Anda Pengunjung Ke :

Saturday 4 April 2020

Isteri Pewaris Takhta Negeri.

Senarai ini berdasarkan susunan kekananan Raja-Raja Melayu:

Isteri Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Darul Iman:
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Muda Terengganu Darul Iman.
-Tiada Penyandang-

...................................................................................................................................................................

Isteri Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis:
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis  
Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Binti Datuk Khalil, S.P.M.P.
Dilahirkan pada 28 Mac 1970 di Hospital Besar Kuala Lumpur.Merupakan anakanda kedua daripada empat beradik kepada YBhg Datuk Haji Khalil Akashah dan YBhg Datin Hajah Nik Rahimah Wan Ahmad.Baginda merupakan pelajar Convent Bukit Nanas pada tahun 1977 hingga 1984. Melanjutkan pelajaran di Australia sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1992. Bertemu jodoh dengan DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra pada Mei 1994. Baginda dikurniakan seorang putera dan dua orang puteri. Pada 1 Ogos 2002, baginda dikurniakan gelaran rasmi Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis dan dipakaikan tiara oleh ayahanda mertua baginda DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail. Baginda juga dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P) yang membawa gelaran Dato' Seri oleh ayahanda mertua baginda pada 17 Mei 2002 bersempena dengan Hari Keputeraan Raja Perlis yang ke-59.

...................................................................................................................................................................

Isteri Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Darul Ehsan
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Selangor Darul Ehsan.
-Tiada Penyandang-

...................................................................................................................................................................

                                      Negeri Sembilan: Isteri Kepada Putera Yang Empat

Isteri Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti:
-tiada penyandang-

Isteri Yang Amat Mulia Tunku Laksamana:
Yang Amat Mulia Tunku Dato' Seri Nurul Hayati Binti Tunku Bahador,
 S.P.T.J.
Diputerikan di Arau Perlis dan merupakan kerabat diraja Perlis. Baginda merupakan puteri kepada YM Tunku Dato' Bahadur Bin Tunku Baharom dan YM Sharifah Shamsiah Binti Syed Hashim. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Perempuan Assunta, Petaling Jaya. Mendirikan rumah tangga dengan Yang Amat Mulia Tunku  Laksamana Negeri Sembilan Tunku Naqiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Jaafar pada tahun 1977 dan dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri. Baginda pernah bergelar Duli Yang Maha Mulia Tunku Puan Muda Negeri Sembilan semasa suami baginda menjadi Pemangku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1994 hingga 1999 apabila DYMM Tuanku Jaafar menjadi Yang Di-Pertuan Agong.

Isteri Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting:
Yang Mulia Che Engku Puan Sri Dato' Nora Marzuki.
Mendirikan rumah tangga dengan Yang Amat Mulia Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Jaafar pada 28 Mac 2013.


Isteri Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar:
Yang Amat Mulia Tunku Dato' Seri Mimi Wahida Binti Raja Abdullah Wahman,
S.P.T.J.
Diputerikan pada 14 Jun 1971 dan merupakan puteri kepada YM Raja Abdullah Wahman Bin Raja Sulaiman dan YM Tunku Azimi Binti Tunku Muhammad Yusuf. Bonda beliau merupakan puteri kepada YM Tunku Datuk Muhammad Yusuf Bin Tunku Nambul dari Jelebu. Mendirikan rumah tangga dengan Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan Tunku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Jaafar pada  6 November 1997 di Istana Negara. Dikurniakan 2 putera dan seorang puteri. Dikurniakan Darjah Seri Paduka Tuanku Jaafar (S.P.T.J.) yang membawa gelaran Dato' Seri pada 17 Julai 2003 sempena hari keputeraan ke-81 ayahanda mertua beliau DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

...................................................................................................................................................................

Isteri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Darul Takzim:
Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Darul Takzim Che Puan Khaleeda Binti Bustamam
D.K., S.P.M.J.
Dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur. Baginda merupakan anak ke-5 kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz. Baginda mendapat pendidikan di SK Taman Seri Gombak sehingga tahun 2003. Kemudian, keluarga baginda berhijrah ke England dan memasuki St. George School di Hanover Square sebelum Westminster Academy pada tahun 2004. Pada 2009, keluarga baginda kembali ke Malaysia dan beliau bersekolah di Sekolah Sri Utama dan tamat pada tahun 2010. Baginda mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada 24 Oktober 2014. Baginda dikurniakan 2 putera dan seorang puteri. Sebagai Isteri Tunku Mahkota Johor, baginda dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) pada 15 Mac 2015. Pada 23 Mac 2019, baginda dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat DiHormati Pangkat Pertama oleh ayahanda mertua baginda. Pada 15 September 2019, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan gelaran Yang Amat Mulia kepada baginda. 

...................................................................................................................................................................

Isteri Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Darul Naim:
Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson.
(Belum dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota Kelantan Darul Naim).
Dilahirkan pada 6 Jun 1986 di Rystad, Linköping, Sweden. Beliau bertemu jodoh dengan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra pada 19 April 2019. Istiadat perkahwinan ini telah diadakan di Istana Balai Besar. Selepas berkahwin, beliau diberikan gelaran Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson dan sering berangkat mengiringi suami baginda ke majlis rasmi dan tidak rasmi.

...................................................................................................................................................................

Isteri Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan:
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nazhatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris Shah
S.P.C.M., S.S.A.P., J.P.
Diputerikan pada 28 Februari 1952 di Istana Firuz, Ipoh Perak. Baginda merupakan puteri sulung kepada DYMM Paduka Seri Sultan Idris Shah dan DYMM Raja Perempuan Muzwin. Baginda mendapat pendidikan di SK Perempuan Teluk Intan dan Sekolah Convent Teluk Intan. Beliau seterusnya ke English Grammar School Kuala Kangsar dan ke Tunku Kurshiah College. Pada 1968, baginda pelajaran di Upper Cbine Scholl, Sbanklin, Isle of Wigh hingga tingkatan enam. Seterusnya Tengku Dottie telah mengambil Kursus Asas dalam jurusan seni di Hornsey college of Art dan beliau terus menyambung pengajian dalam bidang Senibina dalaman di Chelse College of Art, London hingga berjaya mendapat Diploma L.C.A (London Certificate In Art And Design). Baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Raja Puan Mahkota Perak oleh ayahanda baginda. Baginda telah mendirikan rumah tangga dengan Dato' Syed Omar Al-Sagoff pada tahun 1972 namun pasangan ini bercerai. Baginda dikurniakan  6 orang putera. Pada 12 Januari 2019, baginda telah mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa. Selepas berkahwin, baginda bergelar DYTM Raja Puan Besar Perak menggantikan Almarhumah Raja Mahani Raja Shahar Shah yang mangkat pada tahun 2017. 

...................................................................................................................................................................

Isteri Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman:
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Darul Aman Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff
S.P.M.K.
Dilahirkan pada 19 Oktober 1971 di Ipoh, Perak. Baginda memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti of Wale, College of Cardiff dan seterusnya mendapat Ijazah Sarjana Undang-Undang (Undang-Undang Komersial) daripada University of Bristol. Pada 1996, baginda telah diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Baginda bertemu jodoh dengan Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sarafuddin Badlishah pada 27 Februari 2003. Baginda dikurniakan seorang putera dan seorang puteri. Pada 26 November 2017, baginda telah bergelar Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah apabila suami baginda dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah. Pada 21.1.2018, bersempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-76, baginda telah dianugerahkan dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (S.P.M.K.) yang membawa gelaran Dato' Seri. 

.................................................................................................................................................................

Isteri KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Darul Makmur:
Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Darul Makmur 
- tiada penyandang-


4 comments:

  1. Blog ini cantik dan padat dengan maklumat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kesudian baca blog ini.

      Delete
  2. Saya tertarik utk membaca blog ini👍

    ReplyDelete
  3. Gelaran isteri Tengku Mahkota Kelantan ialah YTM Che Puan Mahkota Kelantan (bg isteri orang kebanyakan) dan isteri Tunki Mahkota Johor ialah YAM Che’ Puan Besar (bg isteri orang kebanyakan).

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...