Assalamualaikum.Lama rasanya saya tidak update blog ini.Alhamdulillah,sekarang saya kembali berkesempatan untuk menyambung kisah Warisan Permaisuri Melayu.Tentu anda tertanya-tanya mengapa saya membuat entry tentang Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia ini? Dan apa kena mengena LKPIM dengan Permaisuri di negara kita.Sebenarnya banyak kaitan LKPIM dengan Permaisuri Melayu.Ini kerana kebanyakan Permaisuri terlibat secara aktif di dalam Pertubuhan Kebajikan ini.LKPIM juga ditubuhkan oleh Permaisuri Melayu dan kerja kebajikan yang dilakukan bukanlah sedikit.Ia diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang bersusur galur daripada Permaisuri Melayu.
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) ditubuhkan pada tanggal 17 Oktober 1961.Persatuan ini ditubuhkan atas rasa keperihatinan dan keinsafan Yang Maha Mulia Tuanku Puan Besar Kursiah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin terhadap penderitaan dan kesengsaraan kaum wanita dalam menghadapi kemelut rumah tangga terutama mereka yang tinggal di luar bandar.
Di awal penubuhannya,LKPIM dianggotai oleh 7 orang sahabat Tuanku Puan Besar Kursiah dan YMM Tuanku memegang jawatan sebagai Yang Dipertua.Anggota lain terdiri daripada Almarhum Tunku Asiah,Puan Sri Dato' Puteh Mariah Binti Ibrahim Rashid,Che Tom Khir Johari,Fatimah Musa,Puan Aminah Bahaman dan Nyonya Razif yang merupakan isteri kepada Duta Indonesia ke Malaysia ketika itu.
Apabila baginda ditabalkan menjadi Raja Permaisuri Agong yang pertama
pada 27 Ogos 1957, baginda berjaya mengumpulkan beberapa orang wanita di ibu
kota untuk membincangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan wanita-wanita
Islam dan mencari jalan untuk mengatasinya.
Nyonya Razif (isteri Duta Indonesia ke Malaysia ketika itu) yang
berpengalaman mengenai persatuan-persatuan kebajikan wanita di Indonesia dengan
sukarela memberi petunjuk dan pandangan tentang cara-cara menubuhkan sebuah
persatuan kebajikan untuk wanita-wanita di Malaysia. Dengan galakan dan
usaha inilah maka LKPIM ditaja pada 1 April 1960 di Istana Negara.
Malangnya penubuhan LKPIM terbengkalai hampir setahun kerana
kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul Rahman.LKPIM kembali
aktif terutama setelah diluluskan pendaftarannya pada 17 Oktober 1961.
Penubuhan ini sekarang dikenali sebagai Lembaga Kebajikan Perempuan Islam
Malaysia dengan keahlian seramai hampir 20,000 orang. Ianya mempunyai 14
Perhubungan Negeri di seluruh negara dengan satu cawangan di Tawau.Sehingga kini,LKPIM mempunyai 3 orang Yang Dipertua sepanjang penubuhannya.Mereka ialah YMM Tuanku Puan Besar Kursiah yang berkhidmat bermula 1961-1999,YMM Tengku Budriah yang berkhidmat pada tahun 1999-2008 dan Yang Dipertua yang terbaru iaitu YMM Tuanku Najihah yang merupakan adinda kepada Tuanku Puan Besar Kursiah.