Anda Pengunjung Ke :

Saturday 30 March 2019

YMM Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.


Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,
D.K.,D.M.N.,D.K (Kedah),D.K(Kelantan),S.P.T.J.,S.P.M.K.,Grand Cordon of the Royal Order(Cambodia),Dame Grand Cross of the Order of Civil Merit(Spain), Order of the Nile (Egypt), Order of the Virtues (Egypt).

Kali ini Warisan Permaisuri akan bercerita kisah seorang permaisuri yang tidak asing lagi buat kita.Wajahnya sangat dikenali sehingga hari ini.Baginda merupakan salah seorang permaisuri yang paling lama bertakhta.Hari ini,walaupun tidak lagi bertakhta,baginda masih aktif dalam pelbagai persatuan.Baginda yang dimaksudkan ialah Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.




Diputerikan sebagai YM Tunku Najihah Tunku Besar Burhanuddin pada 1 September 1923 di Istana Baroh,Seri Menanti Negeri Sembilan.Baginda merupakan puteri Diraja Negeri Sembilan dan juga cucunda kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yamtuan Antah.Ayahanda baginda merupakan Tunku Besar Seri Menanti iaitu Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Besar Burhanuddin Ibni Almarhum Yamtuan Antah.Bonda baginda pula ialah Almarhum Yang Mulia Cik Puan Halimah Binti Haji Umar.Dilahirkan di Istana sudah tentu baginda mendapat pendidikan yang sempuran sebagai seorang puteri raja.Baginda mendapat pendidikan awal secara formal di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah.Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran ke School Of Oriental and African Studies,London.Baginda juga mengikuti kursus bahasa dan program latihan khas untuk isteri diplomat semasa suaminya Almarhum Tuanku Jaafar mengikuti kursus khas Perkhidmatan Diplomatik di London.

Ketika zaman muda baginda.

Mendirikan rumah tangga bersama Almarhum DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 8 Ogos 1942 ketika baginda berusia 18 tahun.Perkahwinan baginda berdua dikurniakan tiga orang putera dan tiga orang puteri.Putera-putera baginda terdiri daripada YAM Tunku Laksamana Naqiyuddin,YAM Tunku Muda Serting Tunku Imran,dan YAM Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin.Manakala puteri-puteri baginda terdiri daripada YAM Tunku Dara Naquiah,YAM Tunku Puteri Tunku Jawaher,dan YAM Tunku Irinah.Setelah kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar pada tahun 2008,Tunku Naqiyuddin diura-urakan akan mengisi jawatan Yang Dipertuan Besar.Namun Dato-Dato Undang memilih anakanda saudara baginda DYMM Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar yang baru.




Setelah kemangkatan Almarhum DYMM Tuanku Munawir pada 1967 suami baginda Tuanku Jaafar dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar.Tuanku Najihah diisytiharkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan oleh suaminya pada 19 Julai 1967 di Istana Besar Seri Menanti.Kemudian baginda berdua ditabalkan pada 8 April 1968 di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti.Baginda menduduki takhta Negeri Sembilan dalam tempoh yang lama iaitu selama 41 tahun sehingga kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar pada tahun 2008.Tuanku Najihah juga berkhidmat sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 10 antara tahun 1994-1999.Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong paling tua ketika bertakhta.Baginda berusia 70 tahun semasa menjadi Raja Permaisuri Agong ke 10.



Baginda dikenali sebagai seorang permaisuri yang kental dan juga amat meminati sukan.Keluar baginda dikenali sebagai Keluarga Diraja Sukan kerana semua anakanda baginda terlibat dalam sukan.Baginda juga amat gemar melukis.Baginda amat menghargai seni lukisan.Tuanku Najihah juga dikenali sebagai seorang yang amat prihatin terhadap kebajikan orang miskin dan orang kurang upaya.Baginda sering mencemar duli membantu dan melawat orang-orang kurang bernasib baik dan memberikan bantuan.Sebagai Penaung Rumah Kanak-Kanak Tunku Ampuan Najihah baginda sentiasa komited dalam tugas kebajikan ini.Baginda merupakan seorang yang aktif dalam berpesatuan.Tuanku Najihah merupakan Ahli Jawatankuasa Associated Country Women of the World.Selain itu baginda menjadi Penaung kepada berbagai persatuan antaranya Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM),Pertubuhan Pandu Puteri Negeri Sembilan, dan juga Institut Wanita Negeri Sembilan.

 Bersama suami dan putera puteri baginda.


Baginda tidak kurang hebatnya dalam bidang sukan.Baginda merupakan pemain golf yang sangat baik.Baginda juga gemar bermain hoki,bola keranjang,dan juga badminton.Tidak ketinggalan tenis dan juga sukan menembak.Baginda juga menanungi persatuan sukan antaranya menjadi Presiden Pasukan Badminton Tuanku Ampuan,Penaung Pasukan Hoki Wanita Malaysia,Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia dan juga Pasukan Golf Wanita Malaysia.Baginda juga Penaung Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA).

Bukan sahaja dalam bidang sukan Tuanku Najihah juga amat mementingkan pendidikan.Sebagai bukti baginda merupakan Canselor Pertama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).Baginda telah menamatkan perkhidmatan baginda selaku Canselor pada 2011 dan digantikan oleh DYMM Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

  Semasa menyampaikan ijazah kepada Sheikul Al Azhar.


Selepas kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar pada tahun 2008,Tuanku Najihah menggunakan gelaran Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah.Baginda masih bergelar Tunku Ampuan namun kedudukan baginda tidak melebihi Tunku Ampuan Besar DYMM Tuanku Aishah Rohani.Baginda bersemayam di Istana Salatin di Negeri Sembilan.Walaupun usia baginda mencecah 95 tahun,Tuanku Najihah masih aktif mencemar duli ke majlis-majlis keraian.Baginda juga masih mampu untuk membuat kunjungan diraja ke luar negara.Sama-sama kita doakan kesihatan Tuanku Najihah.








Saturday 23 March 2019

Istiadat Pemakaman Almarhum Tunku Puan Zanariah Tengku Ahmad.

Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad.

Jenazah Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad telah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 18 Mac 2019 kira-kira pukul 2.00 petang. Almarhum yang mangkat pada 17 Mac 2019 pada jam 11.47 malam itu merupakan bonda tiri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Al-Haj dan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Almarhum Tunku Puan Zanariah merupakan Sultanah Johor bermula tahun 1981 hingga kemangkatan suami baginda Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail pada tahun 2010. Almarhum juga menjadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-8 bermula tahun 1984 hingga 1989. 



Almarhum mangkat pada usia 79 tahun meninggalkan seorang putera dan 5 orang puteri. Jenazah baginda dibawa ke Balai Menghadap Istana Bukit Serene untuk istiadat penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah. Berangkat memberikan penghormatan terakhir ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin, DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim, DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah, YAM Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tengku Ahmad serta kerabat diraja Johor. Almarhum Tunku Puan Zanariah dimakamkan sebaris dengan makam bonda baginda Allahyarhamah Che Puan Hajah Fatimah Binti Abdul Hamid. 

Sultan Ibrahim menyiram air mawar di makam Almarhum.

Raja Zarith Sofiah menabur bunga di makam Almarhum.

Tunku Azizah menyiram air mawar di makam Almarhum.

Tunku Abdul Majid menabur bunga di makam bondanya.

Wajah sebak Raja Permaisuri Agong.

foto: Facebook Sultan Ibrahim

Monday 18 March 2019

YAM Tunku Puan Zanariah Mangkat.

INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROJIUN
AL-FATIHAH

Merafak Sembah Takziah
Kepada
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
dan
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj

serta seluruh kerabat Diraja Johor dan Kelantan

DI ATAS KEMANGKATAN

Related image
Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad 
D.K., D.M.N., D.K.(Kelantan), D.K.(Kedah), D.K.(Brunei), S.S.I.J., P.I.S.

( 5 JULAI 1940 - 17 MAC 2019)

Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad telah mangkat pada hari Ahad 17 Mac 2019 pada pukul 11.47 malam. Baginda berusia 79 tahun. Baginda merupakan bonda tiri kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah. Tunku Puan Zanariah merupakan Mantan Sultanah Johor bermula tahun 1981 hingga kemangkatan suami baginda Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 2010. Tunku Puan Zanariah juga merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-8 bermula tahun 1984 hingga 1989. Jenazah baginda dibawa ke Istana Bukit Serene untuk Istiadat Penghormatan Terakhir dan telah selamat dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah pada pukul 2.00 petang. Baginda merupakan puteri diraja Kelantan dan merupakan puteri kepada YBM Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Ahmad. Baginda meninggalkan 6 orang anakanda kandung termasuklah YAM Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid, YAM Tunku Mariam Zahrah, YAM Tunku Noraini Fatimah, YAM Tunku Maimunah Ismailiah, YAM Tunku Muna Najiha dan YAM Tunku Amina Kalsom Maseera Marian Zahira Iskandariah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Saturday 16 March 2019

DYMM Almarhum Sultanah Aminah, Lambang Keunggulan Wanita Johor..


Tahukah anda gerangan wanita dalam gambar di atas??Bagi rakyat negeri Johor sudah tentu mereka mengenali wajah ini.Nama baginda telah diabadikan pada nama sebuah hospital di Johor.Baginda adalah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultanah Tun Aminah Binti Ungku Ahmad,D.K.,D.K.11,P.I.S.1,Queen Elizabeth Coron Medal.


Diputerikan pada 5 Februari 1905 di Johor Bahru Johor.Baginda merupakan kerabat diraja Johor.Anak ke 4 daripada 9 orang adik beradik.Merupakan puteri kepada YM Almarhum Ungku Ahmad Ibni Almarhum Ungku Muhamad Khalid dan YM Almarhum Ungku Katijah binti Muhammad.Ayahanda baginda merupakan sepupu kepada DYMM Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat .Pada zaman persekolahannya,baginda suka bidang masakan dan sering mengadakan jamuan.Baginda juga mendapat didikan agama di dalam istana ayahandanya sendiri dan diajar oleh guru agama khas .Sultanah Aminah mempelajari Bahasa Inggeris daripada kekandanya sahaja.


Berkahwin dengan DYMM Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 30 Ogos 1920.Istiadat perkahwinan baginda berdua berlangsung di Istana Besar Johor Bahru.Ketika itu baginda baru sahaja berusia 15 tahun.Pasangan diraja ini telah dikurniakan 2 orang putera dan seorang puteri.Salah seorang anakanda baginda adalah DYMM Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.Baginda merupakan nenda kepada Sultan Johor sekarang.Pada 17 September 1950 baginda telah dikurniakan gelaran Tun oleh Sultan Johor.Baginda telah dimahkotakan sebagai DYMM Sultanah Johor pada 10 Februari 1960 di Istana Besar Johor Bahru setelah suami baginda menerajui takhta kerajaan Johor.Baginda menjadi Sultanah Johor selama 17 tahun sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1977.


Sultanah Aminah merupakan seorang Sultanah yang suka melawat ke ceruk kampung dan juga ke daerah-daerah yang ada di negeri Johor.Baginda juga meruapakan seorang yang sangat penyayang dan sering membuat lawatan ke hospital-hospital.

Sultanah Aminah dan suaminya mengalami kemalangan pada Ogos 1977 di Kulai Johor.Baginda mengalami kecederaan yang teruk dan mangkat pada 14 September 1977.Baginda mangkat di Hospital Besar Johor Bahru.Sultanah Aminah telah dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah.Untuk mengenang jasa baginda,nama Hospital Besar Johor Bahru telah ditukar kepada Hospital Sultanah Aminah mengambil sempena nama Almarhum baginda.

Berikut merupakan gambar kenangan Almarhum Sultanah Aminah:


Sultanah Aminah dan putera baginda Tunku Abdul Rahman, Tunku Bendahara Johor.




Keluarga diraja Johor.


Sewaktu dimahkotakan pada tahun 10 Februari 1960.

Sunday 10 March 2019

Wajah Raja-Raja Melayu Ketika Muda.

Post kali ini Warisan Raja & Permaisuri Melayu akan membawakan sesuatu yang istimewa iaitu wajah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ketika muda. Kebanyakan Raja-Raja Melayu ketika zaman mudanya akan berkhidmat sebagai anggota kerajaan sejurus selepas menamatkan pelajaran. Berikut merupakan wajah Raja-Raja Melayu ketiba baginda semua masih muda:

PERLIS :

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
(1945-2000).


Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
(2000-sekarang).

 KEDAH DARUL AMAN :

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
(1881-1943).


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah
(1943-1958)


Almarhum KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
(1958-2017)


KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
(2017-sekarang)


PERAK DARUL RIDZUAN :

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Sir Yussuf Izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sultan Abdul Jalil
(1948-1963).


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Idris Al-Mutawakkil Allalahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
(1963-1984)

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
(1984-2014)


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah.
(2014-sekarang)


SELANGOR DARUL EHSAN.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Al-Haj.
(1938-1942 & 1945-1960)


Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah
(1942-1945)


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
(1960-2001)

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
(2001-sekarang)

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS:
Almarhum Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
(1933-1960)


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
(1960-1967)


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
(1967-2008)


Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
(2008-sekarang)


JOHOR DARUL TAKZIM:

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
(1895-1959)


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ismail Al-Khalidi Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim
(1959-1981)


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail
(1981-2010)


Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
(2010-sekarang)


PAHANG DARUL MAKMUR:

Almarhum KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Sir Abu Bakar Riaayatuddin Al Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu'tassim Billah Shah
(1932-1974)


Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mus'tain Billah Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muazzam Shah
(1974-2019)


KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah
(2019-sekarang)


TERENGGANU DARUL IMAN:

Almarhum KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Sir Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
(1949-1979)


Almarhum KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
(1979-1998)


KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
(1998-sekarang)

KELANTAN DARUL NAIM:

Almarhum KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV
(1944-1960)


Almarhum KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
(1960-1979)


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
(1979-2010)


KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V
(2010-sekarang)

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...