Anda Pengunjung Ke :
Friday 24 March 2017
Wednesday 22 March 2017
Thursday 9 March 2017
Sunday 5 March 2017
Keistimewaan Mahkota Sultan Selangor.
Negeri Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu daripada 4 buah negeri yang mempunyai mahkota kerajaan. Mahkota ini digunakan dalam Istiadat Kemahkotaan Sultan Selangor. Mahkota Sultan Selangor berlainan daripada negeri-negeri lain kerana mahkota ini berbentuk songkok. Pertama kali digunakan untuk kemahkotaan Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah pada tahun 1903. Mahkota ini dipanggil Mahkota Leleng yang berasal dari songkok cara Bugis iaitu Songkok Leleng. Setakat ini sudah 5 orang Sultan Selangor dimahkotakan dengan memakai mahkota ini. Mahkota ini begitu istimewa bagi Sultan Selangor sehinggakan beberapa senibina didalam Istana Selangor sendiri dibuat menyerupai mahkota ini. Singgahsana Istana Alam Shah,Klang yang terletak didalam Balairong Seri dibina secara khas menyerupai Mahkota Leleng ini. Bahagian atas singgahsana ini berbentuk songkok yang dihiasi kerawang emas menyerupai mahkota. Ini merupakan satu senibina yang sangat unik yang tidak terdapat di tempat lain. Begitu juga dengan meja utama didalam Dewan Santapan Istana Alam Shah. Senibina benbentuk mahkota ini juga digunakan untuk menghiasi meja utama di Dewan Santapan. Akhir sekali senibina unik ini dapat dilihat di Singgahsana Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Singgahsana kecil negeri Selangor ini dihiasi mahkota ini dan ia kelihatan seolah-olah sama seperti mahkota yang sebenar. Itulah keistimewaan Mahkota Leleng negeri Selangor ini sehinggakan singgahsana dibina menyerupai mahkota ini.
SINGGAHSANA ISTANA ALAM SHAH.
Tempat bersemayam Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor ketika Istiadat Diraja Selangor.
DYMM Sultan Sharafuddin bersemayam di hadapan singgahsana.
DEWAN SANTAPAN ISTANA ALAM SHAH.
Dewan Santapan yang merupakan tempat Sultan Selangor mengadakan Istiadat Santapan sempena hari Kemahkotaan, Keputeraan dan lain-lain Istiadat Diraja Selangor.
Senibina berbentuk mahkota di meja utama yang unik dan cantik.
SINGGAHSANA ISTANA BUKIT KAYANGAN
Senibina mahkota yang menghiasi Singgahsana Istana Bukit Kayangan.
Sultan Selangor bersemayam diatas Singgahsana.
Bilik Singgahsana yang digunakan untuk Istiadat Pelantikan pegawai-pegawai negeri serta istiadat lain.
Saturday 4 March 2017
4 Mac 2017 : Ulangtahun Ke-18 Kemahkotaan Sultan Terengganu.
Tanggal 4 Mac 2017, genap 18 tahun KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dimahkotakan sebagai Sultan Terengganu Darul Iman Ke-16. Baginda yang ketika itu berusia 37 tahun dimahkotakan bersama isteri baginda iaitu Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Terengganu Permaisuri Nur Zahirah. Permaisuri Nur Zahirah ketika itu berusia 26 tahun dan baginda berdua baru sahaja berkahwin selama tiga tahun. Sultan Mizan menaiki takhta negeri Terengganu diatas kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1998. Sebagai Yang Di-Pertuan Muda Terengganu ketika itu, Sultan Mizan diangkat sebagai Sultan Terengganu ke-16. Baginda dimahkotakan pada tahun berikutnya iaitu tahun 1999.
Pada tahun yang sama juga, Sultan Mizan dilantik sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-11. Jawatan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong sepatutnya disandang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail tetapi baginda menolak jawatan itu kerana baginda sudah berusia 79 tahun dan uzur. Baginda mangkat setahun kemudian iaitu pada tahun 2000. Maka, jawatan baginda disandang oleh Sultan Mizan yang baru sahaja dimahkotakan.
Permaisuri Nur Zahirah diberi gelaran KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Darul Iman pada tahun 2006 diatas perkenan Sultan Mizan sendiri. Apabila Sultan Salahuddin gering dan mangkat sebagai Yang Di-Pertuan Agong pada tahun 2001, Sultan Mizan memangku jawatan Yang Di-Pertuan Agong. Baginda kekal sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong bagi tempoh 5 tahun apabila Raja Perlis yang baru ditabalkan pada tahun 2000 menerima jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-12. Sultan Mizan dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 pada tahun 2006 dan bersemayam diatas takhta kerajaan persekutuan bersama Sultanah Nur Zahirah sehingga tahun 2011. Baginda berdua kembali menerajui takhta negeri Terengganu Darul Iman sehingga kini. Semoga Allah S.W.T. melanjutkan usia KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Nur Zahirah. DAULAT TUANKU!!!
Wednesday 1 March 2017
YMM Raja Salman Terima Ijazah Kehormat UIAM.
Yang Maha Mulia Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik (Islamdan Wasatiyyah) dan Anugerah Pencapaian Cemerlang Sepanjang Hayat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Baginda menerima Ijazah dan Anugerah berkenaan daripada Ketua Perlembagaan UIAM KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah dalah satu Istiadat Konvokesyen Khas di Dewan Utama Pusat Kebudayaan (ICC) UIAM Gombak. Turut hadir Presiden UIAM YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Rektor UIAM YBhg Prof Dato' Seri Dr Zaleha Kamaruddin dan Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato' Seri Idris Jusoh.
Ijazah Kerhormat Doktor Falsafah dianugerahkan kepada baginda sejajar keteguhan baginda mendukung konsep wasatiyyah ke
arah keamanan global dalam semua aspek kehidupan merangkumi agama, politik dan
sosial. Anugerah Pencapaian Cemerlang Sepanjang Hayat pula adalah
atas sumbangan besar baginda dalam memperjuangkan kebajikan Islam dan
kesejahteraan global serta mengukuhkan hubungan antara negara Islam, selain
sikap dermawannya terhadap kerja kemanusiaan dalam membantu negara dan mangsa
yang dilanda bencana. Dalam titah baginda, Raja Salman menyeru universiti
terutama dalam dunia Islam supaya memastikan kesediaan dan kelayakan mereka
bagi membolehkan umat Islam memperoleh kekuatan yang akan dikongsikan sesama
mereka dan orang lain. Tambah baginda, usaha untuk membangunkan pengetahuan dan sains
melalui penyelidikan harus kekal menjadi keutamaan bagi meningkatkan
kebolehpekerjaaan dalam kalangan generasi muda,
Sultan Haji Ahmad Shah menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik kepada Raja Salman sambil diperhatikan oleh Tan Sri Rais Yatim.
Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah dalam titah
baginda menyifatkan Raja Salman sebagai seorang pemimpin luar biasa dan
memahami peranan penting umat Islam hari ini. Titah baginda, dunia Islam hari
ini berdepan banyak cabaran yang memerlukan kesabaran, keprihatinan serta
penyelesaian dan inilah kekuatan yang dimiliki Raja Salman. Baginda menambah
bahawa tugas dan kewajipan baginda terhadap negaranya dan pengikut Ahli Sunnah
Wal Jamaah memerlukan baginda sentiasa tenang dengan kesabaran yang tinggi.
Raja Salman dan Sultan Ahmad Shah melihat cenderahati berbentuk keris yang dikurniakan kepada Raja Salman.
YMM Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah.
Subscribe to:
Posts (Atom)