Anda Pengunjung Ke :

Saturday, 28 October 2017

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara Berangkat ke Persemadian Raja Bhumibol.

 

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah selaku Timbalan Yang Di-Pertuan Agong serta DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berangkat ke Thailand untuk mewakili KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V untuk menghadiri Upacara Persemadian Diraja Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat pada 13 Oktober 2016. Upacara Persemadian DiRaja ini berlangsung selama lima hari bermula pada hari Rabu, 25 Oktober 2017. Pembakaran jasad Mendiang Raja Bhumibol diadakan pada hari Khamis 26 Oktober 2017. 

 

Selain Sultan Nazrin dan Tuanku Zara, tetamu diraja yang berangkat ialah Raja Bhutan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Permaisuri Ashi Jetsun Pema Wangchuck, Putera Akishino dari Jepun, Raja Letsie III (Lesotho), Raja Tupou VI (Tonga), Permaisuri Mathilde (Belgium), Permaisuri Sofia (Sepanyol), Putera Mahkota Frederik (Denmark), Putera Mahkota Haakon Magnus (Norway) dan Putera Andrew Duke of York (United Kingdom). Antara pemimpin asing dan Ketua Negara yang menghadiri upacara bersejarah ini termasuk Halimah Yaacob (Singapura), Sir Peter Cosgrove (Australia), Hun Sen (Kemboja), James M.Mattis (Amerika Syarikat), Bounnhang Vorachith (Laos) dan Alan Peter S.Cayetano (Filipina).


Kerajaan Thai menganggarkan lebih 250,000 orang berhimpun berhampiran Grand Palace dan Sanam Luang yang merupakan kawasan istiadat untuk menyaksikan Upacara Persemadian Diraja itu.Acara bersejarah ini bermula pada Rabu petang dengan upacara membuat merit diraja sebagai persediaan untuk membawa Bekas Abu Mayat Diraja ke Krematorium Diraja di kawasan istiadat Sanam Luang Upacara pembakaran jasad diadakan pada Khamis mulai jam 7 pagi (waktu tempatan) dengan perarakan membawa Bekas Abu Mayat Diraja dari Grand Palace ke kawasan istiadat Sanam Luang. Pembakaran sebenar jasad bermula pada 10 malam (waktu tempatan).


Khamis diisytiharkan sebagai cuti umum di Thailand untuk membolehkan rakyat yang berkabung menghadiri upacara itu manakala kedai dan pusat hiburan juga dijangka tidak beroperasi pada berkenaan. Upacara Persemadian Diraja akan bersambung pada Jumaat serta Sabtu dan selesai pada Ahad, 29 Okt apabila Abu Diraja dipindahkan untuk bersemadi di dua kuil, Wat Rajabopidh dan Wat Bovoranives. Penamat Upacara Persemadian Diraja itu juga menandakan berakhirnya tempoh berkabung selama setahun di Thailand.


Sunday, 15 October 2017

Penampilan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Permaisuri di Brunei.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
 Sultan Muhammad V.


Seri Paduka bersama Sultan Selangor di meja utama.

Seri Paduka bersama Sultan Terengganu.

Seri Paduka berbual dengan Raja Muda Perlis sambil diperhati oleh Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Seri Paduka berbual bersama Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Seri Paduka bersama Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Nazrin dan Tuanku Zara Salim.

Seri Paduka mengaminkan doa bersama Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Norashikin, Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah.

Seri Paduka duduk bersebelahan dengan Presiden Republik Filipina Rodrigo Duterte.

Keberangkatan Seri Paduka bersama tetamu yang lain. Turut kelihatan dihapadan baginda Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor, Sultan Perak berjalan sebelah baginda dan dibelakang baginda Raja Permaisuri Perak dan Pemangku Raja Pahang.

Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang Di-Pertuan Agong
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.

Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
Tuanku Zara Salim.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara bersama Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Raja Zarith Sofiah.

Tiga orang Raja Melayu, Sultan Terengganu, Sultan Selangor dan Sultan Perak,

Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara duduk bersebelah dengan Permaisuri Johor dan Sultan Johor.

Baginda berdua mengaminkan doa.

Baginda berdua dengan Presiden Filipina.


Keberangkatan masuk ke meja santapan utama.


Baginda berdua duduk di meja santapan utama.

Baginda berdua bersama Raja Zarith Sofiah.


Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Darul Ehsan
Tengku Permaisuri Norashikin Binti Abdul Rahman.

Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Norashikin berbual dengan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah.

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor duduk bersebelahan dengan Sultan dan Sultanah Terengganu.

Sultan Sharafuddin bersalaman dengan Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal  Bolkiah sambil tersenyum kepada Paduka Seri Baginda Raja Isteri.

Baginda berdua di meja santapan utama/

Tengku Permaisuri Norashikin mencium tangan Paduka Seri Baginda Raja Isteri.

Tengku Permaisuri Norashikin mengaminkan doa.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman
Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Darul Iman
Sultanah Nur Zahirah.

Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah.

Sultanah Nur Zahirah bersama Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

Baginda berdua di meja santapan utama.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Darul Ta'zim
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Darul Ta'zim
Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah

Keberangkatan tiba Sultan dan Permaisuri Johor ke meja santapan utama.

Sultan Ibrahim dan isteri Presiden Indonesia, Ibu Iriana Joko Widodo.


Baginda berdua di meja santapan utama.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Darul Makmur
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mus'tain Billah.

Keberangkatan tiba Tengku Abdullah di meja santapan utama.

Berbual dengan Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah sambil diperhatikan oleh Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Tuanku Zara Salim.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizzuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis
Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Binti Dato' Khalil.

Tuanku Syed Faizzuddin bersalaman dengan Pengiran Muda Mohammaed Bolkiah.

Tuanku Syed Faizzuddin dan Tuanku Lailatul di meja santapan utama.


Baginda berdua mengaminkan doa.

Tuanku Syed Faizzuddin dan Tuanku Lailatul bersama Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Sultan Ibrahim.

Thursday, 12 October 2017

Istiadat Santapan Malam Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke- 274.


Sempena memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-274, Istiadat Santapan Malam diadakan di Dewan Santapan Utama Istana Negara, Jalan Duta Kuala Lumpur. Berangkat mencemar duli ialah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Berangkat sama ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga merupakan Pengerusi Mesyuarat dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah yang merupakan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Sultan Sallehuddin dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Sultanah Maliha. Turut berangkat Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra. 


Turut hadir Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Majimor, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Zurina Kassim, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Norlidah dan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Ragad Khurdi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor serta Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri- Menteri Kabinet dan juga Menteri-Menteri Besar turut hadir.

DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berbual bersama DYMM Tuanku Zara Salim.

YMM Tengku Fa-iz Petra mencium tangan KDYMM Sultan Sallehuddin.

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak bersama suri masing-masing.

YMM Tengku Fa-iz Petra menunjukkan sesuatu didalam telefon bimbit baginda kepada KDYMM Sultanah Maliha.

Sultan Selangor, Sultan Perak dan Sultan Kedah



Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertua Negeri di Bilik Seri Maharaja.


Perbualan diantara tiga orang permaisuri.


Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...