Anda Pengunjung Ke :
Showing posts with label Hari Keputeraan. Show all posts
Showing posts with label Hari Keputeraan. Show all posts
Thursday, 10 December 2015
Wednesday, 10 December 2014
Selamat Hari Keputeraan Sultan Selangor..
MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN UCAPAN SELAMAT KEPADA
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu),D.K.(Kelantan), D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Kedah),D.K.(Johor),S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.,Commander de la Legion d'Honneur (France).
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA
SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN YANG KE 69
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU
PADA 11 DISEMBER 2014 BERSAMAAN 18 SAFAR 1436 HIJRIAH
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU
PADA 11 DISEMBER 2014 BERSAMAAN 18 SAFAR 1436 HIJRIAH
Sembah Takzim Daripada :
Amirul Izwan Bin Lehuddin
EDITOR WARISAN PERMAISURI MELAYU
EDITOR WARISAN PERMAISURI MELAYU
www.warisanpermaisuri.blogspot
Saturday, 6 December 2014
Hari Keputeraan Sultanah Terengganu..
UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH TERENGGANU DARUL IMAN
SULTANAH HAJAH NUR ZAHIRAH,
D.K.,D.M.N.,S.S.M.Z.,S.S.M.T.,D.K.(Kedah),Knight Grand Cross-First Class of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand).
D.K.,D.M.N.,S.S.M.Z.,S.S.M.T.,D.K.(Kedah),Knight Grand Cross-First Class of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao(Thailand).
SEMPENA
HARI KEPUTERAAN YANG KE 41
KDYMM TUANKU SULTANAH TERENGGANU DARUL IMAN
PADA 7 DISEMBER 2014 BERSAMAAN 15 SAFAR 1436 HIJRAH.
KDYMM TUANKU SULTANAH TERENGGANU DARUL IMAN
PADA 7 DISEMBER 2014 BERSAMAAN 15 SAFAR 1436 HIJRAH.
Sembah Takzim Daripada :
Amirul Izwan Bin Lehuddin
Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU
www.warisanpermaisuri.blogspot.com
Editor WARISAN PERMAISURI MELAYU
www.warisanpermaisuri.blogspot.com
Saturday, 29 November 2014
Hari Keputeraan 2 Orang Sultan Kesayangan Rakyat...
HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK KE 58
27 NOVEMBER 2014
27 NOVEMBER 2014
Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Seri Sultan dan Raja Pemerintah Perak Darul RidzuanSultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-lah,
D.K.,D.K.II(Selangor),D.K.S.A.,S.P.C.M.,S.P.T.S.,S.P.M.P.(Perlis),Ph.D(Harvard), MPA(Harvard).
D.K.,D.K.II(Selangor),D.K.S.A.,S.P.C.M.,S.P.T.S.,S.P.M.P.(Perlis),Ph.D(Harvard), MPA(Harvard).
Sultan Nazrin Shah diputerakan pada 27 November 1956 di Pulau Pinang. Baginda merupakan putera sulung kepada pasangan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin dan Tuanku Bainun Binti Mohamad Ali. Baginda menaiki takhta kerajaan negeri perak pada 29 Mei 2014 sebagai Sultan Perak ke 35 menggantikan Almarhum ayahanda baginda. Ini adalah hari keputeraan baginda yang pertama sebagai Sultan Perak.
HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH KE 87
28 NOVEMBER 2014
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.M.K.,D.K.(Kelantan),D.K.(Pahang),D.K.(Selangor),D.K.(Perlis),D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Johor),D.K.(Terengganu),D.K(Perak),D.K.(Brunei),D.P.(Sarawak),D.U.N.M.,S.S.D.K.,S.H.M.S.,S.G.M.K.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,Grand Cordon of the Order of the Rising Sun(Japan), Bintang Maha Putra Adipradana(Indoensia), Order of Rammata(Thailand), Honourable Knight Grand Cross of the Order of the Bath(United Kingdom), Asso.Knight Order of St John(United Kingdom), Hon.Ph.D(UUM). Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum(Japan).
Tuanku Abdul Halim diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit Alor Star Kedah. Baginda merupakan putera kedua kepda pasangan Almarhum Sultan Kedah ke 27 Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid dan Almarhum Tunku Sofiah Binti Tunku Mahmud. Menjadi Sultan Kedah ke 28 pada 15 Julai 1958 menggantikan Almarhum ayahanda baginda. Dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 5 pada 21 September 1970 hingga 1975. Baginda dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong buat kali kedua pada 13 Disember 2011 pada usia 84 tahun sekaligus menjadikan baginda satu-satunya Raja yang menjadi Yang Di Pertuan Agong dua kali dan merupakan Yang Di Pertuan Agong tertua pernag bertakhta.
Tuesday, 14 January 2014
Khas Sempena Keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
Sempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke 66 pada 14 Januari 2014 ini, WARISAN PERMAISURI membawakan kisah tentang Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 11 ini. Gelaran penuh baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Perak),D.K.(Perlis),D.K.(Selangor),D.K.(Kedah),D.K.(Kelantan),D.K.(Johor),D.K.(Terengganu),D.K.Y.R.,P.P.T.
Istiadat bersiram.
Diputerakan sebagai Yang Mulia Tunku Muhriz Ibni Tunku Munawir pada 14 Januari 1948 di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Merupakan satu-satunya putera kepada YAM Tunku Laksamana Munawir Ibni Tuanku Abdul Rahman dan YAM Tunku Duratun Nafisah Azibah Binti Tunku Besar Burhanuddin. Tuanku Muhriz merupakan cucunda kepada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke 8 dan juga Yang DiPertuan Agong Pertama Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad. Baginda juga merupakan cucunda kepada YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Besar Burhanuddin Ibni Almarhum Tuanku Antah. Baginda merupakan anak ketiga daripada 6 adik beradik. 2 orang kekanda baginda telah mangkat iaitu YAM Tunku Umpa Munawirah dan YAM Tunku Mudziah. Manakala adinda-adinda baginda terdiri daripada YAM Tunku Datin Anne Dakhlah, YAM Tunku Deborah dan YAM Tunku Datin Deannah.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad dan Sekolah Tunku Besar di Tampin Negeri Sembilan. Seterusnya ke Sekolah King George V di Seremban Negeri Sembilan. Baginda menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Aldenham School, United Kingdom. Tuanku Muhriz seterusnya menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang dan mendapat Bachelor of Law (LLB) di University College of Wales di Aberystwyth pada tahun 1971.
Apabila nenda baginda Tuanku Abdul Rahman mangkat pada tahun 1960, ayahanda Tuanku Muhriz, Tunku Munawir dipilih sebagai Yang DiPertuan Besar. Ayahanda baginda memakai gelaran DYMM Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman manakala bonda baginda bergelar DYMM Tuanku Ampuan Durah Binti Tunku Besar Burhanuddin. Tuanku Muhriz dilantik sebagai Tunku Laksamana menggantikan ayahanda baginda pada tahun 1960 ketika berusia 12 tahun. Apabila nenda baginda Tunku Besar Burhanuddin mangkat pada tahun 1961, gelaran Tunku Besar Seri Menanti diberikan kepada baginda. Istiadat pemasyhuran baginda diadakan di Istana Besar Seri Menanti pada 7 Julai 1961.Tuanku Muhriz menjadi Tunku Besar Seri Menanti selama 47 tahun.
Ketika bergelar Tunku Besar Seri Menanti,
Tuanku Munawir mangkat pada tahun 1967 di usia 45 tahun. Pada ketika itu Tuanku Muhriz baru sahaja berusia 18 tahun. Dato'-Dato' Undang telah bersidang untuk memilih Yang Di Pertuan Besar yang baru. Putera yang empat yang berkelayakan untuk menaiki takhta Negeri Sembilan ialah Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz, Tunku Laksamana Tunku Nasir, Tunku Muda Serting Tunku Jaafar dan Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah. Undang telah bersepakat memilih Tunku Jaafar sebagai Yang DiPertuan Besar menggantikan Tuanku Munawir. Antara sebab Tuanku Muhriz tidak dipilih adalah kerana faktor usia baginda yang masih muda.
Tuanku Muhriz mendirikan rumah tangga dengan seorang puteri dari Terengganu iaitu YM Tengku Aishah Rohani Binti Tengku Besar Mahmud pada 25 April 1974 ketika berusia 26 tahun. Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Maziah Kuala Terengganu. Tengku Aishah merupakan cucunda kepada Sultan Terengganu Sultan Zainal Abidin. Perkahwinan baginda dikurniakan tiga orang putera iaitu YAM Tunku Ali Redhauddin, YAM Tunku Zain Al Abidin dan YAM Tunku Alif Hussian Saifuddin Al Amin. Anakanda sulung baginda Tunku Ali Redhauddin dikurniakan gelaran Tunku Besar Seri Menanti pada 23 Februari 2009.
Ketika Istiadat Pertabalan.
Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman yang memerintah Negeri Sembilan selama 41 tahun mengkat pada usia 86 tahun pada 27 Disember 2008. Maka bersidanglah Dato-Dato' Undang untuk memilih Yang DiPertuan Besar yang baru. Pada 29 Disember 2008, maka Undang membuat keputusan untuk memilih Tuanku Muhriz sebagai Yang DiPertuan Besar ke 11. Tuanku Muhriz yang dibesarkan diluar lingkungan protokol diraja dipilih berdasarkan kekananan baginda selaku Tunku Besar Seri Menanti. Baginda juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang korporat dan pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Bangkok Bank. Tiga lagi calon yang berkelayakan ialah Tunku Laksamana Tunku Naqiyuddin, Tunku Muda Serting Tunku Tan Sri Imran dan Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin. Baginda ditabalkan pada 26 Oktober 2009 di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti dalam upacara yang gilang gemilang. Baginda juga dilantik sebagai Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2009. Semoga Allah melanjutkan usia Tuanku Muhriz . Selamat Hari Keputeraan ke 66 Tuanku. DAULAT TUANKU !! DAULAT TUANKU !! DAULAT TUANKU !!
Almarhum Tuanku Munawir dan Almarhum Tuanku Ampuan Durah di atas singgahsana .
Bersama ayahanda dan nenda sebelum berangkat ke United Kingdom.
Keluarga DiRaja Negeri Sembilan.
Wednesday, 11 December 2013
SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE 68, DAULAT TUANKU!!!
Sempena keputeraan rasmi Sultan Selangor hari ini, WARISAN PERMAISURI akan menyingkap sedikit sebanyak kisah kehidupan Sultan Selangor ke 9, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Diputerakan pada tanggal 23 Disember 1945 di Istana Jemaah Klang sebagai Yang Mulia Tengku Idris Shah Ibni Tengku Abdul Aziz Shah. Baginda merupakan putera sulung kepada pasangan DiRaja Yang Amat Mulia Tengku Abdul Aziz Shah Ibni Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj dan Yang Amat Mulia Raja Saidatul Ihsan Binti Tengku Badar Shah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jalan Raja Muda pada tahun 1950 kemudiannya berpindah ke Sekolah St John Institution Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, baginda melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Hale School di Perth Australia. Pada tahun yang sama ayahanda baginda Tengku Abdul Aziz menaiki takhta negeri Selangor menggantikan nenda baginda yang mangkat sebagai Yang Di Pertuan Agong. Ayahanda baginda memakai gelaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Baginda diishtiharkan sebagai Raja Muda Selangor di usia 15 tahun. Baginda seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Kolej Langhurst, Surrey, Britain pada tahun 1964. Sekembalinya dari Britain, baginda menyertai bidang pentadbiran dan perkhidmatan awam. Baginda pernah berkhidmat di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Datuk Harun Idris dan juga Pejabat Daerah Kuala Lumpur serta Pejabat Polis Kuala Lumpur.
Upacara perlantikan rasmi baginda sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor diadakan di Istana Alam Shah Klang pada tahun 1970 ketika baginda berusia 25 tahun. Baginda juga dianugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.).
Baginda mendirikan rumah tangga bersama Yang Amat Mulia Raja Datin Paduka Seri Zarina Binti Raja Tan Sri Zainal pada tahun 1968 ketika berusia 23 tahun. Perkahwinan baginda dikurniakan dua orang puteri iaitu Yang Amat Mulia Tengku Zerafina Sultan Sharafuddin(1969) dan Yang Amat Mulia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah(1973). Walau bagaimanapun jodoh baginda dengan Raja Zarina tidak kekal. Baginda bercerai pada tahun 1986 setelah 18 tahun berkahwin. 2 tahun kemudian baginda bertemu jodoh pula dengan Puan Nur Lisa Idris Abdullah , seorang warga Amerika Syarikat. Perkahwinan baginda kali ini dikurniakan seorang putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang dilahirkan pada tahun 1990. Sekali lagi jodoh baginda tidak kekal. Baginda bercerai pada Jun 1997.
Sultan Sharafuddin ditauliahkan sebagai Komander Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia pada 27 Ogos 1998. Pentauliahan ini dibuat sebagai mengiktiraf kegigihan baginda mengelilingi dunia selama 644 hari bermula 4 Februari 1995 dengan menaiki kapal layar peribadi baginda yang diberi nama Jugra. Baginda juga telah mendapat sijil pengiktirafan daripada "The Malaysia Books of Records" kerana menggunakan kereta antik Ford Model B untuk mengembara sejauh 16 000 kilometer dari Peking ke Paris selama 43 hari pada tahun 1997.
Bersama bonda baginda Raja Saidatul Ihsan serta kerabat DiRaja negeri Selangor.
Baginda diishtiharkan sebagai Pemangku Sultan Selangor pada tahun 1999 apabila ayahanda baginda dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 11. Ayahanda baginda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mangkat pada 21 November 2001. Maka, Sultan Sharafuddin diishtiharkan sebagai Sultan Selangor yang ke 9 menggantikan ayahanda baginda pada 22 November 2001.Baginda menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Baginda ditabalkan dan dimahkotakan pada 9 Mac 2003 di Istana Alam Shah Klang. Baginda merupakan Kapten Yang Di Pertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Baginda juga merupakan Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sempena Pertabalan baginda pada tahun 2003.
Baginda kini berusia 68 tahun. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan dan kebahagiaan bagi DYMM Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan. Selamat Hari Keputeraan Tuanku. DAULAT TUANKU!!!
Hari Keputeraan Sultan Selangor..
DAULAT TUANKU !!!
SEMOGA ALLAH MELANJUTKAN USIA DAN PEMERINTAHAN TUANKU
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu),D.K.(Kelantan), D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Kedah),D.K.(Johor),S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.,Commander de la Legion d'Honneur (France).
D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu),D.K.(Kelantan), D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan),D.K.(Kedah),D.K.(Johor),S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.,Commander de la Legion d'Honneur (France).
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA
Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucapan Selamat
SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN YANG KE 68
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU
PADA 11 DISEMBER 2013 BERSAMAAN 8 SAFAR 1435 HIJRIAH
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU
PADA 11 DISEMBER 2013 BERSAMAAN 8 SAFAR 1435 HIJRIAH
SEMBAH TAKZIM DARIPADA
WARISANPERMAISURI.BLOGSPOT.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























