Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 31 January 2016

KENANGAN RAJA-RAJA : Tuanku Yahya Petra.


Siri pengkisahan KENANGAN RAJA-RAJA diteruskan dengan kisah hidup Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-6. Baginda juga merupakan Sultan Kelantan Darul Naim yang bertakhta pada tahun 1960 hingga 1979. Baginda yang dimaksudkan ialah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra
D.K., D.K.M., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K.,S.J.M.K., S.P.S.K., D.K.(Selangor), D.K.(Terengganu), D.K.(Kedah), D.K.(Brunei), D.K.(Pahang), D.K.(Perlis), D.P.(Sarawak), G.C.M.G., C.M.G., Queen Elizabeth Coronation Medal(United Kingdom).

Tuanku Yahya Petra ketika muda.

Tuanku Yahya Petra diputerakan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Yahya Petra Ibni Sultan Ibrahim Petra. Baginda diputerakan pada 10 Disember 1917 di Istana Balai Besar,Kota Bharu, Kelantan. Putera kedua daripada 26 adik beradik kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Petra Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. Bonda baginda merupakan seorang wanita berketurunan biasa bernama Yang Mulia Cik Embong Binti Daud. Ayahanda Tuanku Yahya dilantik sebagai Sultan Kelantan Darul Naim pada 21 Januari 1944 hingga kemangkatannya pada 9 Julai 1960. Takhta negeri Kelantan seterusnya diberikan kepada baginda. Ayahanda baginda mangkat pada usia 63 tahun. Manakala bonda baginda yang diberikan gelaran sebagai Che Ampuan Besar ketika Tuanku Yahya menaiki takhta, mangkat pada 31 Disember 1971 pada usia 72 tahun.

Memakai mahkota kerajaan negeri Kelantan.

Tuanku Yahya Petra dibesarkan di bawah jagaan ayahanda saudara baginda yang tidak mempunyai anak iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. Tuanku Yahya mendapat pendidikan awal di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di England pada tahun 1934. Setelah pulang ke tanah air, baginda berkhidmat dalam pelbagai jawatan didalam perkhidmatan awam negeri Kelantan bermula tahun 1941 hingga 1948. Baginda dilantik sebagai Timbalan Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bermula tahun 1941 hingga 1947. Pada 1943, baginda berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada Sultan Kelantan yang merupakan ayahanda baginda Sultan Ismail. Pada 2 April 1944, Tuanku Yahya telah dilantik sebagai Penolong Ketua Pegawai Kewangan Negeri Kelantan sehingga tahun 1945. Dan seterusnya pada 6 Februari 1945, baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah Kota Bharu sehingga tahun 1948. Seterusnya baginda menjadi Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 1 Januari 1948 hingga 31 Disember 1953. 


Pada 21 Julai 1939, Tuanku Yahya dikurniakan gelaran Tengku Temenggong Kelantan pada usia 22 tahun oleh Sultan Ismail. Baginda juga dikurniakan Darjah Kerabat (D.K.) Kelantan. Baginda seterusnya dinaikkan ke jawatan Tengku Bendahara Kelantan pada 6 Februari 1945 oleh ayahanda baginda Sultan Ibrahim yang menggantikan Sultan Ismail yang mangkat. Setelah ayahanda baginda menaiki takhta negeri Kelantan pada 1944, kekanda sulung Tuanku Yahya, YTM Tengku Indera Petra dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan. Bagaimanapun terdapat peselisihan faham di antara Tengku Indera Petra dengan ayahandanya Sultan Ibrahim sehinggakan jawatan beliau sebagai Tengku Mahkota dilucutkan pada 1 Februari 1948. 

Tuanku Yahya Petra dan ayahanda baginda Sultan Ibrahim.

Tuanku Yahya yang ketika itu bergelar Tengku Bendahara dilantik menggantikan kekanda baginda sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan pada hari yang sama. Baginda dilantik secara rasmi dalam satu istiadat yang diadakan di Istana Balai Besar pada 19 Jun 1948. Sepanjang bergelar Tengku Mahkota, baginda telah dua kali menjadi pemangku Raja. Pertamanya pada 3 hingga 30 Jun 1953 dan keduanya pada 12 Ogos hingga 12 Disember 1958. Pada 9 Julai 1960, ayahanda baginda Sultan Ibrahim mangkat. Baginda ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 10 Disember 1960 dan dimahkotakan pada 17 Julai 1961 oleh YAM Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad di Istana Balai Besar Kota Bharu. Baginda menggunakan gelaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. 

Keluarga diraja Kelantan.

Tuanku Yahya Petra mendirikan rumah tangga dengan Yang Mulia Tengku Zainab Binti Tengku Muhammad Petra pada 4 Jun 1939 di Istana Balai Besar Kota Bharu. Tengku Zainab juga merupakan kerabat diraja Kelantan. Baginda berdua berusia 22 tahun ketika berkahwin. Tengku Zainab merupakan puteri kepada Y.BM. Tengku Sri Utama Raja Tengku Muhammad Petra Ibni Tengku Idris dan YAM Tengku Kembang Petri Binti Almarhum Sultan Muhammad IV. Jadi, Tengku Zainab merupakan sepupu kepada Tuanku Yahya Petra dimana ayahanda Tuanku Yahya merupakan adik beradik kepada bonda Tengku Zainab. Tengku Zainab mendapat gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota pada 9 Ogos 1956. Setelah menaiki takhta negeri Kelantan, Tengku Zainab menggunakan gelaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan Tengku Zainab dan seterusnya Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Keenam Tengku Zainab Binti Almarhum Tengku Muhammad Petra, D.K., D.M.N., S.P.M.K.


Perkahwinan Tuanku Yahya dan Tengku Zainab dikurniakan seorang putera dan 4 puteri. Putera tunggal baginda ialah DYMM Sultan Ismail Petra. Manakala puteri-puteri baginda terdiri daripada Y.BM Tengku Puan Sri Utama Raja Tengku Dato' Merjan, Y.BM Tengku Dato' Rozan, Y.BM Tengku Dato' Salwani, dan YAM Tengku Rohani. 

Titah ucapan diraja sempena pertabalan.

Pada 21 September 1970, penggal Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-4 Tuanku Ismail Nasiruddin berakhir. Maka, Timbalan Yang-Di Pertuan Agong ketika itu, Sultan Abdul Halim menaiki takhta kerajaan persekutuan selaku Yang Di-Pertuan Agong Ke-5. Maka, diatas kekosongan jawatan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra dilantik mengisi kekosongan itu. Baginda menjadi Timbalan Yang Di-Pertuan Agong selama 5 tahun. Semasa pemilihan Yang Di-Pertuan Agong Ke-6 pada tahun 1975, sultan yang kanan iaitu Sultan Ismail Johor menolak pencalonan akibat sudah lanjut usia. Ketika itu baginda sudah berusia 81 tahun. Tuanku Yahya Petra juga pada mulanya menolak kerana mengalami serangan strok yang serius. Namun, baginda menukar fikiran dan menerima jawatan Yang Di-Pertuan Agong. Penggal 5 tahun baginda bermula 21 September 1975. Ketika itu baginda berusia 58 tahun.

Atas faktor kesihatan, Tuanku Yahya mengurangkan aktiviti baginda. Namun, baginda masih mengambil tahu hal ehwal rakyat dan negara. Setelah 4 bulan bergelar Yang Di-Pertuan Agong, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak telah meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Beliau digantikan oleh YAB Dato' Hussien Bin Onn. 

Solat di Masjid Negara sambil diiringi oleh Perdana Menteri.

Tuanku Yahya tidak sempat menghabiskan tempoh 5 tahun pemerintahan baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Baginda mangkat pada 29 Mac 1979 di Istana Negara Kuala Lumpur. Baginda mangkat akibat serangan jantung ketika tidur. Baginda ketika itu berusia 62 tahun. Baginda hanya sempat menjadi Yang Di-Pertuan Agong selama 3 tahun 6 bulan sahaja. Manakala baginda menjadi Sultan Kelantan selama 19 tahun. Jenazah baginda diletakkan di Istana Negara untuk penghormatan terakhir dan kemudian dibawa berarak melalui Parlimen untuk ke Masjid Negara. Baginda dimakamkan dengan penuh adat istiadat di Makam DiRaja Langgar, Kota Bharu. Baginda meninggalkan balu, Tengku Zainab serta seorang putera dan 4 puteri. Putera tunggal baginda, Tengku Ismail Petra menggantikan baginda sebagai Sultan Kelantan dengan bergelar Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra. Sultan Ismail memerintah Kelantan sehingga kegeringan baginda pada tahun 2010. Kini, negeri Kelantan diperintah oleh cucunda Tuanku Yahya iaitu KDYMM Sultan Muhammad V.

Ketika Kemahkotaan Sultan Kelantan pada tahun 1961.

Sebagai seorang Sultan dan Yang Di-Pertuan Agong, baginda banyak dianugerahkan darjah kebesaran dari dalam dan luar negara. Baginda menerima Darjah Kerabat Kelantan seawal usia 22 tahun. Baginda merupakan antara Sultan yang menerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran Tun. Baginda menerima S.M.N. daripada Yang Di-Pertuan Agong Pertama pada 31 Ogos 1958. Selain darjah kerabat dari negeri-negeri Melayu, baginda juga menerima Darjah Kerabat Laila Utama Brunei Darussalam pada tahun 1961. Pada tahun 1952, King George VI telah menganugerahkan baginda darjah kebesaran Companion of the Order of St Michael & St George (C.M.G.). Dan pada tahun 1972, Queen Elizabeth II telah mengaugerahi baginda dengan Knight Grand Cross of the Order of St Michael & St George (G.C.M.G.) yang membawa gelaran "Sir".

                                         

Sepanjang berkhidmat sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra banyak menaburkan jasa dan bakti untuk kemajuan negara. Sebagai menghargai pengorbanan baginda, sebuah jambatan dinamakan Jambatan Sultan Yahya Petra yang terletak di Kelantan. Bukan itu saja, sebuah bandar di Kuching Sarawak diberi nama Petra Jaya mengambil sempena nama baginda. Sebagai tanda penghormatan kepada baginda, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh baginda. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Tuanku Yahya Petra dan Almarhum Tengku Zainab dan menempatkan baginda berdua bersama orang-orang beriman.

Tuanku Yahya Petra dan Tengku Zainab ketika Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-6.

Tuanku Yahya Petra bersama Tun Abdul Razak dan Tengku Ismail Petra.

Tuanku Syed Putra mengurniakan Darjah Kerabat Perlis kepada Tuanku Yahya Petra.

Tuanku Yahya Petra selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Bersama Perdana Menteri Dato' Hussein Onn ketika sambutan Hari Kemerdekaan.

Senarai 20 Post Paling Banyak Dikunjungi Dalam Warisan Permaisuri.

20. Bakal Raja Permaisuri Perak : 12,190 kunjungan.


19. DYMM Permaisuri Johor Tuanku Zarith Sofiah Idris : 13,971 kunjungan.


18. DYMM Almarhum Sultanah Tun Aminah Ungku Ahmad : 14,715 kunjungan.


17. DYMM Sultan Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah : 14,940 kunjungan.


16. YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun : 18,059 kunjungan.


15. Istiadat Perkahwinan Diraja Kelantan dan Brunei : 18,232 kunjungan.


14. Permaisuri Bertudung : 20,478 kunjungan.


13. YAM Tunku Puan Nora Almarhum Tengku Ahmad : 21,252 kunjungan.


12. Kemunculan Semula YAM Permaisuri Hajah Siti Aishah : 22,763 kunjungan.


11. Wajah Terbaru Tunku Puan Zanariah dan Tunku Puan Nora : 23,842 kunjungan.


10. YAM Tunku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad : 25,264 kunjungan.


9. Permaisuri Bukan Dari Kalangan Wanita Melayu : 26,914 kunjungan.


8. Raja Eleena, Wanita Melayu Terkaya : 28,003 kunjungan.


7. Pengiran Anak Sarah, Lambang Wanita Moden Brunei : 29,788 kunjungan.


6. DYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom : 32,244 kunjungan.


5. Kerabat Damping : 34,412 kunjungan.


4. KDYMM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha : 34,755 kunjungan.

Saturday, 30 January 2016

32 Tahun Kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah.

DALAM KENANGAN


AL - FATIHAH..

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Idris II Al-Mutawakkil Allahahi Afifullah Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasullah,
D.K., D.M.N., D.K.(Johor), D.K.(Pahang), D.K.(Terengganu), S.P.C.M., SP.T.S., S.P.M.P., P.J.K., C.M.G.
( 12.Ogos.1924 - 31.Januari.1984 ).

Sekitar Istiadat Pemashyuran Sultan Perak ke-34, Penghormatan Terakhir dan Pemakaman Almarhum Sultan Idris Shah Pada Tahun 1984.

Sultan Perak yang baru, Sultan Azlan Shah memegang keranda Almarhum sebagai tanda penghormatan terakhir.

Balu Almarhum, Raja Perempuan Muzwin, Sultan Azlan Shah dan Tuanku Bainun.

Sultan Azlan berdiri di hapadan keranda Almarhum Sultan Idris Shah.

Raja Perempuan Muzwin disisi jenazah suami baginda.

Raja Perempuan Muzwin mencium suami baginda buat kali terakhir.

Putera bongsu Almarhum, Raja Jamil Arifin mencium jenazah Almarhum Sultan Idris.

Jenazah Almarhum diletakkan di dalam keranda.

Raja Perempuan Muzwin berpelukan dengan Sultanah Zanariah sambil diperhatikan oleh Sultanah Nora dan Raja Intan Suraya.

Dari kiri : Kekanda Sultan Idris, Raja Intan Suraya, Raja Perempuan Muzwin, Raja Puan Besar Tuanku Bainun, Raja Muda Perak Sultan Azlan Shah.

Raja Perempuan Muzwin bersama anakanda dan cucunda baginda.

Sultan Terengganu, Sultan Mahmud bersalaman dengan Raja Perempuan Muzwin.

Kerangkatan tiba Sultan Kedah Sultan Abdul Halim dan Sultanah Kedah Sultanah Bahiyah.

Raja Perlis Tuanku Syed Putra bersama Raja Muda Kedah Tunku Malik dan Raja Puan Muda Kedah Tengku Raudzah dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Sirajuddin.

Raja-Raja Melayu yang berangkat, dari kiri : Raja Puan Muda Perlis Tengku Fauziah, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Mizan, Raja Puan Muda Perlis Tengku Raudzah, Raja Perlis Tuanku Syed Putra, Sultanah Kedah Sultanah Bahiyah, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim dan Sultan Terengganu Sultan Mahmud.

Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ramli Ngah Talib.

Keluarga diraja Perak.

Sultan Azlan menandatangani watikah pelantikan sebagai Sultan Perak ke-34.


Darjah-darjah kebesaran yang diterima Almarhum.

Tunku Ibrahim bersalam dengan Sultan Azlan sambil diperhatikan oleh Raja Perempuan Muzwin, Tuanku Bainun dan Raja Intan Suraya.

Jenazah baginda diletakkan dihadapan singgahsana.

Putera Almarhum, Raja Izzuddin Iskandar.

Raja Perempuan Muzwin bersalaman dengan besan baginda Sultan Iskandar.

Sultanah Johor Sultanah Zanariah dan Sultanah Nora.

Raja Perempuan Muzwin berpelukan dengan Raja Muda Raja Azlan Shah.

Raja Azlan Shah membaca ikrar sebagai Sultan Perak ke-34. Turut kelihatan kekanda Almarhum Sultan Idris, Tengku Ampuan Fatimah, Sultan Zanariah, Sultanah Nora, dan Tunku Ibrahim Ismail.

Raja Perempuan Muzwin berbual dengan Sultan Azlan dan Tuanku Bainun.

Sultan Azlan berbual dengan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Iskandar.

Putera sulung Almarhum, Raja Izzuddin membantu memakamankan ayahanda beliau.

Raja Perempuan Muzwin menyiram air mawar di pusara suami baginda.

Sultan Azlan menyiram air mawar.

Tuanku Bainun menyiram air mawar.

Makam Almarhum Sultan Idris Shah.

sumber : Jabatan Penerangan Malaysia, Facebook Mohd. Fairul Hatim.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...