Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 19 February 2013

1980: Istiadat Penganugerahan DMN Kepada Tuanku Kurshiah..

Yang Maha Mulia Tuanku Kurshiah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin merupakan Raja Permaisuri Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu semenjak merdeka sehingga tahun 1960.Sewaktu baginda bergelar Raja Permaisuri Agong,baginda dimuliakan dengan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.).
Pada ketika itu,Yang DiPertuan Agong dikurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara dan Raja Permaisuri Agong dikurniakan S.M.N. Namun,pada tahun 1964 Darjah Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.) telah dizahirkan dan darjah kebesaran ini dikhaskan untuk Yang Di Pertuan Agong sahaja.Maka,mulai saat itu,Darjah D.M.N. telah dikurniakan untuk Raja Permaisuri Agong.Disebabkan Tuanku Kurshiah hanya bertakhta sehingga tahun 1960,maka baginda tidak dikurniakan D.M.N. sebaliknya baginda kekal menyandang Darjah S.M.N.
Tuanku Kurshiah menerima Darjah DMN daripada Sultan Haji Ahmad Shah,Yang Dipertuan Agong ke 7.

Pada tahun 1980,kerajaan persekutuan berhasrat untuk mengurniakan D.M.N. kepada Tuanku Kurshiah sebagai tanda penghormatan walaupun baginda tidak lagi bertakhta.Baginda merupakan satu-satunya permaisuri yang menerima D.M.N. selepas menuruni takhta.

Istiadat khas pengurniaan Darjah Utama Seri Mahkota Negara ini telah diadakan di Istana Tetamu,Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke 7 Sultan Haji Ahmad Shah .Turut berangkat Tuanku Kurshiah dan Raja Permaisuri Agong Tengku Ampuan Afzan Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.Turut hadir adalah Isteri Perdana Menteri ketika itu,YABhg Datin Suhailah Mohd Noah(kini Tun) dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Dato' Seri Ibrahim Engku Ngah.


Tuanku Kurshiah sedang berbual bersama Datin Suhailah.

Tuanku Kurshiah bersama Sultan Ahmad Shah.Turut kelihatan Engku Ibrahim.

Tuanku Kurshiah menerima D.M.N. ketika usia baginda berusia 69 tahun.Darjah D.M.N. ini dizahirkan oleh suami baginda sendiri,Tuanku Abdul Rahman pada 16 Ogos 1958.

Monday 18 February 2013

Tengku Ampuan Rahimah..Puteri Sultan Langkat.

Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Langkat,
D.K.,S.P.M.S.,S.S.S.A.,S.P.M.K.(Kelantan).
TENGKU AMPUAN SELANGOR DARUL EHSAN
(1961-1993).

Ayahanda :

Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Musa Al Khalid Al Muazzam Shah,
Commander Of The Order Of Orange-Nassau,Knight Of The Order Of The Netherlands Lions(Netherlands),Commander 2nd Class Of The Order Of Henry The Lion(Brunswick).

Bonda:

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Zahara Binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah.

Nenda :


Duli Yang Maha Mulia Sultan Alhaj Musa Al Khalid Al Mahadiah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah,
Sultan Langkat (1840-1893).

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Maslurah Binti Tengku Besar Desan.
Tengku Permaisuri Langkat.


Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Yang Dipertuan Muda Musa,
G.C.M.G.,K.C.M.G.,G.M.C.,K.C.V.O.
Sultan Selangor Darul Ehsan (1898-1938).

Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Maharum Binti Almarhum Tunku Ziauddin,
Tengku Ampuan Selangor Darul Ehsan.

Adik-beradik :

Yang Amat Mulia Tengku Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmad Shah.

Yang Amat Mulia Tengku Ziauddin Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmad Shah.

Yang Amat Mulia Tengku Aizah Binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmad Shah.

Yang Amat Mulia Tengku Mariam Binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmad Shah.

Anakanda :

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Nur Marina Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.



Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Nur Zehan Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj,
S.S.I.S.,D.S.P.J.


Gambar Tengku Ampuan Rahimah selaku Tengku Ampuan Selangor.




Wednesday 13 February 2013

Susunan Kekananan Permaisuri dan Isteri Yang Dipertua Negeri..


SENARAI SUSUNAN KEKANANAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG,DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA PERMAISURI,DAN ISTERI-ISTERI KEPADA TUAN-TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI.

1. DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMASURI AGONG MALAYSIA XIV.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun,
D.M.N.,D.K.,D.K.H.,Grand Cordon Of The Order Of The Precious Crown(Japan).

2. DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH PAHANG DARUL MAKMUR.

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Kalsom Abdullah,
D.K.

3. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Bainun Binti Mohamed Ali,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Selangor),D.K.A.,Grand Cordon Of The Order Of The Precious Crown(Japan),Grand Cordon Of The Order Of Chula Chom Klao(Thailand),Fellow Of Liverpool John Moores University.

4. DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH TERENGGANU DARUL IMAN.

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Kedah),S.S.M.Z.,S.S.M.T.,Grand Cordon Of The Order Of Chula Chom Klao(Thailand).

5. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PEREMPUAN PERLIS INDERA KAYANGAN.


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid,
D.K.,S.S.P.J.,S.P.M.P.,D.M.N.,D.K.(Kelantan),D.K.(Pahang),Grand Croix De L'Ordre (Royal Sash)-Cambodia,Knight Of The Royal Order Of The Seraphim(Sweden),The Order Of The Sacred Treasure,Gold and Silver Star(Japan). 

6. DULI YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN SELANGOR DARUL EHSAN.

-Kosong-

7. DULI YANG MAHA MULIA TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
D.K.,D.P.T.J.,P.P.T.

8. ISTERI DYMM SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM.


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah,
D.K.(Johor),D.K.(Perak),S.P.C.M.,S.P.M.J.

9. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PEREMPUAN KELANTAN DARUL NAIM.

-Kosong-

10. ISTERI PEMANGKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN.

-Kosong-

11. ISTERI TYT YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK.


Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah ,
D.P.,P.C.D.

12. ISTERI TYT YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG.


Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Hajah Majimor Binti Sharif,
D.U.P.N.

13. ISTERI TYT YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA.


Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Hajah Zurina Binti Kassim,
D.U.N.M.,S.I.M.P.

14. ISTERI TYT YANG DIPERTUA NEGERI SABAH.


Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Norlidah Binti Datuk RM Jasni,
S.P.D.K.,A.D.K.

15. YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN TUA TERENGGANU DARUL IMAN.


Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja,
D.K.,D.M.N.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,Grand Cordon Of The Order Of Merit(Republic Of Germany),Grand Cordon Of The Order Of Golden Hearts(Philipines),Grand Cordon Of The Order Of Queen Sheba(Ethiopia),Grand Cordon Of The Order Of The Precious Crown(Japan),The Orders Of The Diplomatic Service Merit 1st Class(Korea),Grand Cordon Of The Order Of Pleiades 1st Class(Iran),Grand Cordon Of The Order Of Mugunghwa(Korea).

16. YANG AMAT MULIA TUNKU PUAN JOHOR DARUL TAKZIM.


Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Kelantan),D.K.(Kedah),D.K.(Brunei),S.S.I.J.,S.P.M.J.,P.I.S.

17. YANG MAHA MULIA TUNKU AMPUAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.


Yang Maha Mulia Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Kedah),D.K.(Kelantan),S.P.T.J.,S.P.M.K.

18. YANG AMAT MULIA PERMAISURI SELANGOR DARUL EHSAN.

Yang Amat Mulia Permaisuri Hajah Siti Aishah Binti Abdul Rahman,
D.K.,D.M.N.,D.A.(Sarawak),Grand Cordon Of The Order Of Chula Chom Klao(Thailand).

19. YANG AMAT MULIA TUNKU PUAN JOHOR DARUL TAKZIM.


Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tengku Ahmad,
D.K.,S.P.M.J.,S.S.I.J.,S.P.M.K.(Kelantan).

20. YANG MAHA MULIA MANTAN RAJA PEREMPUAN KELANTAN DARUL NAIM.


Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid,
D.K.,D.K.(Negeri Sembilan),D.KII.(Johor),D.K.(Brunei),D.K.(Selangor),D.K.(Kedah),S.P.M.K.,S.P.M.J.,S.P.M.P.

Tuesday 12 February 2013

Biadab Terhadap Raja Permaisuri Agong.


WARISAN PERMAISURI berasa sedih apabila menerima berita tentang seorang pemuda yang menunjukkan isyarat lucah terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.


Rombongan Raja Permaisuri Agong ke Pulau Pinang.
Agak mendukacitakan apabila seorang pemuda berbangsa Cina telah menunjukkan isyarat lucah terhadap konvoi kenderaan yang dinaiki Tuanku Haminah sewaktu melalui Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang.Pemuda yang dikenali sebagai Leong Pei Koe membuat perlakuan sedemikian pada pukul 12.50 tengah hari.Seorang pengawal pengiring kepada baginda,ASP Mohd Fakharuddin Bin Abdul Hamid yang ternampak perlakuan itu segera turun dari kereta pengiring lalu mendekati pemuda itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Mohd Zin berkata pemuda itu ditahan reman selama 14 Februari ini untuk siasatan lanjut.Kes ini disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan,jika didapati bersalah akan dihukum penjara sehingga tiga bulan.Perkara sebegini  tidak seharusnya berlaku kerana institusi beraja perlu dihormati oleh semua lapisan masyrakat di negara kita. Semoga kejadian ini memberi pengajaran buat semua.

Monday 11 February 2013

Permaisuri Bukan Dari Kalangan Wanita Melayu..

Kebiasaannya seseorang Permaisuri di negara kita berketurunan Melayu dan berdarah Raja.Namun zaman sudah berubah.Raja-raja zaman kini bebas untuk memilih pasangan hidup dan menabalkan isteri baginda selaku Permaisuri.Terdapat ramai Raja Melayu yang mengahwini rakyat kebanyakan dan terdapat juga yang berumah tangga bersama wanita bukan melayu dan berasal dari negara luar.Biasanya mereka akan ditabalkan sebagai Sultanah sesebuah negeri kerana gelaran Sultanah diperuntukkan bagi Permaisuri yang bukan berdarah raja.Berikut merupakan senarai Permaisuri yang bukan dari kalangan wanita Melayu :

Sultanah Rogayah (Johor).

Baginda merupakan isteri kedua Sultan Ibrahim Al Mashur .Dilahirkan pada 4 September 1880. Bertemu jodoh bersama Sultan Ibrahim pada 1897 ketika berusia 17 tahun.Ditabalkan sebagai Sultanah Johor pada 30 Ogos 1920 ketika berusia 40 tahun dan diberikan gelaran Sultanah Rogayah.Baginda berketurunan India.Baginda mangkat pada 8 March 1926,setelah 6 tahun menjadi Sultanah Johor.Ketika itu baginda baru berusia 46 tahun.Baginda dimakamkan di Makam Abu Bakar,Bukit Mahmoodiah,Johor Bahru.Baginda mempunyai seorang putera iaitu YAM Tunku Aris Bendahara Tunku Haris Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang dilahirkan pada 17 Februari 1898.Tunku Haris mangkat di London pada 1 Mei 1956.Cucunda Sultanah Rogayah iaitu YAM Tunku Sulaiman pernah menjadi Pemangku Raja Perlis apabila Almarhum Tuanku Syed Putra menjadi Yang Dipertuan Agong ke 3 pada 1963 hingga 1965.Tunku Sulaiman merupakan suami kepada YAM Tengku Puteri Utama Perlis Sharifah Salwa Binti Almarhum Tuanku Syed Putra.

Sultanah Khadijah (Johor).

Baginda merupakan isteri keempat Sultan Abu Bakar. Baginda dilahirkan di Istanbul Turki.Nama sebenar baginda ialah Khadijah Khanum .Baginda bertemu jodoh dengan Sultan Abu Bakar 22 September 1893.Baginda ditabalkan sebagai Sultanah Johor di Istana Zahra pada 28 Februari 1894.Baginda berketurunan Circassian dan berasal dari Istanbul.Selepas kemangkatan Sultan Abu Bakar,baginda berkahwin sekali lagi dengan H.E Muhammad Kiamil Bey,Ottoman Konsul Jeneral di Batavia,Singapore dan Liverpool pada 27 Disember 1898 di Singapura.Baginda mangkat di Woodneuk,Tanglin Singapura pada 1 Februari 1904 dan dimakamkan di Makam Temenggong,Teluk Belanga.Baginda mempunyai seorang puteri iaitu YAM Tunku Fatimah Binti Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultanah Helen Ibrahim (Johor).
D.K.,S.P.M.J.

Baginda merupakan isteri kelima Sultan Ibrahim Al Mashur.Dilahirkan sebagai Helen Bartholomew pada 21 Disember 1889 di Glasgow.Baginda merupakan anak kepada John Bartholomew yang berasal dari Glasgow,Scotland bersama isterinya Catherine.Bertemu jodoh dengan Sultan Ibrahim pada 15 Oktober 1930 di usia 41 tahun.Pasangan ini berkahwin di Prince's Row Register Office London dan di Masjid Woking Surrey.Sultan Ibrahim merupakan suami kedua kepada Sultanah Helen.Dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 18 November 1931 di Istana Besar Johor Bahru.Baginda diberi gelaran DYMM Sultanah Helen Ibrahim.Sepanjang menjadi Sultanah Johor,baginda dikurniakan beberapa Darjah Kebesaran seperti Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (D.K.) Johor,Seri Paduka Mahkota Johor(S.P.M.J.),Pingat Jubli Perak dan Pingat Pertabalan Sultan Ibrahim.Sultanah Helen sebelum itu berkahwin dengan Kapten William Brockie Wilson.Sultan Ibrahim dan Sultanah Helen bercerai setelah 7 tahun berkahwin.Mereka bercerai pada 31 Disember 1937.Selepas bercerai Sultanah Helen bergelar Lady Helen Ibrahim.Baginda mangkat di usia 88 tahun di Homelands Nursing Home,Cowfold,Horsham,Sussex. 



Sultanah Marcella Ibrahim (Johor).
D.K.,S.P.M.J.,Grand Cordon Of The Order Of The Crown Of Romania.

 Baginda merupakan isteri keenam Sultan Ibrahim Al Mashur.Baginda dilahirkan pada 7 November 1915 di Austria.Nama asal baginda ialah Marcella Mendl merupakan anak kepada  Edgar Mendl dari Romania yang merupakan saudara kepada Sir Charles Ferdinand Mendl seorang pegawai Kedutaan British di Paris.Sultanah Marcella mendirikan rumah tangga bersama Sultan Ibrahim pada 6 November 1940 ketika berusia 25 tahun.Pasangan ini berkahwin di Caxton Hall Register Office London.Baginda memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Fawzia binti Abdullah.Selepas berkahwin baginda diberi gelaran Lady Marcella Ibrahim sehingga baginda ditabalkan sebagai Sultanah Johor dengan memakai gelaran DYMM Sultanah Fawzia pada 17 September 1947.Baginda secara rasminya dimahkotakan pada 17 September 1955 ketika berusia 40 tahun.Baginda merupakan Penaung Pandu Puteri negeri Johor,Sepanjang menjadi Sultanah,baginda dianugerahkan darjah keebsaran seperti Darjah Kerabat Yang Amat Dihotmati (D.K.) Johor,Seri Paduka Mahkota Johor(S.P.M.J.),dan Grand Cordon of the Order of the Crown of Romania oleh Maharaja Romania.Baginda merupakan isteri terakhir kepada Sultan Ibrahim sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1959.Sultanah Marcella mangkat di usia 67 tahun selepas sakit sekian lama.Baginda mangkat di Grosvenor House,London pada 1 Jun 1982.Baginda mempunyai seorang puteri iaitu YAM Tunku Miriam Binti Almarhum Sultan Ibrahim yang lahir pada tahun 1950.


Sultanah Hajah Kalsom Abdullah (Pahang).
D.K.

Baginda merupakan isteri kedua Sultan Haji Ahmad Shah.Baginda diputerikan pada tanggal 12 September 1951 di Pakistan.Nama asal baginda ialah Anita.Baginda berketurunan Persia dan Pakistan.Bertemu jodoh dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 14 Mac 1991.Ketika itu baginda berusia 40 tahun.Baginda menukar nama kepada Kalsom Binti Abdullah dan diberikan gelaran Cik Puan Kalsom.30 September 1992,baginda telah diberikan gelaran Sultanah Pahang Sultanah Hajah KalsomBaginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat Pahang Kelas Pertama (D.K.).Pasangan ini dikurniakan seorang putera iaitu Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Abdul Fahd  Al Muazzam Shah yang dilahirkan pada 10 Februari 1994

Hiasan Jemala Permaisuri Melayu..

Tiara Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis.



Tuanku Fauziah dan Tengku Budriah memakai tiara diraja Perlis.
Tiara Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah.

Tiara versi baru.
Tiara versi lama.
Sultanah Bahiyah memakai tiara versi lama manakala Sultanah Haminah memakai tiara versi baru.
Tiara Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan / Raja Permaisuri Perak.

Tiara Raja Perempuan Perak.
Tiara Raja Permaisuri Perak.
Raja Perempuan Muzwin memakai tiara Raja Perempuan manakala Tuanku Bainun memakai tiara Raja Permaisuri.

Tiara Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan / Tengku Permaisuri Selangor.
Tiara Tengku Ampuan Selangor.

Tiara Tengku Permaisuri Selangor.

Almarhum Tengku Ampuan Jemaah memakai tiara Tengku Ampuan manakala Almarhum Tengku Ampuan Rahimah dan Tuanku Siti Aishah memakai tiara Tengku Permaisuri.
Tiara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Tiara versi lama.
Tiara versi baru.
Tuanku Najihah memakai tiara versi lama manakala Tuanku Aishah Rohani memakai tiara versi baru.
Tiara Duli Yang Maha Mulia Sultanah Johor.


Tunku Puan Nora,Sultanah Aminah dan Tunku Puan Zanariah memakai tiara diraja Johor.
Tiara Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu / Sultanah Terengganu.

Versi lama.
Versi baru.
Tuanku Intan Zaharah memakai tiara versi lama manakala Almarhum Tengku Ampuan Bariah dan Sultanah Nur Zahirah memakai tiara versi baru
Tiara Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan.

Versi lama.
Versi baru.

Raja Perempuan Zainab memakai tiara versi lama manakala Tengku Anis mengenakan tiara versi baru.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...