Anda Pengunjung Ke :

Thursday 30 July 2015

Kad Raya DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Pada 14 Syawal 1436 Hijrah bersamaan 30 Julai 2015, Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU telah mendapat kurniaan kad raya daripada Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Menjunjung kasih dan Daulat Tuanku. Kad raya ini merupakan kad raya diraja ketujuh yang diterima oleh Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU daripada 7 orang Raja-Raja Melayu.



Motif Canggai Puteri yang menghiasi muka hadapan kad raya.


Gambar Istana Negeri Sembilan, Kuala Lumpur.

Tandatangan DYMM Tuanku Muhriz dan DYMM Tuanku Aishah Rohani.


Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Wednesday 29 July 2015

Kad Raya KDYMM Sultan Terengganu.

Pada 13 Syawal 1436 Hijrah bersamaan 29 Julai 2015, Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU telah mendapat kurniaan kad raya daripada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Darul Iman Sultanah Hajah Nur Zahirah. Menjunjung kasih dan Ampun Tuanku.






Potret Sultan Terengganu bersama keluarga.


Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Kad Raya Pejabat DYMM Sultan Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj berkenan megurniakan kad raya melalui pejabat baginda yang berada di Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Kad raya ini ditandatangani oleh Dato' Pengelola Bijaya Diraja kepada DYMM Sultan Selangor iaitu YBhg Dato' Zakaria Bin Abdul Rahman. Terima kasih diucapkan.




Kad raya ini dihiasi gambar Istana Alam Shah, Klang.



Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Tuesday 28 July 2015

Susunan Kekananan Permaisuri dan Isteri Yang Di Pertua Negeri.

( Dikemaskini pada 29 Julai 2015 ).

1. RAJA PERMAISURI AGONG
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun,D.M.N., D.K., D.K.H., Grand Cordon of The Order of the Precious Crown (Japan)., Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).
KDYMM Sultanah Kedah Darul Aman (sejak 2003).


2. SULTANAH PAHANG DARUL MAKMUR
Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom Binti Abdullah,D.K.
(sejak 1992).


3. SULTANAH TERENGGANU DARUL IMAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Nur Zahirah, D.K., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., D.K. (Kedah), Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).
(sejak 1998).
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ketigabelas (2006-2011).


4. RAJA PEREMPUAN PERLIS
Kebawah Duli Yang  Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, D.K., S.S.P.J., S.P.M.P, D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), Grand Croix De L’Ordre (Royal Sash) – Cambodia, Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), The Order of the Sacred Treasure, Gold and Silver Star (Japan).
(sejak 2000).
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Keduabelas (2001-2006.).

5. TENGKU AMPUAN SELANGOR DARUL EHSAN
-


6. TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Duli Yang  Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, D.K., D.P.T.J.,P.P.T.
(sejak 2008).



7. PERMAISURI JOHOR DARUL TA'ZIM
Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah,D.K.,D.K.(Perak),S.P.C.M.,S.P.M.J.
(sejak 2010).


8.RAJA PEREMPUAN KELANTAN DARUL NAIM
-
9. RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Binti Salim Davidson, D.K.,D.K.S.A., D.K.A.

(sejak 2014).

10. ISTERI KEPADA PEMANGKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
-

11. ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Hajah Majimor Binti Shariff, D.U.P.N.
(sejak 2001).



12. ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina Binti Kassim, D.U.N.M., S.I.M.P.
(sejak 2004).


13. ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Datuk R.M. Jasni, S.P.D.K.,A.D.K.
(sejak 2011).

14. ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Ragad Kurdi Taib,S.S.A.P.(Pahang).
(sejak 2014).
................................................................................................................................................................

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Kelapan.
( 1984-1989 ).
Mantan Sultanah Johor Darul Ta'zim
( 1981-2010 ).
Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Kelantan),D.K.(Kedah),D.K.(Brunei),S.S.I.J.,P.I.S.


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Kesembilan.
( 1989-1994 ).
Mantan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
( 1984-2014 ).
Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun Binti Mohamad Ali,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Selangor),D.K.A.,Grand Cordon of the Order of Precious Crown(Japan), Knight Grand Cross of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand).


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Kesepuluh.
( 1994-1999 ).
Mantan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
( 1967-2008 ).
Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Kedah),D.K.(Kelantan),S.P.T.J.,S.P.M.K.,Grand Cross of the Royal Order of Cambodia, Dame Grand Cross of the Order of Merit(Spain).


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Kesebelas.
1999-2001 ).
Mantan Tengku Permaisuri Selangor Darul Ehsan
( 1998-2001 ).
Yang Amat Mulia Permaisuri Hajah Siti Aishah Binti Abdul Rahman,
D.K.,D.M.N.,D.A.(Sarawak),Knight Grand Cross of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand).

Mantan Sultanah Johor Darul Ta'zim
( 1978-1981 ).

Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tengku Ahmad,
D.K.,S.P.M.J.,S.S.I.J.,S.P.M.K.(Kelantan).


Mantan Raja Perempuan Kelantan Darul Naim
( 1979-2010 ).

Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid,
D.K.,D.K.(Negeri Sembilan),D.K.II(Johor),D.K.(Brunei),D.K.(Selangor),D.K.(Kedah),S.P.M.K.,S.P.M.J.,S.P.M.P.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Monday 27 July 2015

KENANGAN RAJA-RAJA : Tuanku Ismail Nasiruddin Shah.



Siri pengkisahan Raja-Raja Melayu yang pernah bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong diteruskan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Keempat. KENANGAN RAJA-RAJA membawakan kisah hidup Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.P.M.T.,D.K.(Kelantan),D.K.(Selangor),D.K.(Perak),D.K.(Pahang),Knight of the Order of Rajamithrabhorn(Thailand), Collar of the Order of the Pahlavi(Iran), Grand Cordon of the Order of Chrysanthemum(Japan), Grand Cordon of the Order of Queen Sheba with Collar(Ethiopia), Merit(Special Class of the Bundesverdienstkreuz(Republic of Germany), The Grand Order of Mugunghwa(Republic of South Korea), Raja of the Order of Sikatuna(Philippines), Order of the Republic 1st Class Adipurna(Republic of Indonesia), Knight Commander of the Order of St Michael & St George(United Kingdom), King George V Silver Jubilee Medal, King George VI Coronation Medal, Queen Elizabeth II Coronation Medal.

Tuanku Ismail ketika muda.

Tuanku Ismail Nasiruddin diputerakan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Ismail Ibni Sultan Zainal Abidin III. Baginda diputerakan pada 24 Januari 1907 di Kuala Terengganu. Putera ke 5 kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Zainal Abidin III Mu'azzam Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad dan Yang Mulia Cik Maimunah Binti Abdullah. Ayahanda baginda dilantik sebagai Sultan Terengganu pada 18 Disember 1881 hingga 26 November 1918. Seterusnya takhta negeri Terengganu diberikan kepada kekanda baginda. Ayahanda Tuanku Ismail mangkat ketika Tuanku Ismail berusia 11 tahun. Manakala bonda baginda, seorang wanita berketurunan Thailand yang memeluk islam, meninggal dunia juga pada tahun 1918.

Hobi baginda adalah mengambil gambar.

Tuanku Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Terengganu dan seterusnya di Sekolah Melayu Kuala Kangsar,Perak. Baginda menyertai pentadbiran awam negeri Terengganu pada tahun 1924 sebagai Sub-Inspektor Pasukan Polis Terengganu. Ketika itu baginda baru sahaja berusia 17 tahun. Pada tahun 1929, baginda menjadi Kadet Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu. Pada tahun 1934 pula baginda menjadi Penolong Pengutip Cukai Tanah di Kuala Terengganu. Pada tahun 1935, Tuanku Ismail dilantik menjadi pengiring kepada kekanda baginda yang ketika itu merupakan Sultan Terengganu iaitu Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III yang memerintah pada tahun 1920 hingga 1942. Tuanku Ismail juga mengiringi kekanda baginda ke Istiadat Kemahkotaan Raja George VI pada 12 Mei 1937. Pada tahun 1939, baginda menjadi Penolong Pendakwa Raya Mahkamah Rayuan. Kemudiannya menjadi Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu sehingga tahun 1941. Baginda juga dilantik sebagai Pendaftar Mahkamah Tanah Kuala Terengganu. Tuanku Ismail juga bergelar Majistret Kelas Pertama pada tahun 1941. Baginda telah dilantik sebagai menteri di dalam kabinet negeri Terengganu dan seterusnya menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pengalaman baginda yang luas dalam bidang pentadbiran awam menjadikan baginda seorang yang cekap dalam menjalankan tugas.

Ketika lawatan Presiden Korea Selatan ke Malaysia.

Pada tahun 1940, Tuanku Ismail Nasiruddim dilantik sebagai Yang Amat Mulia Tengku Sri Paduka Raja oleh kekanda baginda. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat pada 25 September 1942 akibat keracunan darah. Maka, jawatan Sultan Terengganu diberikan kepada anakanda Sultan Sulaiman iaitu Tengku Ali dan diberi gelaran Sultan Ali Shah. Baginda dimashurkan oleh Pihak Pentadbiran Tentera Jepun yang ketika itu menjajah Malaya. Namun, apabila British kembali ke Malaya, pihak British tidak mahu mengiktiraf Sultan Ali sebagai Sultan Terengganu yang sah. Keengganan Sultan Ali menandatangani perjanjian Malayan Union membuatkan British bertambah tidak suka kepada Sultan Ali. Pada  5 November 1945, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengumumkan pemecatan Sultan Ali Shah sebagai Sultan Terengganu dan perlantikan Tuanku Ismail sebagai Sultan Terengganu ke 15. Baginda memakai gelaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III. Baginda ditabalkan pada 16 Disember 1945 di Istana Maziah, Kuala Terengganu dan dimahkotakan sebagai Sultan Terengganu pada 6 Jun 1949.

Ketika bergelar Sultan Terengganu bersama Tengku Ampuan Besar Terengganu.

Tuanku Ismail berkahwin sebanyak 4 kali. Kali pertama dengan Che Wan Aminah Bin Wan Cik dan dikurniakan 2 puteri iaitu YAM Tengku Wuk Sabariah Fatimah dan YAM Tengku Zaharah Putri. Kali kedua pula dengan Yang Mulia Tengku Tengah Zaharah Binti Tengku Umar dan dikurniakan 8 orang cahaya mata. Putera-puteri baginda terdiri daripada KDYMM Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah, YAM Tengku Dato' Seri Abdul Malik Shah, YAM Tengku Ibrahim Shah, YAM Tengku Abdullah Sulaiman Shah, YAM Tengku Zaleha Putri, YAM Tengku Nur Azia Iman Putri, YAM Tengku Zainah Putri, dan YAM Tengku Maria Noraishah Putri. 


Kali ketiganya baginda berkahwin dengan YM Tengku Intan Zaharah Binti Tengku Umar pada 3 April 1944. Tengku Intan Zaharah merupakan kerabat diraja Terengganu dan Singapura. Ketika itu Tengku Intan berusia 16 tahun manakala Tuanku Ismail berusia 37 tahun. Tengku Intan merupakan puteri kepada YBM Tengku Sri Setia Raja Terengganu Tengku Umar Ibni Tengku Osman dan YM Raja Zainab Binti Raja Alang Muhammad Nur. Apabila Tuanku Ismail menaiki takhta negeri Terengganu, Tengku Intan bergelar Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu dan seterusnya Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Keempat 
Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja,
D.K.,D.M.N.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,Grand Cordon of the Orders of Merit(Federal Republic of Germany), Golden Hearts of Philippines, Order of Queen Sheba(Ethiopia), Grand Cordon of the Order of the Precious Crown(Japan), the Orders of the Diplomatic Service Merit 1st Class(Republic of Korea), Order of the Pleiades 1st Class(Republic of Iran), Order of Maha Putra 1st Class(Indonesia),Order of Mugunghwa(Korea). Untuk kali keempat Tuanku Ismail berkahwin dengan Che Jarah Binti Abdullah dan dikurniakan seorang puteri. Che Jarah merupakan seorang wanita berketurunan Cina yang memeluk agama Islam. Puteri baginda ialah YAM Tengku Azizah Ramlah Putri.


Kemangkatan 2 orang Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dalam masa hanya beberapa bulan merupakan saat-saat sedih bagi negara. Peristiwa sedih ini berlaku pada tahun 1960. Takhta kerajaan persekutuan diberikan kepada Raja Perlis Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail untuk menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 3. Maka, Tuanku Ismail Nasiruddin dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertuan Agong pada 21 September 1960. Baginda menjadi Timbalan Yang Di Pertuan Agong sehingga habis penggal 5 tahun Tuanku Syed Putra sebagai Yang Di Pertuan Agong. Secara rasminya Tuanku Ismail Nasiruddin bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Keempat pada 21 September 1965. Ketika itu baginda berusia 58 tahun. 

Tuanku Ismail Nasiruddin dan Tuanku Intan Zaharah.

Semasa Tuanku Ismail menjadi Yang Di Pertuan Agong, Malaysia mulai aktif dalam membuat hubungan diplomatik dengan negara-negara luar. Tugas baginda sebagai Ketua Negara adalah menerima tetamu luar negara dan membuat lawatan rasmi ke negara-negara luar. Nama Malaysia mula dikenali di peringkat antarabangsa. Baginda adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa nama Malaysia ke luar negara. Antara pemimpin dunia yang membuat lawatan ke Malaysia ketika itu adalah Presiden Amerika Syarikat Lyndon B Johnson, Presiden German Presiden Lubke, Raja Arab Saudi Raja Faisal, Maharaja Iran Shah Reza Pahlavi, Maharaja Ethiopia Maharaja Haile Selassie, Presiden Filipina Ferdinand Marcos, Presiden Vietnam, General Burma dan ramai lagi. Baginda bekerjasama dengan YTM Tunku Abdul Rahman Putra untuk memajukan negara. Pada zaman baginda berlakunya Konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina. Satu peristiwa sedih berlaku pada zaman baginda iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Berikutan peristiwa itu, Tuanku Ismail melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970.


Semenjak tahun 1969 lagi, baginda telah menyuarakan hasrat untuk bersara dari jawatan Yang Di Pertuan Agong akibat masalah kesihatan. Namun, Tunku Abdul Rahman memujuk baginda supaya menghabiskan penggal pemerintahan baginda. Penggal baginda tamat pada 20 September 1970 dan menjadi Raja Melayu kedua menamatkan tempoh 5 tahun pemerintahan. Pada masa yang sama juga Tunku mengakhiri perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri. Tunku Abdul Rahman menyifatkan pengakhiran khidmat beliau dan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong sebagai "pengakhiran bab pertama dalam sejarah Malaysia". Jawatan Yang Di Pertuan Agong diisi oleh KDYMM Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Tuanku Ismail bersolat di Masjid Negara diiringi oleh Tunku Abdul Rahman.

Tuanku Ismail Nasiruddin kembali memerintah negeri Terengganu bermula tahun 1970. Ketika itu baginda telah pun berusia 63 tahun. Baginda menyambut Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1970. Baginda banyak dianugerahi dengan pingat dan darjah kebesaran dari dalam dan luar negara. Antaranya dari Filipina, German, Jepun, Korea Selatan. Iran, Ethiopia, dan Indonesia. Pada tahun 1951, King George VI telah menganugerahi baginda dengan darjah kebesaran Knight Commander of the Order of St Michael & St George (K.C.M.G.) yang membawa gelaran "Sir". Tuanku Ismail merupakan seorang peminat fotografi. Baginda digelar Bapa Fotografi Malaysia Moden. Banyak gambar bersejarah yang diambil oleh baginda. 


Tuanku Ismail Nasiruddin mangkat pada 20 September 1979 di Istana Badariah,Padang Seri Negara, Mukim Batu Burok, Kuala Terengganu setelah 34 tahun menjadi Sultan Terengganu. Baginda mangkat ketika berusia 72 tahun. Baginda dimakamkan penuh adat istiadat diraja di Makam Diraja Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Baginda meninggalkan balu Tuanku Intan Zaharah serta 4 putera dan 7 puteri. Putera sulung baginda menggantikan baginda sebagai Sultan Terengganu dengan bergelar KDYMM Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sultan Mahmud memerintah negeri Terengganu sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1998. Kini, negeri Terengganu diperintah oleh cucunda Tuanku Ismail iaitu KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.

Sepanjang bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Ismail banyak membawa pembaharuan kepada kemajuan negara. Peranan baginda dalam pembangunan negara pada waktu itu tidak dapat disangkal. Sebagai menghargai segala jasa dan pengorbanan baginda untuk negara kita, marilah sama-sama kita sedekahkan AL FATIHAH untuk roh Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah. Semoga Allah S.W.T. menempatkan roh Almarhum Tuanku dan Almarhum Tuanku Intan Zaharah bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Keempat.

Menerima Darjah kebesaran persekutuan daripada Tunku Abdul Rahman.

Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera.

 

Bapa Fotografi Malaysia Moden.

Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...