Sehingga ke hari ini, Permaisuri-Permaisuri yang bertakhta di singgahsana negeri-negeri bukan sahaja daripada golongan kerabat diraja, malah daripada golongan orang kebanyakan. Bagi sesetengah negeri, gelaran bagi Permaisuri Gahara dengan Permaisuri golongan kebanyakan adalah berbeza. Pengurniaan gelaran kepada Permaisuri ini adalah hak Sultan atau Raja Pemerintah. Berikut merupakan peruntukan gelaran untuk Permaisuri yang bertakhta di negeri-negeri Melayu beraja.
PERLIS:
Gelaran rasmi bagi suri negeri Perlis hanya wujud pada tahun 1945 setelah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Harun Putra Jamalullail Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail menaiki takhta. Suri baginda, Duli Yang Maha Mulia Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail dikurniakan dengan gelaran Raja Perempuan Perlis. Setakat ini, hanya dua orang penyandang gelaran Raja Perempuan Perlis sehingga hari ini. DYMM Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail (1945-2000) dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid (2000-sekarang). Penyandang bagi permaisuri dari golongan kebanyakan pula tidak diketahui lagi kerana tiada penyandang dari kalangan rakyat biasa setakat ini.
KEDAH DARUL AMAN:
Gelaran rasmi bagi suri negeri Kedah dizahirkan pada tahun 1943 selepas KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah menaiki takhta. Pada zaman Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, tiada gelaran Permaisuri dikurniakan kepada isteri-isteri baginda. Hanya 2 orang isteri baginda yang dikurniakan gelaran iaitu isteri ke-4 baginda, YM Cik Larasa diberikan gelaran Che' Puan Paduka Bonda manakala isteri ke-7 baginda YM Che' Menjalara Binti Long Nara diberikan gelaran Mak Che'. Gelaran Sultanah hanya wujud pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Badlishah di mana suri baginda KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Asma Binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah(1943-1958) diberikan gelaran Sultanah. Gelaran ini terus digunakan semasa zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dimana suri gahara baginda iaitu KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman(1958-2003) dan suri baginda dari golongan kebanyakan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Haminah Binti Hamidun (2004-2017), kedua-duanya dikurniakan gelaran Sultanah. Penyandang terkini jawatan Sultanah Kedah ialah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Arif yang ditabalkan pada tahun 2018. Maka, bagi negeri Kedah, gelaran bagi Permaisuri dari golongan kerabat diraja dan golongan orang kebanyakan adalah sama iaitu Sultanah Kedah.
PERAK DARUL RIDZUAN:
Gelaran Raja Perempuan Perak adalah gelaran bagi Permaisuri Sultan Perak yang berdarah diraja. Gelaran ini pertama kali digunakan semasa zaman pemerintahan Almarhum Sultan Idris Murshidul Al Azzam Shah pada tahun 1887. Suri baginda Duli Yang Maha Mulia Raja Nuteh Aishah Binti Almarhum Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah (1887-1916). Seramai 6 orang Permaisuri bergelar Raja Perempuan Perak termasuk DYMM Raja Perempuan Nuteh Aishah, DYMM Raja Perempuan Nuteh Zahrah (1916-1918), DYMM Raja Perempuan Kelsom (1920-1938), DYMM Raja Perempuan Khadijah (1938-1939), DYMM Raja Perempuan Taayah (1948-1963), dan DYMM Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Ariff Shah (1963-1984). Gelaran Raja Perempuan Perak kali terakhir digunakan oleh Raja Perempuan Muzwin memandangkan penyandang selepas baginda adalah Permaisuri yang berasal dari golongan kebanyakan. Gelaran bagi suri Sultan Perak dari golongan kebanyakan adalah Raja Permaisuri Perak. Permaisuri Sultan Perak pertama yang bertakha memakai gelaran Raja Permaisuri Perak ialah DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun (1984-2014). Bermula 2014 sehingga kini, gelaran Raja Permaisuri Perak dikurniakan kepada DYMM Tuanku Zara Salim. Sebelum tahun 1984, gelaran Raja Permaisuri dikurniakan kepada suri Sultan Perak dari golongan biasa tetapi tidak bertakhta bersama Sultan. Antara suri Sultan Perak yang dikurniakan gelaran Raja Permaisuri ialah YTM Raja Permaisuri Cik Ngah Uteh Mariah, YTM Raja Permaisuri Che' Yong Sofia, YTM Raja Permaisuri Che' Ngah Manah, YTM Raja Permaisuri Cik Puteh Salah, dan YTM Raja Permaisuri Cik Umi Kalsom.
SELANGOR DARUL EHSAN:
Gelaran suri Sultan Selangor daripada kalangan kerabat diraja adalah Tengku Ampuan Selangor yang telah digunakan sejak kurun ke 18 lagi. Pertama kali gelaran Tengku Ampuan dikurniakan kepada DYMM Tengku Ampuan Raja Tengah Binti Raja Haji selepas baginda berkahwin dengan DYMM Sultan Ibrahim Shah pada tahun 1796. Seramai 8 orang suri Sultan Selangor dikurniakan gelaran Tengku Ampuan termasuklah DYMM Tengku Ampuan Raja Tengah (1796-1826), DYMM Tengku Ampuan Basik (1826-1857), DYMM Tengku Ampuan Atfah (1857-1898), DYMM Tengku Ampuan Maharum (1898-1908), DYMM Tengku Ampuan Zabedah (1910-1918), DYMM Tengku Ampuan Fatimah (1922-1938), DYMM Tengku Ampuan Jemaah (1938-1942 & 1945-1960), dan DYMM Tengku Ampuan Rahimah (1960-1993). Manakala bagi suri Sultan Selangor daripada golongan kebanyakan pula gelaran yang diberikan ialah Tengku Permaisuri Selangor. Gelaran ini pertama kali digunakan semasa zaman pemerintahan DYMM Sultan Musa Ghiatuddin. Suri baginda, YTM Sharifah Mastura Syed Ahmad Shahabuddin diberikan gelaran Tengku Permaisuri pada tahun 1942 sehingga tahun 1945. 53 tahun selepas itu, iaitu pada tahun 1998, gelaran ini digunakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Siti Aishah Binti Abdul Rahman. Dan penyandang gelaran Tengku Permaisuri bermula tahun 2017 sehingga sekarang ialah Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin Binti Abdul Rahman.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS:
Bermula tahun 1796 hingga 1933, gelaran bagi suri Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dari kalangan kerabat diraja ialah Tuanku Ampuan. Tuanku Ampuan Negeri Sembilan yang pertama ialah DYMM Tuanku Ampuan Aishah Binti Almarhum Sultan Ahmad Shah yang dikurniakan gelaran Tuanku Ampuan pada tahun 1796. Seramai 4 orang suri Yang Di-Pertuan Besar bergelar Tuanku Ampuan iaitu DYMM Tuanku Ampuan Aishah (1796-1808), DYMM Tuanku Ampuan Ngah Raja Hitam (1808-1824), DYMM Tuanku Ampuan Intan Tunku Alang Hussain (1831-1861) dan DYMM Tuanku Ampuan Chik (1888-1933). Selepas tahun 1933 hingga kini, suri Yang Di-Pertuan Besar berdarah diraja bergelar Tuanku Ampuan Besar. Seramai 4 orang Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan bermula tahun 1933 iaitu DYMM Tuanku Ampuan Besar Kurshiah Tunku Besar Burhanuddin (1933-1960), DYMM Tuanku Ampuan Besar Durah Tunku Besar Burhanuddin (1960-1967), DYMM Tuanku Ampuan Besar Najihah Tunku Besar Burhanuddin (1967-2008) dan DYMM Tuanku Ampuan Besar Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud (2008-kini). Manakala bagi suri Yang Di-Pertuan Besar dari kalangan orang biasa, gelaran yang diberi ialah Che' Ampuan Besar. Gelaran ini pertama kali digunakan pada tahun 1778 dan dikurniakan kepada YTM Che Ampuan Besar Cik Sani Binti Penghulu Naam. Gelaran lain yang digunakan adalah Cik Puan Besar dan Encik Puan Besar.
JOHOR DARUL TAKZIM:
Dalam sejarah Johor moden, terdapat beberapa gelaran dikurniakan kepada Suri Sultan Johor. Suri Sultan Johor diberikan gelaran rasmi sebagai suri negeri ialah DYMM Encik Puan Fatimah yang dikurniakan gelaran Maharani, memandangkan suami baginda Almarhum Sultan Abu Bakar bergelar Maharaja Johor. Tetapi, gelaran tersebut ditukar kepada Sultanah pada tahun 1886. Sultanah Fatimah adalah suri negeri daripada kalangan orang biasa dan baginda merupakan seorang wanita berbangsa Cina. Gelaran Sultanah Johor adalah gelaran yang paling kerap dikurniakan kepada suri Sultan Johor tidak kira daripada golongan kerabat diraja ataupun golongan kebanyakan. Seramai orang suri Sultan Johor yang dikurniakan gelaran Sultanah iaitu DYMM Sultanah Fatimah (1886-1891), DYMM Sultanah Khadijah (1894-1895), DYMM Sultanah Rogayah (1920-1926), DYMM Sultanah Helen (1930-1937), DYMM Sultanah Marcella (1947-1959), DYMM Sultanah Aminah (1959-1977), DYMM Sultanah Nora (1977-1981), dan DYMM Sultanah Zanariah (1981-2010). Pada zaman awal pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, suri pertama baginda dikurniakan gelaran Tunku Ampuan Johor. DYMM Tunku Ampuan Maimunah adalah satu-satunya suri Sultan Johor yang dikurniakan gelaran ini. Selepas kemangkatan Tunku Ampuan Maimunah pada tahun 1909, gelaran ini tidak digunakan lagi. DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan gelaran Permaisuri Johor kepada suri baginda DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Gelaran ini merupakan pertama kali digunakan untuk suri Sultan Johor.
PAHANG DARUL MAKMUR:
Gelaran suri Sultan Pahang yang mempunyai darah diraja adalah Tengku Ampuan Pahang. Gelaran ini pertama kali digunakan semasa pemerintahan Sultan Pahang Moden yang pertama iaitu Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah. Suri baginda DYMM Tun Besar Fatimah diberikan gelaran Tengku Ampuan pada 1884 dengan panggilan hormat Duli Yang Maha Mulia. Sejak itu, seramai 6 orang suri Sultan Pahang yang berdarah raja dikurniakan gelaran Tengku Ampuan Pahang iaitu DYMM Tengku Ampuan Fatimah Tun Muhammad (1884-1914), DYMM Tengku Ampuan Mariam Sultan Sir Abu Bakar (1914-1917), DYMM Tengku Ampuan Kalsum Tun Abdullah (1917-1932), DYMM Tengku Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah (1932-1974), KDYMM Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad (1974-1988) dan KDYMM Tengku Ampuan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar (2019-sekarang). Bagi suri Sultan Pahang dari golongan kebanyakan pula, pertama kali gelaran Sultanah Pahang dikurniakan kepada DYMM Sultanah Kalsom Abdullah pada tahun 1992. Baginda merupakan satu-satunya suri Sultan yang memegang gelaran Sultanah Pahang.
KELANTAN DARUL NAIM:
Pada kurun ke 19, gelaran suri Sultan Kelantan adalah Tengku Ampuan. Gelaran ini dikurniakan kepada DYMM Tengku Ampuan Batoh Binti Tuan Long Yusuf. Pada 1877, gelaran baginda ditukar menjadi Sultanah. Gelaran Tengku Ampuan Kelantan terus digunakan pada tahun 1890 dan dikurniakan kepada DYMM Tengku Ampuan Sofiah Binti Tengku Putih (1890-1891). Pada tahun 1900, gelaran Sultanah Kelantan dikurniakan kepada DYMM Sultanah Zainab Binti Muhammad Amin (1900-1920). Pada 1944, gelaran Raja Perempuan Kelantan dikurniakan kepada Suri Sultan Kelantan yang berdarah raja. DYMM Raja Perempuan Zainab Binti Tengku Zainal Abidin merupakan suri Sultan Kelantan pertama menggunakan gelaran Raja Perempuan. Selepas itu, gelaran Raja Perempuan digunakan oleh DYMM Raja Perempuan Zainab II Binti Tengku Muhammad Petra (1960-1979) dan DYMM Raja Perempuan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid (1979-2010). Gelaran Raja Perempuan Kelantan kosong bermula tahun 2010 hingga sekarang kerana KDYMM Sultan Muhammad V tidak mempunyai isteri.
TERENGGANU DARUL IMAN:
Pada awal abad ke-19, suri Sultan Terengganu dikurniakan gelaran Tengku Besar Perempuan. Gelaran ini dikurniakan kepada DYMM Tengku Besar Perempuan Tengku Putri Almarhum Sultan Mahmud Alam Shah (1808-1830). Pada tahun 1830, gelaran tersebut ditukar kepada Tengku Ampuan Besar, gelaran bagi suri Sultan Terengganu yang berdarah raja. Gelaran ini pertama kali dikurniakan kepada DYMM Tengku Sulong Binti Tengku Muhammad (1830-1837). Seramai orang suri Sultan Terengganu dikurniakan gelaran Tengku Ampuan Besar termasuklah DYMM Tengku Ampuan Besar Kulsum Binti Almarhum Sultan Muhammad Muazzam Shah (1876-1881), DYMM Tengku Ampuan Besar Mariam Almarhum Sultan Sir Ahmad Muazzam Shah (1920-1942), DYMM Tengku Ampuan Besar Ainon Jamil Almarhum Sultan Sir Abu Bakar (1942-1945), KDYMM Tengku Ampuan Besar Intan Zaharah Almarhum Tengku Omar (1945-1979), dan KDYMM Tengku Ampuan Besar Bariah Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah (1979-1998). Pada tahun 1918, suri Almarhum Sultan Muhammad II Muazzam Shah, DYMM Tengku Ngah Aishah Binti Almarhum Sultan Abdul Rahman Lingga dikurniakan gelaran Sultanah Terengganu. Gelaran Sultanah Terengganu ini kemudiannya dikurniakan kepada suri Sultan Terengganu dari golongan kebanyakan iaitu KDYMM Sultanah Nur Zahirah (1998-sekarang). Sultanah Nur Zahirah pada awalnya dikurniakan gelaran Permaisuri Terengganu pada tahun 1998 dan kemudiannya ditukar kepada Sultanah Terengganu pada tahun 2006.
Sepatutnya gelaran untuk Permaisuri Negeri Sembilan dari golongan kebanyakan adalah Che Ampuan Besar tetapi telah disepakati bahawa gelaran Tengku Permaisuri Lebih sesuai digunakan.
ReplyDeletejUST NICE STORY FROM UR BLOG.. !!!
ReplyDeletethanks.. baru lagi..hehe :)
ReplyDeleteMacam Terengganu pulak, gelaran untuk dari golongan kebanyakan asalnya Permaisuri Terengganu, tp telah di tukar kepada Sultanah Terengganu pada tahun 2006.
ReplyDeleteRawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat
ReplyDelete-tunang/kekasih berpaling hati
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pemikat
-buka aura
-santau sum power
-pelaris dalam galian
-santau angin
-santau tepuk bantal
-santau patung
-santau Siam
-santau di Kedah
-ilmu pengasih
-ilmu penunduk
-buka aura
Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...
WhatsApp +62 822 4631 1483
Kenapa dibeza2kan gelaran untuk suri Sultan sama ada yg berdarah Raja atau orang kebanyakkan? Sedangkan dua2 nak lahirkan pewaris takhta
ReplyDeleteSupaya senang rakyat tahu yang mana dari keturunan raja dan yang mana dari orang kebanyakkan. Contoh kalau di pahang menggunakan Tengku Ampuan untuk suri Duli Tuanku yang anakanda raja dan Sultanah untuk orang kebanyakkan.
DeleteSaya baca banyak blog & tulisan online menamakan Tun Fatimah sebagai Permaisuri Johor pertama (Permaisuri Tun Kudu), tapi tak tahu mana datang maklumat ni. Ada tak maklumat tentang ni?
ReplyDeleteAda jgk maklumat mcm ni. Tp dalam sejarah,keluarga tun fatimah semuanya dibunuh kecuali tun fatimah dan dipercayai tun fatimah telah berundur ke johor untuk berlindung.
DeleteMinda rakyat.... Cerita kita. 80 menjadi petala. Saya dari melaka.. Cerita fenomena.. Hancur alam semesta. Rasulullah.besabda] ya.-allah...ya.-tuhanku.ya-rasullulah.
ReplyDeleteSiapa tahu. 1982.1983.1984.(50.50.50)
ReplyDelete