Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 29 November 2015

Istiadat Pemakaman DYTM Raja Muda Kedah.

Almarhum D.Y.T.M. Raja Muda Kedah Darul Aman 
Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah,

D.K., D.K.H., D.M.K., D.K.(Terengganu), D.K.II(Selangor), S.P.M.K., S.P.C.M., S.P.M.J., P.S.B.
( 24 September 1929 - 29 November 2015 ).
AL FATIHAH.


Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik yang mangkat semalam telah selamat dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star Kedah. Istiadat pemakaman selesai kira-kira pukul 6 petang. Sebelum dimakamkan, jenazah Almarhum dibawa melalui Lebuhraya Darul Aman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Jalan Langgar dan seterusnya ke Makam DiRaja Langgar. Berangkat ke Istiadat Pemakaman baginda ialah YTM Tunku Salehuddin dan isteri YTM Tengku Maliha, YTM Tunku Abdul Hamid Thani dan isteri, YTM Tunku Intan Safinaz, DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain dan DYAM Tunku Soraya, TYT Tun Abdul Rahman Abbas serta kerabat diraja Kedah.

Baginda mangkat lebih kurang dua bulan selepas kemangkatan isteri baginda dan kurang sebulan selepas kemangkatan kekanda baginda Almarhum Tunku Hamidah. Sebelum dimakamkan, jenazah baginda diziarahi oleh kekanda baginda, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah. Bersempena kemangkatan baginda, bendera negeri dikibarkan separuh tiang selama 3 hari dan istiadat perkabungan selamat 7 hari sehingga Sabtu depan.

Merafak sembah takziah kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta seluruh kerabat diraja Kedah di atas kemangkatan D.Y.T.M Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah. AL FATIHAH.

Jenazah baginda disolatkan di Istana Anak Bukit.

Tuanku Abdul Halim memberikan penghormatan terakhir kepada adinda baginda.


Tun Abdul Rahman menyiram air mawar ke makan Tunku Abdul Malik.

YTM Tunku Salehuddin menyiram air mawar ke makam kekandanya.




YTM Tunku Abdul Hamid Thani.

DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain.

Tunku Intan Safinaz menyempurnakan istiadat menyiram air mawar.


sumber : fb putra kola dan astro awani.

Istiadat Penghormatan Terakhir Untuk Tunku Abdul Malik.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah bersama kerabat diraja memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Abdul Malik.


Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah memberi penghormatan terakhir kepada adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah. Turut berangkat Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Tunku Abdul Malik yang merupakan Raja Muda Kedah mangkat pada pukul 1.00 pagi, 29 November 2015 ketika berusia 86 tahun.

Istiadat Penghormatan Terakhir diadakan pada pukul 1.30 hingga 2.30 petang untuk rakyat jelata. Manakala untuk tetamu kehormat pula bermula pukul 2.30 hingga 3.30 petang. Jenazah Almarhum Tunku Abdul Malik disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit di atas peterana tiga tingkat. Turut menziarahi jenazah Almarhum adalah Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansur. 

Turut berangkat memberikan penghormatan terakhir adalah DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzuddin serta adinda YAM Dato' Seri Sharifah Fazira, Pengerusi Pemangku Jemaah Sultan Kedah Tunku Salehuddin Sultan Badlishah, DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain dan DYAM Tunku Soraya, YTM Tunku Intan Safinaz, para kerabat DiRaja Kedah serta Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir. 

Sebelum itu, berita kemangkatan Tunku Abdul Malik diisytiharkan oleh Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Kerajaan negeri mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang selama tiga hari dan tempoh perkabungan selama tujuh hari. Selepas selesai acara memberi penghormatan terakhir, jenazah Almarhum  dibawa dengan pedati khas melalui Lebuhraya Darulaman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Langgar menuju Makam Diraja Langgar untuk dimakam. Terdahulu solat jenazah diimamkan Timbalan Mufti Kedah Syeikh Marwazi Dziyauddin.

 
Tuanku Abdul Halim mengesatkan air mata baginda.

Dato' Seri Mukhriz, Tunku Salehuddin, Tunku Intan, Tengku Maliha, Dato' Seri Najib dan Tuanku Abdul Halim.

Jenazah Almarhum disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit.

Raja Iskandar Dzulkarnain, Tunku Intan, Tunku Abdul Hamid, Mukhriz, Najib, Tunku Salehuddin, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah.

Raja Muda Perlis dan adinda menziarahi Almarhum.




DYTM Raja Muda Kedah Mangkat.


Bismillahirrahmarnirrahim. Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah mangkat d Hospital Sultanah Bahiyah, kira-kira pukul 1 pagi, 29 November 2015. Baginda berusia 86 tahun. Baginda mangkat akibat kegeringan dan sakit tua. Tunku Abdul Malik merupakan adinda kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan menjadi Raja Muda Kedah bermula tahun 1981. Baginda mangkat lebih kurang 2 bulan selepas kemangkatan isteri baginda Almarhum Tengku Hajah Raudzah mangkat.

Jenazah baginda diletakkan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Star dan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar selepas solat Asar. Bendera separuh tiang akan dikibarkan selama tiga hari dan negeri Kedah akan berkabung selama 7 hari sehingga Sabtu ini. 

AL FATIHAH

buat

DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU RAJA MUDA KEDAH DARUL AMAN,
TUNKU HAJI ABDUL MALIK IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,
D.K., D.K.H., D.K.(Terengganu), D.K.II(Selangor), D.A.(Sarawak), S.P.M.K., S.P.C.M., S.P.M.J., P.S.B.


Friday, 27 November 2015

Penganugerahan Darjah Kebesaran Sempena Keputeraan Sultan Perak ke-59.


Tarikh 27 November merupakan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Sempena sambutan keputeraan Sultan Perak yang pertama kali disambut selepas pertabalan baginda sebagai Sultan, seramai 702 orang menerima darjah kebesaran,bintang dan pingat negeri Perak.

Sultan Nazrin menganugerahkan S.P.S.N. kepada Ahmad Zahid.

Pada penganugerahan kali ini, satu darjah kebesaran baru diperkenalkan. Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (S.P.S.N.) dikurniakan kepada YAB Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi. Darjah kebesaran ini membawa gelaran Dato' Seri Diraja. 

Selain itu, Paduka Seri Sultan Nazrin juga berkenan memberi penganugerahan secara Anumerta kepada 6 orang penerima Anugerah ini diberikan kepada penerima yang telah meninggal dunia. 

Senarai penerima Anumerta :

DARJAH SERI PADUKA CURA SI MANJA KINI (S.P.C.M.) : DATO' SERI.
i)  Yang Di-Pertua UMNO yang pertama Allahyarham Dato' Seri Sir Onn Jaafar 
ii) Bekas Menteri Besar Perak Allahyarham Datuk Panglima Bukit Gantang Dato' Seri Abdul Wahab Bin Toh Muda Abdul Aziz .

DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA PERAK (S.P.M.P.) : DATO' SERI
 i) Pemimpin Kesatuan Melayu Muda Allahyarham Dato' Seri Dr Burhanuddin Helmy 
ii) Pengasas Persatuan Pelajar Melayu Insaf Allahyarham Dato' Seri Aminuddin Baki. 

DARJAH SERI PANGLIMA TAMING SARI (S.PT.S.) : DATO' SERI PANGLIMA
Bekas Ketua Polis Perak, Mendiang Tan Sri Dato' Seri Panglima Khoo Chong Kong.

DARJAH DATO' PADUKA MAHKOTA PERAK (D.P.M.P.) : DATO'
Mendiang Dato' Kevin Morais, Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S.P.R.M.). 

Sunday, 22 November 2015

Hari Keputeraan Sultan Johor.

MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA 



 Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
 D.K.,D.M.N.,D.K.(Perak),D.K.(Kelantan),D.K.(Perlis),D.K.(Selangor),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Terengganu),D.K.M.B.(Brunei),S.P.M.J.,S.S.I.J.,S.P.M.T.,S.M.N.,S.P.M.K.,S.P.M.P.,P.I.S.

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN BAGI NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM DAN JAJAHAN TAKLUKNYA 

SEMPENA

HARI KEPUTERAAN YANG KE-57
PADA 22 NOVEMBER 2015 BERSAMAAN 10 SAFAR 1437 HIJRAH.

SEMOGA ALLAH S.W.T. MELANJUTKAN USIA DULI YANG MAHA MULIA TUANKU.

DAULAT TUANKU.

Sembah Takzim Daripada :

Amirul Izwan Bin Lehuddin
Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU
www.warisanpermaisuri.blogspot.com 

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Wednesday, 18 November 2015

Puteri-Puteri Yang Di Pertuan Agong..

PUTERI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG PERTAMA ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN TUANKU MUHAMMAD.



 Dari kiri : Tunku Sheilah, Sultanah Bahiyah dan Tunku Shahariah.

1. Y.A.M. Tunku Aida Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman. (27 Mei 1920- 29 Mei 1937).

2. Y.A.M. Tunku Sheilah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman,D.K.Y.R.,J.M.N.,P.J.K. (2 Mei 1924).

3. K.D.Y.M.M. Sultanah Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman, D.K., D.M.N., D.K.H. (24 Ogos 1930- 26 Ogos 2003).
- KDYMM Sultanah Kedah Darul Aman (1958-2003)
- Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-5 (1970-1975)

4. Y.A.M. Tunku Hajah Shahariah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman, D.K.II, D.K.Y.R.,
P.I.S. ( 8 April 1932 ).
- YAM Isteri Tunku Mahkota Johor (1961-1981)
- YAM Isteri Tunku Bendahara Johor (1981-1989).


5. Y.A.M. Tunku Noraida Zakiah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman (6 Disember 1950).

PUTERI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG KEDUA SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH ALHAJ

                          Dari kiri : Tengku Raudzah, Tengku Ampuan Bariah dan Tengku Taksiah.

1. D.Y.T.M Tengku Hajah Raudzah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al Haj, D.K.,D.K.II(Selangor),S.S.D.K.,S.P.M.K. (29 September 1929- 21 September 2015).
- DYTM Raja Puan Muda Kedah Darul Aman (1981-2015).

2. Y.M.M. Tengku Ampuan Hajah Bariah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, D.K.,D.K.(Selangor),S.S.M.T.,S.P.M.T. (31 Ogos 1933- 21 Mac 2011 ).
- YMM Tengku Ampuan Terengganu Darul Iman (1998-2011)
- KDYMM Tengku Ampuan Besar Terengganu Darul Iman (1979-1998)
- YTM Tengku Puan Muda Terengganu Darul Iman (1954-1979)

3. Y.A.M Tengku Taksiah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.


PUTERI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KETIGA TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL.


1. Y.A.M. Dato' Seri DiRaja Hajah Sharifah Salwa Binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, S.S.P.J.,S.P.M.P. (27 Februari 1942- 4 Mei 2016).
- YAM Tengku Puteri Utama Perlis.

2. Y.A.M. Dato' Seri DiRaja Sharifah Jalaina Binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,S.S.P.J.,D.S.P.J. (3 Mac 1946).

3. Y.A.M. Dato' Seri DiRaja Sharifah Azwan Binti Almarhum Tuanku Syed Putra     Jamalullail, S.S.P.J.(14 April 1947).
- YAM Tengku Puan Laksamana Kelantan Darul Naim.

4. Y.A.M. Dato' Seri Sharifah Junetta Binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, S.P.M.P. (17 Jun 1948).

5. Y.A.M. Dato' Seri Sharifah Endah Binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, S.P.M.P. (19 Julai 1953).

6. Y.A.M. Dato' Seri Sharifah Melanie Binti Almarhum Syed Putra Jamalullail, S.P.M.P. (30 Januari 1968).

YANG DIPERTUAN AGONG KEEMPAT TUANKU ISMAIL NASIRUDDIN SHAH.

1. Y.A.M. Tengku Wok Fatimah Sabariah Binti Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin.
2. Y.A.M. Tengku Zaharah Putri Binti Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin. (Oktober 1927)
3. Y.A.M. Tengku Zaleha Putri Binti Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin
4. Y.A.M. Tengku Noor Azia Iman Putri Binti Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin (1934).
5. Y.A.M. Tengku Zainah Putri Binti Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin (1935).
6. Y.A.M. Tengku Maria Norshiah Putri Binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin (1 Jun 1941).
7. Y.A.M. Tengku Ruqiya Binti Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin.
8. Y.A.M. Tengku Azizah Ramlah Putri Binti Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin .

YANG DI PERTUAN AGONG KEENAM TUANKU YAHYA PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN IBRAHIM.


1. Y.BM. Tengku Dato' Merjan Binti Almarhum Tuanku Yahya Petra, S.J.M.K.,D.P.M.K.
2. Y.BM. Tengku Dato' Rozan Binti Almarhum Tuanku Yahya Petra, S.J.M.K.,D.P.M.K.
3. Y.BM. Tengku Dato' Salwani Binti Almarhum Tuanku Yahya Petra, S.J.M.K.,D.P.M.K. (1944).
4. Y.A.M. Tengku Rohani Binti Almarhum Tuanku Yahya Petra.

YANG DIPERTUAN AGONG KETUJUH SULTAN HAJI AHMAD SHAH ALMUSTAIN BILLAH.
1. Y.A.M. Tengku Tan Sri Meriam Binti Sultan Haji Ahmad Shah, D.K.,S.I.M.P.,P.S.M. (1 April 1955).
2. Y.A.M. Tengku Dato' Muhaini Binti Sultan Haji Ahmad Shah, D.K.II.,S.I.M.P. (31 Oktober 1956)
3. Y.A.M. Tengku Dato' Aishah Marcella Binti Sultan Haji Ahmad Shah, D.K.II.,S.I.M.P. (13 November 1957).
4. Y.A.M. Tengku Dato' Nong Fatimah Binti Sultan Haji Ahmad Shah, D.K.II.,S.I.M.P. (4 September 1962).
5. Y.A.M. Tengku Dato' Shahariah Binti Sultan Haji Ahmad Shah, D.K.II.,S.I.M.P. (12 September 1964).

YANG DIPERTUAN AGONG KELAPAN SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL.

1. Y.A.M. Tengku Puan Panglima Selangor Darul Ehsan Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.,D.K.II.,S.J.M.K. (11 Julai 1956 ).
2. Y.A.M. Tunku Besar Zabedah Binti Almarhum Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K. ( 20 Oktober 1957 ).
3. K.D.Y.T.M. Tengku Puan Pahang Darul Makmur Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, D.K.(Pahang),D.K.(Johor),S.P.M.J. ( 5 Ogos 1960 ).
4. Y.A.M. Tunku Mariam Zahrah Binti Almarhum Sultan Iskandar. ( 4 September 1962 ).
5. Y.A.M. Tunku Norani Fatimah Binti Almarhum Sultan Iskandar ( 17 Julai 1963 ).
6. Y.A.M. Tunku Muna Najiah Binti Almarhum Sultan Iskandar,D.K.II.,S.P.M.J. ( 12 April 1973 ).
7. Y.A.M. Tunku Aminah Kalsom Maseera Marian Zahirah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar ( 6 Jun 1979 ).

YANG DIPERTUAN AGONG KESEMBILAN SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.
1. Y.A.M. Raja Dato' Seri Azureen Binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K.A.II.,S.P.C.M. ( 9 Disember 1957 ).
2. Y.A.M. Raja Dato' Seri Eleena Binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K.A.II.,S.P.C.M., (3 April 1960 ).
3. Y.A.M. Raja Dato' Seri Yong Sofia Binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K.A.II.,S.P.C.M. (24 Jun 1961 ).

YANG DIPERTUAN AGONG KESEPULUH TUANKU JA'AFAR TUANKU ABDUL RAHMAN.
1. Y.A.M. Tunku Dara Tunku Tan Sri Dato' Seri Naquiah Binti Almarhum Tuanku Ja'afar,DKYR,SPTJ,PSM,AMN,PJK. ( 26 Disember 1944 ).
2. Y.A.M. Tunku Putri Tunku Dato' Seri Puan Sri Jawahir Binti Almarhum Tuanku Ja'afar, DKYR,SPTJ. ( 27 Januari 1951 ).
3. Y.A.M. Tengku Puan Indera Setia Selangor Tunku Dato' Seri Irinah Binti Almarhum Tuanku Ja'afar, DKYR,SPTJ. ( 23 November 1957 )

YANG DIPERTUAN AGONG KESEBELAS SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH.


1. Y.M. Tengku Puteri Nur Halijah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( 1944 ).
2. Y.A.M. Tengku Puteri Sofiah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( 14 Mei 1949 ).
3. Y.A.M. Tengku Puteri Datin Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, S.P.M.S.,P.S.D. ( 20 Jun 1950 ).
4. Y.A.M Tengku Puteri Nur Halijah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( 1 Oktober 1952).
5. Y.A.M. Tengku Puteri Datin Paduka Arafiah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, DSIS (18 September 1954 ).
6. Y.A.M. Tengku Puteri Aishah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. ( 19 Ogos 1956 ).
7. Y.A.M. Tengku Puteri Nur Marina Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( 15 Oktober 1957 ).
8. Y.A.M. Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Puan Sri Datin Paduka Setia Dato' Paduka Datin Seri Diraja Nur Zehan Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, SSIS,DSSJ. ( 18 November 1958 ).

PUTERI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KEDUA BELAS TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL.


1. Y.A.M. Dato' Seri Sharifah Fazira Binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, S.P.M.P.
- YAM Tengku Puteri Mahkota Perlis.

PUTERI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA BELAS TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN.


1. Y.A.M. Tengku Nadhirah Zahrah Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, S.S.M.Z.
- YAM Tengku Puteri Utama Raja Terengganu Darul Iman.

2. Y.A.M. Tengku Fatimatuz Zahra' Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, S.S.M.Z.
- YAM Tengku Puteri Daulath Raja Terengganu Darul Iman.

PUTERI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA DAN KEEMPAT BELAS TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH .

Tunku Sarina, Tunku Intan dan Tunku Soraya.

1. Almarhum Y.T.M. Tunku Sarina Binti Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah (30 April 1960- 31 Ogos 1991).

2. D.Y.A.M. Tunku Hajah Soraya Binti Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah, D.K.A., S.H.M.S., S.S.D.K. P.S.M. (30 April 1960).
- DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan.

3. Y.T.M. Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Intan Safinaz Binti Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah, D.K.H.,D.K.Y.R.,S.H.M.S.,S.S.D.K.,P.S.M.,P.A.T. (22 Julai 1966)
- YTM Tunku Temenggong Kedah Darul Aman (2017- sekarang)
- YTM Tunku Panglima Besar Kedah Darul Aman (2009-2017).

Wednesday, 11 November 2015

Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Sultan Muhammad V.

 MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA 


KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V
D.K., D.M.N., D.K.(Selangor), D.K.(Negeri Sembilan), D.K(Johor), D.K.(Perak), D.K.(Perlis), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.


SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN BAGI NEGERI KELANTAN DARUL NAIM DAN JAJAHAN TAKLUKNYA 

SEMPENA

HARI KEPUTERAAN YANG KE-46
PADA 11 NOVEMBER 2015 BERSAMAAN 28 MUHARRAM 1437 HIJRAH.

SEMOGA ALLAH S.W.T. MELANJUTKAN USIA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU.

ALLAHU AKBAR.

Sembah Takzim Daripada :

Amirul Izwan Bin Lehuddin
Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU
www.warisanpermaisuri.blogspot.com 

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Tuesday, 10 November 2015

11 November : Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Ismail Petra.

MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA 


 Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra,
D.K., D.M.N., D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor), D.K.(Johor), D.K.(Kedah), D.K.(Perak), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.M.B.(Brunei), D.P.S.S.(Sarawak), D.P.(Sarawak), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.


AL-SULTAN KELANTAN DARUL NA'IM KE-28
PADUKA AYAHANDA AL-SULTAN KELANTAN DARUL NA'IM

SEMPENA

HARI KEPUTERAAN YANG KE-66
PADA 11 NOVEMBER 2015 BERSAMAAN 28 MUHARRAM 1437 HIJRAH.

SEMOGA ALLAH S.W.T. MELANJUTKAN USIA DULI YANG MAHA MULIA TUANKU.

DAULAT TUANKU.

Sembah Takzim Daripada :

Amirul Izwan Bin Lehuddin
Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU
www.warisanpermaisuri.blogspot.com 

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...