Anda Pengunjung Ke :

Saturday, 14 February 2015

Kemangkatan Tunku Abdul Rahman Pada Tahun 1990..


Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah,
D.M.N.,D.K.(Johor),D.K.(Kelantan),D.K.(Perlis),D.K.(Selangor),D.K.(Terengganu).,D.K.(Kedah).,D.K.(Brunei),D.U.K.,S.P.M.S.,D.U.N.M.,S.P.M.B.,Order of Companion of Honour-C.H.(United Kingdom),Order of Australia, Grand Cross of the Order of the Crown(Belgium), Grand Cross of the Royal Order of Sahametrei(Cambodia), Grand Collar of the Order of Sikatuna(Philippines), Ramon Magsasay Award, Order of National Foundation(Republic of South Korea), Knight Grand Cross of the Order of Chula Chom Klao(Thailand), Grand Cordon of the Order of Istiqlal(Tunisia), Grand Officer of the National Order of Vietnam(South Vietnam).

Semua pembaca sudah tentu mengenali Tunku Abdul Rahman Putra, putera raja dari Kedah yang menjadi Perdana Menteri pertama negara kita. Putera berjiwa rakyat ini digelar Bapa Kemerdekaan kerana tanpa usaha beliau, belum tentu kemerdekaan milik Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Jerih perih pengorbanan Almarhum Tunku bersama para pejuang kemerdekaan harus kita hargai dengan mengekalkan kemerdekaan yang sudah kita kecapi ini.

Tanggal 8 februari 1903, lahir seorang putera kepada Sultan Kedah Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Che Manjalara. Putera yang diberi nama Tunku Abdul Rahman Putra itu merupakan putera ketujuh kepada Sultan Abdul Hamid.  Walaupun merupakan seorang putera raja, tetapi beliau berminat dengan politik negara. Atas hasil usaha beliau, Tanah Melayu berjaya mendapat kemerdekaan daripada British dan beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 hingga 1963. Kemudiannya, apabila Persekutuan Tanah Melayu ditukar menjadi Malaysia, beliau bergelar Perdana Menteri Malaysia, jawatan yang beliau pegang hingga 22 September 1970. Beliau bersara dari kabinet ketika berusia 67 tahun setelah 13 tahun menerajui kepimpinan negara. Tunku telah mangkat pada tanggal 6 Disember 1990 pada usia 87 tahun, setelah 20 tahun bersara sebagai Perdana Menteri. Kemangkatan Tunku diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Tan Sri Ahmad Sarji. Jenazah Almarhum Tunku diletakkan di Bangunan Parlimen untuk istiadat penghormatan terakhir untuk rakyat jelata. Seterusnya jenazah Almarhum Tunku diterbangkan ke Alor Star untuk dimakamkan di Makam Diraja Langgar,Kedah. Baginda telah berwasiat untuk dimakamkan bersama nenek moyang beliau di Makam Diraja Langgar sebulan sebelum kemangkatan beliau iaitu pada 5 November 1990. 

AL FATIHAH untuk ALMARHUM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ.
Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Surat wasiat yang ditandatangani oleh Almarhum Tunku supaya beliau dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

Keratan akhbar News Straits Times bertarikh 7 Disember 1990 yang memaparkan berita kemangkatan Tunku Abdul Rahman.


Dari kiri : Tun Ahmad Sarji (Bekas Ketua Setiausaha Negara), Syed Hussien Syed Abu Bakar(Menantu Almarhum), Tun Dr Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah Tunku pada pagi 7 November 1990 di kediaman Tunku di No 1, Jalan Tunku, 50480 Kuala Lumpur sebelum jenazah Tunku dibawa ke Parlimen. 

Jenazah Tunku disemayamkan di perbalaian tiga tingkat di Bangunan Parlimen. 

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun bersama Sultan Terengganu Sultan Mahmud dan Tengku Ampuan Besar Bariah memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku.

Sebahagian kaum kerabat Almarhum Tunku.

Tangisan Setiausaha Peribadi Tunku, Cheah Phee Cheok yang sedang ditenteramkan oleh kaum kerabat Tunku.


Jenazah Tunku dibawa dari bangunan Parlimen ke Jalan Raja.

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bersama ribuan rakyat mengiringi perjalanan terakhir Tunku.

Jenazah Almarhum Tunku tiba di Lapangan Terbang Sungai Besi sebelum diterbangkan ke Alor Star dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang merupakan anakanda saudara Almarhum Tunku bersama Sultanah Bahiyah menunggu ketibaan jenazah Tunku.

Pedati yang membawa jenazah Almarhum Tunku dibawa ke Makam Diraja Langgar.

Duduk dari kiri : Kekanda Tunku Abdul Rahman, Tunku Dakiah yang berusia 97 tahun ketika itu, adinda Tunku, Tunku Baharom dan Tunku Toh Puan Habsah. Turut kelihatan, balu Almarhum Tunku, Tun Sharifah Rodziah(duduk di kerusi roda) yang kelihatan uzur bersama kaum kerabat.

Puteri Almarhum Tunku, Tunku Khadijah menatap wajah ayahandanya buat kali terakhir.

11 comments:

  1. bro,hari ini baru lah kita tgk wajah 2 waris tunku abdul rahman,zaman sekarang x berpelung langsung kita kenal waris bapa merdeka kita.yg dpt kita kenali waris mb dan ....... sahaja.

    ReplyDelete
  2. al fatihah semoga roh tunku dicucurinya amin

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana menyiarkan blog post ini bro. Sebak rasanya bila saya baca wasiat akhir Tunku....

    ReplyDelete
  4. Salam Takziah.
    Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin

    ReplyDelete
  5. Semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh bapa kemerdekaan malaysia almarhum tunku abdul rahman putra al haj ibni almarhum sultan abdul hamid halim shah

    ReplyDelete
  6. Sebaknya membaca wasiat Al-marhum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa...saya pun sebak bila membacanya seolah almarhum dipinggirkan....semoga almarhum beroleh syafaat di sana atas sumbangan almarhum untuk negara dan agama tercinta...

      Delete
  7. Tunku Toh Puan Habsah (Tunku Bedah) rumah baginda dekat rumah tok nek saya. Tok nek saya Tok Penghulu di Kampung Padang Hasan, Bukit Pinang, Kepala Batas, Kedah. Tok wan saya skrg ada lagi duduk di Sungai Tiang nama Haji Fadzil bin Haji Ramli. Kalau p rumah dia cuba tgk ada crown kat BMW dia.

    Rumah Tunku Abdul Rahman dekat dengan rumah abah saya di Kampung Bukit Choras, Kota Sarang Semut, Kedah. Bukit tu org kampung panggil bukit tunku sbb atas sana ada rumah Tunku dahulu.

    Sekadar perkongsian.��

    ReplyDelete
  8. Tunku Toh Puan Habsah (Tunku Bedah) rumah baginda dekat rumah tok nek saya. Tok nek saya Tok Penghulu di Kampung Padang Hasan, Bukit Pinang, Kepala Batas, Kedah. Tok wan saya skrg ada lagi duduk di Sungai Tiang nama Haji Fadzil bin Haji Ramli. Kalau p rumah dia cuba tgk ada crown kat BMW dia.

    Rumah Tunku Abdul Rahman dekat dengan rumah abah saya di Kampung Bukit Choras, Kota Sarang Semut, Kedah. Bukit tu org kampung panggil bukit tunku sbb atas sana ada rumah Tunku dahulu.

    Sekadar perkongsian.😊

    ReplyDelete
  9. Tungku Abdul Rahman Putra al haj tempat makam nya di masjid negara😢

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...