Anda Pengunjung Ke :

Saturday, 19 April 2014

Khas Sempena Keputeraan Sultan Perak.



Sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan ke 86 pada 19 April 2014, WARISAN PERMAISURI akan membawa anda menelusuri kisah kehidupan Sultan Perak ke 34 ini. Baginda yang dimaksudkan ialah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah,
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,D.K.A.,D.K.(Kelantan),D.K.(Terengganu),D.K.(Perlis),D.K.(Johor),D.K.(Selangor),D.K.(Kedah),D.K.M.B.(Brunei),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Pahang),S.S.M.,P.M.N.,P.S.M.,S.P.C.M.,S.P.T.S.,S.P.M.P.,S.I.M.P.,Hon. Knight Grand Cross(Civil Divison) of the Order of the Bath(U.K.), Knight of the Venerable Order of Saint John(United Kingdom), Bintang Adipurna 1st Class(Republic of Indonesia), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn(Thailand), Grand Order of Mugunghwa(Republic of Korea), Collar of the Japanese Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of of the Supreme Order of The Chrysanthemum(Japan), Collar of the Civil Order 1st Class(Oman), Grand Cross Special Class of the Order of Merit(Federal Republic of Germany), Order Al-Merito De Chile(Republic of Chile), Collar of the Order of Hussien Ibn Ali(Jordan), Grand Star of the Decoration of Honour for Services to the Republic of Austria, Collar of Badr Chain-Qiladah Badr Al-Kubra(Saudi Arabia), Collar of the Honour(Sudan).


Diputerakan sebagai Yang Mulia Raja Azlan Shah Ibni Raja Yussuf Izzuddin pada 19 April 1928 di Batu Gajah,Perak. Baginda merupakan putera bongsu kepada pasangan YAM Raja Bendahara Yussuf Izzuddin Ibni Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Shah dan YABhg Toh Puan Besar Hatijah Binti Dato' Dewangsa Ahmad. Sultan Azlan mempunyai seorang abang seibu sebapa dengan baginda iaitu Almarhum Raja Dato' Seri Baharum Shah. Manakalah dua lagi abang sebapa dengan baginda ialah Almarhum Raja Dihilir Raja Dato' Seri Ekram dan Almarhum Raja Dato' Seri Zairan. Sultan Azlan juga mempunyai seorang adinda perempuan iaitu YAM Raja Dato' Pok Saidatul. Sultan Azlan merupakan cucunda kepada Sultan Sir Abdul Jalil Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al Azzam Shah dan YAM Tengku Permaisuri Yong Sofia Binti Muhammad Yunus. Manakala di sebelah bonda baginda, Sultan Azlan merupakan cucunda kepada YBhg Dato' Seri Amar Diwangsa Dato' Ahmad Bin Taib dan YBhg Datin Fatimah Binti Panglima Kulop Muhammad Yusuf


Menerima pendidikan awal di Sekolah Inggeris Batu Gajah dan seterusnya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Baginda kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang undang-undang di Universiti of Nottingham,England dan memperoleh Bachelor of Law (LL.B) pada tahun 1953. Pada 23 November 1954, baginda dilantik sebagai ahli di dalam English Bar oleh The Honourable Society of Lincoln's Inn. 

Ketika istiadat Pertabalan di Balairong Seri.

Sultan Azlan pertama kali diberi gelaran raja bergelar adalah pada 19 Ogos 1962 ketika berusia 34 tahun. Ayahanda baginda melantik baginda sebagai Raja Kechil Bongsu. Tidak lama selepas itu, baginda dinaikkan kepada Raja Kecil Tengah pada 1 Mac 1963 oleh ayahanda saudara baginda Sultan Idris Shah II. Pada 1 Januari 1978, baginda dianugerahkan pula pangkat Raja Kechil Sulong. Beberapa bulan kemudian, dinaikkan pula kepada Raja Kecil Besar pada 1 Ogos 1978. Baginda dilantik sebagai Raja Muda Perak pada 1 Julai 1983 pada usia 55 tahun.

Istiadat bersiram.

Sultan Azlan mendirikan rumah tangga dengan seorang rakyat biasa yang juga seorang guru iaitu YBhg Cik Puan Bainun Binti Mohamad Ali yang berasal dari Pulau Pinang.Istiadat perkahwinan baginda diadakan pada 9 Disember 1955 ketika berusia 27 tahun. Manakala isteri baginda Cik Puan Bainun berusia 23 tahun, Istiadat perkahwinan baginda diadakan di Pulau Pinang. Perkahwinan baginda berdua dikurniakan 2 orang putera dan 3 orang puteri. Putera sulung baginda kini bergelar Raja Muda Perak iaitu DYTM Raja Dr Nazrin Shah. Manakala seorang lagi putera baginda ialah Almarhum Raja Dato' Seri Ashman Shah yang mangkat pada 30 Mac 2012. Puteri-puteri baginda pula terdiri daripada YAM Raja Dato' Seri Azureen, YAM Raja Dato' Seri Eleena dan YAM Raja Dato' Seri Yong Sofia.

Gambar kenangan bersama kekanda, anakanda, menantu dan cucunda baginda berdua.

Sultan Azlan mewarisi takhta negeri Perak Darul Ridzuan apabila DYMM Sultan Idris Shah II mangkat pada 3 Februari 1984. Ketika itu baginda baru sahaja 7 bulan bergelar Raja Muda Perak. Kekanda baginda Raja Dato' Seri Baharom menolak pewarisan takhta negeri Perak. Hal ini menjadikan Sultan Azlan satu-satunya anakanda Sultan Yussuf yang layak menjadi Sultan kerana dua orang kekanda baginda telah mangkat. Baginda pada zaman kecilnya dibesarkan diluar lingkungan istana kerana ayahanda dan bonda baginda bercerai. Maka, baginda dibesarkan oleh bonda baginda di Batu Gajah. Sultan Azlan berpengalaman luas didalam bidang perundangan sebelum bergelar Sultan. Baginda merupakan Ketua Hakim Negara dan terpaksa meletak jawatan untuk menerima takhta negeri Perak. Sultan Azlan ditabalkan sebagai Sultan Perak ke 34 pada 9 Disember 1985 dan memakai gelaran Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Manakala isteri baginda diberikan gelaran Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun. Istiadat pertabalan baginda diadakan di Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar.

Ketika mengangkat sumpah sebagai Yang DiPertuan Agong ke 9.

5 tahun selepas bergelar Sultan Perak, baginda dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 9. Maka, baginda melantik anakanda sulung baginda, Raja Dr Nazrin sebagai Pemangku Raja Perak untuk menguruskan hal ehwal negeri semasa baginda bersemayam di Kuala Lumpur. Isteri baginda, Tuanku Bainun mencipta sejarah sebagai Raja Permaisuri Agong pertama yang berasal dari orang kebanyakan. Baginda berdua melengkapkan tempoh masa 5 tahun di atas takhta persekutuan dan kembali ke negeri Perak pada tahun 1994. Baginda Sultan Azlan merupakan seorang yang aktif dalam bidang sukan terutama hoki. Selain itu, baginda juga banyak menaungi persatuan dan pertubuhan di Malaysia. Baginda dilantik sebagai Canselor Universiti Malaya bermula 8 Februari 1986 sehingga kini. Baginda telah menyambut Jubli Perak 25 Tahun pemerintahan baginda pada tahun 2009. Beberapa tahun kebelakangan ini, Sultan Azlan telah jatuh gering dan masih didalam proses penyembuhan. Sama-sama kita doakan supaya Sultan Azlan memberikan kesihatan yang baik dan melanjutkan usia Tuanku. Selamat Hari Keputeraan ke 86 Tuanku. DAULAT TUANKU!!! DAULAT TUANKU !!! DAULAT TUANKU!!!

Bersanding sempena Istiadat Perkahwinan baginda pada tahun 1955.

Bersama bonda baginda sebelum berlepas ke London.

Ketika bergelar Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.



Friday, 18 April 2014

WAJAH-WAJAH : Sultan Salahuddin dan Tengku Ampuan Rahimah.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Selangor Tengku Ampuan Rahimah Alhajjah Binti Almarhum Sultan Abdul Aziz.

Baginda berdua diarak menaiki kereta sejurus selepas Istiadat Pertabalan.

Memotong kek sempena sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Salahuddin.

Baginda berdua ketika di zaman muda.

Sempena Pertabalan baginda berdua sebagai Sultan dan Tengku Ampuan Selangor pada tahun 1961.


Semasa berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang DiPertuan Agong ke 6 di Dewan Tunku Abdul Rahman.

Bergambar kenangan bersama Queen Elizabeth II dan suami baginda Prince Philip serta Princess Anne di Istana Alam Shah.

Baginda berdua melawat kawasan tanaman padi.

Baginda berdua bersama Maharaja Jepun,Maharaja Akihito dan Maharani Jepun, Maharani Michiko semasa lawatan Maharaja dan Maharani Jepun itu ke Selangor.

Baginda berdua berada di atas singgahsana Istana Alam Shah, Klang.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...