Anda Pengunjung Ke :

Tuesday 5 May 2020

DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa.


Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa,
D.K., D.K.A., S.P.C.M., J.S.M.

Sistem pewarisan takhta negeri Perak Darul Ridzuan adalah berlainan daripada negeri-negeri yang lain. Pewaris takhta negeri Perak tidak semestinya daripada putera kepada Sultan yang memerintah. Sistem di negeri Perak tidak mengikut warisan secara turun temurun daripada Sultan kepada puteranya. Negeri Perak mengamalkan penggiliran berdasarkan tiga keluarga iaitu kerabat daripada keluarga Almarhum YAM Raja Bendahara Alang Iskandar, Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah dan Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II. Sebelum seseorang putera negeri Perak bergelar Raja Pemerintah, baginda perlu memegang jawatan Raja-Raja Bergelar. Jawatan Raja-Raja Bergelar tersebut adalah Raja Kechil Bongsu, Raja Kechil Tengah, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Besar, Raja DiHilir, Raja Muda dan Paduka Seri Sultan Perak. Kali ini Warisan Raja & Permaisuri Melayu akan membawakan penyandang gelaran Raja Muda Perak yang terkini. Setelah kemangkatan Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan Shah Al-Maghfur-lah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada 28 Mei 2014, DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah menaiki takhta negeri Perak Darul Ridzuan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke 35 dengan begelar Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al Maghfur-lah. Berikutan perlantikan Sultan Nazrin itu, maka jawatan Raja Bergelar di negeri Perak telah dirombak. Jawatan Raja Muda Perak yang dikosongkan oleh Sultan Nazrin telah diisi begitu juga jawatan Raja Bergelar yang lain.

Menyampaikan titah di hadapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Jawatan Raja Muda Perak telah diisi oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang merupakan DYAM Raja DiHilir Perak sebelum ini. Baginda dilantik sebagai Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak pada 10 Mac 1998.  Setelah mengisi jawatan Raja Muda Perak baginda bergelar Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, D.K., D.K.A., S.P.C.M., J.S.M.


Raja Jaafar diputerakan pada 26 September 1941 di Hospital Taiping, Perak. Baginda merupakan putera sulung kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Al Mu'tasim Shah Billah dan YABhg Che Puan Mariam Binti Abdullah. Ayahanda baginda merupakan Raja Muda Perak bermula tahun 1963 hingga tahun 1983. Raja Jaafar juga merupakan cucunda kepada Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke 31. Nenda baginda ialah Almarhum Paduka Seri Sultan Abdul Aziz Al-Mu’tassim Billah Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa yang memerintah negeri Perak bermula tahun 1938 hingga 1948 dan Almarhum Raja Perempuan Khadijah Binti Almarhum Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah.

Raja Jaafar mendapat pendidikan awal di Anderson School Ipoh sebelum meneruskan pelajaran ke Anglo Chinese School Teluk Intan. Kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya dan mendapat Bachelor of Art pada tahun 1965. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana di Cornell University, New York, Amerika Syarikat dan memperoleh Master of Public Administration pada tahun 1975.

Bersama Almarhum Raja Nur Mahani.

Baginda merupakan penjawat awam yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran. Baginda memulakan tugas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1966 ketika berusia 25 tahun. Seterusnya berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah pada tahun 1966 hingga 1971. Baginda kemudiannya beralih ke peringkat persekutuan dengan menyertai Pejabat Jabatan Perdana Menteri sebagai konsultan pengurusan bermula tahun 1976 hingga 1979. Seterusnya berpindah ke Kementerian Pendidikan sebagai Setiausaha Sulit di kementerian berkenaan pada 1979 hingga tahun 1984. Baginda seterusnya bertugas di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (1985-1989). Jawatan kemuncak baginda didalam perkhidmatan awam ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Kewangan) Kementerian Pertahanan bermula tahun 1989 hingga tahun 1996. Baginda bersara wajib daripada perkhidmatan awam pada tahun 1996 ketika berusia 55 tahun. Pengalaman luas baginda selama 30 tahun dalam bidang perkhidmatan awam banyak membentuk karekter kepimpinan baginda.

Majlis perkahwinan baginda dengan DYTM Raja Nazhatul Shima.

Raja Jaafar menyertai senarai pewaris takhta negeri Perak pada tahun 1984. Baginda diberikan gelaran Raja Kechil Tengah pada 3 Februari 1984 oleh Almarhum Sultan Azlan Shah dan memegang jawatan ini sehingga tahun 1988.  Kemudiannya dinaikkan ke Raja Kechil Sulong bermula pada tahun 1988 hingga 1998 selama hampir 10 tahun. Setelah kemangkatan DYAM Raja DiHilir Raja Ahmed Hisham pada tahun 1997 ketika berusia 91 tahun, jawatan Raja DiHilir kosong selama setahun. Raja Jaafar dikurniakan jawatan DYAM Raja DiHilir pada 10 Mac 1998. Baginda menjadi Raja DiHilir selama 16 tahun sebelum dinaikkan ke DYTM Raja Muda Perak pada tahun 2014 ketika berusia 73 tahun.


Raja Jaafar mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah pada tahun 1973 pada usia 32 tahun. Raja Nor Mahani mangkat pada 3 Oktober 2017 ketika brusia 75 tahun dan dimakamkan di Makan Diraja Al-Ghufran. Bgainda berdua dikurniakan seorang putera iaitu YAM Raja Shah Azman pada tahun 1974 dan seorang puteri YAM Raja Nur Azwina pada tahun 1976. Kali keduanya baginda mendirikan rumah tangga dengan Cik Puan Hasliza Ishak namun Cik Puan Hasliza telah meninggal dunia pada 6 Oktober 2002. Selepas kemangkatan Almarhumah Raja Nor Mahani pada 2017, Raja Jaafar telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan YAM Raja Puan Mahkota Perak Raja Dato’ Seri Nazhatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris Shah pada 12 Januari 2019. Selepas berkahwin, Raja Nazhatul Shima bergelar Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak.

Ketika mengangkat sumpah sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak.

Raja Jaafar merupakan Komander Kehormat Tentera Laut DiRaja Malaysia. Baginda juga Presiden Pemilik Kereta Sport Mini dan juga memegang jawatan sebagai Penaung DiRaja Kelab Golf Perak. Baginda bersemayam di Istana Al-Ridhuan, Ipoh, Perak.  Raja Jaafar pernah dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak semasa Sultan Nazrin menjadi Pemangku Yang Di-Pertuan Agong. Baginda dianugerahi dengan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) Perak pada 6 Mei 2015. Baginda juga pernah dikurniakan dengan Darjah Kerabat Azlaani Pangkat Pertama (D.K.A.), Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) yang membawa gelaran Dato’ Seri dan Darjah Johan Setia Mahkota daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.


Bersalaman dengan YTM Raja Nazira Safya sambil diperhati DYMM Tuanku Zara Salim.

DYAM Raja DiHilir, DYTM Raja Muda dan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

8 comments:

  1. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483




    ReplyDelete
  2. DaulattuankušŸ™
    Tarikh bila tuankušŸ¤²

    ReplyDelete
  3. Girlfran ler bagaida hasliza apa gurubesar kena nikah bridal banyak kali, mana maklumat nak inte sumber kan ini, nak puntum minat kan solid [pela see tu,eeiitu tu fasih 3 situ setempat xxx tree!] number whatsapp made?
    Beta certeificate boleh nikah putri bermakna sumpahan dari ft keiring menteri bijaya, sultan di anak tori? hah? Blogsop biskop!, jika srivijaya juga parameswara toh Pelita raja tolak raja, dengan imam panjang! Ketuk ketapi?, ada juga putri limau purut serap jari bunting serai!, beta perlu nikah yang mana? yang ada pokok Ipoh sebesor nya ke, atau law Court wallet words, cover too in loves? Ada 2 part! Sumpahan yang toh intellectual abouts a State extract of bander,

    Anak yang solid selamat kan negara!

    ADA 2 pass, beta study , deme Biadap dari jwwbirch lagi, beta kena bukti kan, sampai mat toh A, haha, nak bising pun, bising ler! cer pikior!! Melayu ke pokok? Surah kan? 108~109 buku teks SRP! FOCUS ITU, buku dengan kayu Berguna atau tidak??? Lambang negara toh? Bagaimana?

    ReplyDelete
  4. Adakah beliau Raja Agong Perak Rizuan Almarhum Raja Azlan pernah kehilangan sesiapa diantara cahaya mata zuriat dari keturunan beliau baginda semasa ketika beliau baginda hidup? Maaf jika ia soalan yang terbabit apa-apa yang berkaitan sesuatu yang rahsia pada kerabat saudara semua dari bersama beliau.Cuma ingin mengetahui untuk memahami kerana tiada lagi Raja dan hanya panggilan Sultan dilihat. Adakah keturunan telah meninggal atau saja tidak menggunakan kembali panggilan Raja sebagai panggilan kepada waris keturunan beliau sebagai Raja Agong!... Kerana ia berkait apa kepada waris keturunan yang akan dilahir dan hanya beliau Raja Agong tahu mengenai!.... Terima Kasih jika ada membaca isi pertanyaan dan boleh untuk tidak menjawabkannya!

    ReplyDelete
  5. Sengaja berjawab ialah bahawa sekira waris keturunan adalah telah meninggal dan tiada kepada adik-adik lain yang bongsu bersama,bermakna keturunan Raja Agong yang Sultan adalah dikira sebagai sebahagian sebagai bahagian jahat dan ikut kepada lazim berpasangan hidup adalah perlu dipilih yang sama ia"menurut lazim berketurunan dan berpasangan Dalam Al-Quran"!Lazim baik bersama baik, Jahat bersama Jahat.Jika luar dari yang lazim bermakna berlaku kerosakan aliran... Dan waris yang telah meninggal adalah sebahagian yang baik!Sepatut keadaan ialah Sultan Anak Raja Agong itu Dijadikan Tentera dan layak diterima pangkat panglima ketua angkatan tentera-tentera berperang menjaga Negara kerana berkorban untuk saudara pertamanya adalah bahagian baik dan satu pelengkap satu dan lain! Tidak harus berketurunan lagi selepas itu kerana berkorbanlah tuntut padanya!Beliau adalah dikira Sabilillah untuk Jalan atau perlu berani berkorban dijalan yang bahaya seperti bersumpah menjaga membela dengan nyawanya diberi halal atas kerja tanggungjawab!Perlu percaya sesuatu ciptaan untuk sempurna adalah berpasangan... Ia adalah mati tercipta tapi tidak dipasang pasangan bersama kerana mula pertama telah pergi dan kedua kemudian hanya berdiam untuk tidak melengkapi sesama semasing kerana kedua dua itu adalah pasangan! Pergi ialah unsur baik hidup yang masih itu adalah unsur sebahagian ialah jahat! Maaf jika ada salah atau dianggap salah atau tidak pernah dibelajar atau melihat nampak... Tapi saya percaya mesti beliau Sultan Nazrin akan berasa kepada betul untuk berpegang! Kerana itulah dia apa itu tidak Raja, kerana ialah bergelar Sultan ialah sebagai pahlawan berani tempur dan tidak takut mati berkorban! Sila faham.... Demi masa kehadapan dan akhirat bersama Negara dan Negeri yang Berdaulat kekuatan pegangan serta kebijaksanaan!

    ReplyDelete
  6. Tidak berkaitan jemaah menteri-menteri!! Lain dan luar bidang ilmuan! Hanya membolosi dengan bolot tidak beri peluang mereka semua jemaah menteri itu! Taat bidang perang dunia.... Salam Alaikum Salam....

    ReplyDelete
  7. Saya nor azian binti haslan ic sekarang nor azian bt haslan yang lama lahir 611991 hari Jumaat tolong saya selidik saham keturunan plzzz

    ReplyDelete
  8. daulat tuanku

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...