Anda Pengunjung Ke :

Wednesday, 6 March 2013

DYMM Tuanku Fauziah Bt Almarhum Tengku Abdul Rashid..



WARISAN PERMAISURI diteruskan dengan menampilkan seorang lagi permaisuri yang sedang bertakhta.Baginda merupakan Raja Perempuan Perlis bermula tahun 2000.Merupakan kerabat diraja Kelantan dan Terengganu,baginda yang dimaksudkan ialah 
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid,
D.K.,S.S.P.J.,S.P.M.P.,D.M.N.,D.K.(Pahang),D.K.(Kelantan),S.P.M.J.,Grand Cordon Of The Royal Order(Cambodia),Grand Cordon Of The Order Of Merit(Republic Of Italy),Grand Cordon Of The Order Of The Isabella The Catholic(Spain),Grand Cordon Of The Order Of The Precious Crown,Grand Cordon Of The Order Of Sacred Treasure 2nd Class,Gold and Sillver Star(Japan),Knight Of The Royal Order Of Seraphim(Sweden).

Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Fauziah.

Diputerikan sebagai Yang Mulia Tengku Fauziah Binti Tengku Abdul Rashid pada 6 Jun 1946 di Kuala Terengganu.Baginda merupakan puteri kepada Yang Amat Mulia  Tengku Temenggong Tengku Abdul Rashid Ibni Almarhum Sultan Sulaiman dan Yang Amat Mulia Tengku Maharani Petri Binti Almarhum Sultan Ibrahim.Tuanku Fauziah merupakan cucunda kepada Sultan Terengganu dan Sultan Kelantan.Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Zainab,Kota Bharu,Kelantan.



Pada usia yang cukup muda iaitu 17 tahun,baginda telah ditunangkan kepada DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang ketika itu masih menuntut di United Kingdom pada tahun 1963.Untuk melatih baginda untuk menjadi bakal permaisuri,bakal bonda mertua baginda,Tengku Budriah Tengku Ismail telah mengajak baginda untuk tinggal di Istana Negara.Ketika itu Tengku Budriah dan Tuanku Syed Putra mendduduku takhta kerajaan Persekutuan.Ketika tinggal di Istana Negara Kuala Lumpur,baginda pulang ke Kelantan apabila perlu.Pada 15 Februari 1967,ketika usia 21 tahun,Tuanku Fauziah telah berkahwin dengan Tuanku Syed Sirajudin yang ketika itu bergelar Raja Muda Perlis.Perkahwinan baginda diadakan di Kota Bharu Kelantan.Baginda telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) oleh ayahanda mertua baginda.Pada 30 April 1968,pada usia 22 tahun,baginda dilantik sebagai DYTM Raja Puan Muda Perlis.



Setelah kemangkatan Tuanku Syed Putra pada tahun 2000,suami baginda,Tuanku Syed Putra telah ditabalkan sebagai Raja Perlis.Tuanku Fauziah ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis pada 14 Julai 2000 ketika berusia 54 tahun di.Istiadat pertabalan baginda berdua diadakan di Istana Arau Perlis.Baru sahaja setahun bergelar Raja dan Raja Perempuan Perlis,pasangan diraja ini dilantik pula sebagai Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke 12 menggantikan Almarhum Sultan Salahuddin yang mangkat di atas takhta.Baginda secara rasmi bergelar Raja Permaisuri Agong pada 12 Disember 2001.Baginda bertakhta di atas takhta persekutuan sehingga 12 Disember 2006.

                                                 

Baginda dikurniakan sepasang putera dan puteri.Putera tunggal baginda ialah DYTM Tuanku Syed Faizzuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang lahir pada 30 Disember 1967.Puteri baginda pula ialah YAM Sharifah Fazira Binti Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,Tengku Puteri Mahkota yang lahir pada 5 Jun 1973.Ketika di awal perkahwinan,Tuanku Fauziah sering mengikuti suaminya yang bertugas sebagai anggota tentera.Bagaimanapun selepas 2 tahun perkahwinan,Tuanku Syed Sirajuddin mengambil keputusan kembali ke Perlis untuk menjalankan tugas sebagai Raja Muda Perlis.


Baginda dikenali sebagai seorang permaisuri yang lemah lembut.Baginda juga amat prihatin dalam hal-hal kebajikan rakyat jelata.Baginda merupakan Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula 2001 hingga 2007.Baginda juga merupakan Pengerusi Badan Kebajikan Wanita Muslim Perlis,Presiden Pandu Puteri Perlis,Timbalan Presiden Taman Asuhan Darul Farah Tengku Hajah Budriah,dan banyak lagi pertubuhan amal yang dinaungi baginda.Baginda juga pernah menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang akademik apabila dilantik sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia (U.S.M.) pada 2001.

Tuanku Fauziah merupakan antara permaisuri yang banyak menerima anugerah kebesaran dari luar negara. Antaranya ialah Order of the Precious Crown dari Maharaja Jepun pada tahun 2005.Order of the Isbaella the Catholic dari Raja Sepanyol pada tahun 2004 dan juga Royal Order of Cambodia pada tahun 2002.


Kini,baginda masih lagi bertakhta sebagai Raja Perempuan Perlis selama 13 tahun.Baginda telah pun berusia 67 tahun dan masih lagi aktif mencemar duli melawat rakyat jelata baginda.Kita doakan semoga Tuanku Fauziah diberikan kesihatan yang baik dan senantiasa diberi taufik dan hidayah oleh ALLAH SWT.

Berikut antara gambar kenangan Tuanku Fauziah :

Sebagai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke 12.
Selaku CANSELOR USM.
Tuanku Fauziah bersama Maharani Jepun Maharani Michiko.


2 comments:

  1. Salam saya berdatang sembah.. :)

    Cantik blog anda...sejuk mata memandang dan penuh dengan aura keistanaan...blog ini menjadi pujaan hati Ummi walau sekali bertandang kemari... :D

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak-banyak saudari Ummi.sokongan saudari amat saya hargai. :)

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...