Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
(8 Mac 1926 - 21 November 2001).
(8 Mac 1926 - 21 November 2001).
Tarikh hari ini 5 Ramadan 1441 Hijrah bersamaan 28 April 2020 merupakan Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhm Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj. Baginda mangkat pada 5 Ramadan 1422 Hijrah bersamaan 21 November 2001. Seluruh negara menerima berita sedih kemangkatan baginda semasa bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke 11, dimasa rakyat masih menantikan kesembuhan baginda daripada gering. Baginda juga yang Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Ke-8 meninggalkan balu, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah.
Jenazah dibawa keluar daripada Istana Negara.
Orang ramai menunggu di luar perkarangan istana.
Raja Permaisuri Agong Tanku Siti Aishah, Tengku Idris Shah, Pemangku Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan dan Dato' Seri Dr Mahathir.
Baginda mangkat pada pukul 11.57 pagi di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang pada usia 75 tahun. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad menerusi siaran televisyen dan radio. Beliau mengumumkan negara berkabung selama 7 hari dan meminta bendera dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh itu. Manakala negeri Selangor pula berkabung selama 40 hari. Baginda menghembuskan nafas terakhir setelah lima hari berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan penafasan dan mesin dialisis. Seri Paduka gering selama dua bulan kerana masalah jantung.
Almarhum sewaktu baginda dirawat di hospital.
Almarhum Sultan Salahuddin merupakan Yang Di Pertuan Agong keempat mangkat ketika bertakhta. Ayahanda baginda Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah juga mangkat ketika menjadi Yang Di Pertuan Agong pada tahun 1960. Almarhum Sultan Salahuddin dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi (ICU) sekembalinya dari mendapatkan rawatan di Singapura. Baginda sebelum itu dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth selama 2 bulan untuk mendapatkan rawatan setelah menjalani satu pembedahan kecil pada 6 Oktober 2001. Disebabkan kegeringan baginda, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah dilantik sebagai Pemangku Yang Di-Pertuan Agong sementara menunggu baginda sembuh seperti sedia kala. Namun, takdir Allah telah menentukan bahawa seorang Raja yang sangat dikasihi rakyat ini mangkat di bulan Ramadan yang mulia.
Jenazah sampai di Masjid Negara.
Solat jenazah di Masjid Negara.
Jenazah dibawa keluar dari Masjid Negara.
Tarikh 22 November 2001 diisytiharkan sebagai cuti umum untuk membolehkan rakyat jelata memberikan penghormatan terakhir kepada baginda. Jenazah baginda telah disemayamkan di atas paterana di Balairong Seri Istana Negara untuk tujuan penghormatan terakhir. Setelah selesai Istiadat Penghormatan Terakhir, jenazah baginda diarak daripada Istana Negara menuju ke Masjid Negara melalui Dataran Merdeka. Ribuan rakyat mengiringi perjalanan terakhir baginda disamping Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, DYMM Pemangku Raja Selangor Tengku Idris Shah, Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr. Mahathir dan isteri YABhg Datin Seri Dr Siti Hasmah serta para kenamaan dan kerabat diraja. Setelah tiba di Masjid Negara, jenazah baginda disolatkan oleh ribuan jemaah yang mengasihi baginda. Setelah selesai solat jenazah, jenazah baginda dibawa menuju ke Istana Alam Shah untuk Istiadat Mengangkat Sumpah Sultan Selangor yang baru.
Jenazah disemayamkan di Balairong Seri Istana Alam Shah.
Tengku Idris Shah melafaz sumpah sebagai Sultan Selangor Ke-9.
Jenazah dibawa keluar daripada Istana Alam Shah ke Makam Diraja.
Jenazah baginda disemayamkan di tengah-tengah Balairong Seri Istana Alam Shah. Keranda yang ditutup dengan kain kuning mempunyai lambang peribadi Yang Di-Pertuan Agong itu diletakkan di atas paterana 3 tingkat dan dikelilingi dengan darjah-darjah kebesaran baginda. Putera sulung baginda, Pemangku Raja Selangor DYMM Tengku Idris Shah telah melafaz sumpah jawatan sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Ke-9 di hadapan jenazah baginda. Setelah selesai Istiadat Menangkat Sumpah, jenazah baginda dibawa keluar dari Istana Alam Shah menuju ke Makam Diraja Klang yang terletak di perkarangan Masjid DiRaja Sultan Sulaiman. Baginda dimakamkan penuh adat istiadat diraja Selangor dan dimakamkan bersebelahan makam Ayahanda baginda Almarhum Sultan Hisamuddin. Istiadat Pemakaman baginda dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, DYMM Raja-Raja Melayu serta DYMM Permaisuri-Permaisuri, DYMM Tengku Idris Shah, adinda-adinda serta seluruh kerabat diraja Selangor, adinda-adinda baginda termasuk YMM Tengku Ampuan Bariah dan DYTM Raja Puan Muda Kedah Tengku Raudzah, YMM Tengku Ampuan Tua Tuanku Intan Zaharah, kerabat-kerabat diraja negeri-negeri serta pembesar-pembesar negara dan negeri.
Adinda baginda Tengku Besar Putra Tengku Ismail Shah, putera baginda Tengku Abdul Samad Shah dan Tengku Ahmad Shah.
Tengku Idris Shah melihat jenazah ayahanda baginda dimasukkan ke dalam makam.
Talkin dibacakan selepas jenazah selamat dimakamkan.
Walaupun selepas 19 tahun kemangkatan baginda, baginda tetap diingati sebagai seorang Raja yang amat kasihkan rakyatnya. Memori baginda bersama rakyat tidak akan terpadam selama-lamanya. Sempena Hari Hol Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada hari ini, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan Almarhum. Al-Fatihah.
Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah.
Adinda baginda Tengku Ampuan Bariah, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis, Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah dan adinda baginda Raja Puan Muda Tengku Raudzah.
Raja Permaisuri Agong memapah adinda ipar baginda Tengku Raudzah sambil dibantu oleh Tengku Ampuan Tua Tuanku Intan Zaharah.
Makam Almarhum di dalam Makam Diraja Klang.
Nota kaki : Jangan lupa untuk "LIKE" laman Facebook WARISAN PERMAISURI MELAYU
Al-Fatihah...Pak Menakan kepada pak saya..Pak saya nama Shafiee bin Abas..Abas bin Abdul Aziz..Abas bin Abdul Aziz dengan Almarhum adalah adik-beradik!
ReplyDeleteMaaf ye. Tapi dalam rekod tiada nama adik beradik Almarhum bernama Abas Bin Abdul Aziz. Nama Almarhum sendiri adalah Tengku Abdul Aziz dan nama ayahanda Almarhum Sultan Hisamuddin. Mana pula datang nya adik beradik nama Abas Bin Abdul Aziz ni ye.
Deletesaya tau la..sejarah nie pak saya sendiri cerita...abas abdul aziz..shalahuddin abdul aziz..adik-beradik laaa..saya tau laa!!Wikipedia kan ada!!saya tau laaa
ReplyDeleteAbas bin abdul Aziz tu tok wan saya!!
ReplyDeletePening plak memikir pasal a as ni
DeleteAbas*
Deletesaya pun pening nak memahamkan cerita saudara ni.
Deletehehehheheh..senang saja...Abas tokwan saya.....abas bin abdul aziz dengan shalahudin abdul aziz tu adik-beradik...saya dapat DK Selangor,DK Kedah, DK Perak!!
ReplyDeleteDarjah Kebesaran saya ialah Darjah Kerabat Selangor Kedua!!
ReplyDeleteshalahuddin bukan anak pertama...tok wan saya abas bin abdul aziz anak pertama sultan hisamuddin!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAlfatihah
ReplyDeleteSemoga ruhnya bersama2 org yg beriman aminn
ReplyDeleteSemoga roh beliau di tempatkan bersama para solihin amin 🤲 Al Fatihah
ReplyDelete